Tuesday, May 10, 2016

Korea, i miss you

dengan mata yang tak boleh nak lelap ni. Tetiba teringat dekat korea. Aritu janji nak update pasal itinery pegi korea pon tak sempat. Sampai dh terlupa dibuatnya. Haha. Biasa la manusia, penuh dengan janji-janji palsu. Sesungguhnya belom ada kekuatan dan masa yang sesuai nak update pasal korea. 

Perkara pertama yang aku rindu tentang korea adalah makanan nya. Korean food sebenarnya paling best aku makan. Feel makan makanan diorg memang aku dpt rasakan. Aku pulak jenis yg sgt menjiwai dan menghayati apa saja segala makanan yang aku makan. Itu lah aku. Nanti aku kumpulkan segala kekuatan utk update pasal makanan ye. Bersabar. 




Picture ni masa dekat Nami Island. Memang favorite dan hotspot kalau pergi korea ni. Memang Nami Island yang akan masuk dalam list korang. Lagi-lagi pula kalau memang kaki kdrama. Kalau nak feeling Winter Sonata memang haruslah kesini. Time ni pergi time spring. Dh nak masuk summer jugak time tu. Weather baik. Tp xde la ko nampak bunga2 yang sedang berkembang. 


  

Seterusnya tempat yang wajib pergi adalah Namsan Tower. Kiranya ni pon tempat hot jugak kalau pergi korea ni. Menarik kalau pergi dengan cinta hati la. Couple2 ramai la kat sini. Sebab feeling-feeling cinta bersemi dekat sini. Sebab nak lock pulak cinta mereka. I tak kuasa la. Sakit mata dibuatnya. So kita buat mcm biasa, posing sajor. 


Lepasni kalau diberi kekuatan nak buat entry sepanjang aktiviti dekat korea. Tunggu. 


Love,
combiemohtar



jalan-jalan @ Kilang Bateri

assalamualaikum. sebenarnya ini entry throwback minggu lepas. lupe kejadiannya mcm mana sebab aku keluar dengan adik bongsu aku. ohhh ye, kami pergi tengok wayang civil war tak silap. sebab tengok wayang awal sampai tak tahu nak pergi mana. sebab mcm tak logik pulak pergi tengok wayang lepastu balik rumah. mcm bukan combie je namanya tu. takde pape nak review pon pasal kilang bateri kalini. saje nak tepek gambar abc special no1 dengan try cheesebake apa entah. lupe namanya. ok la notbad.
 
 
sebenarnya adik mencari churos. tu yang sampai ke kilang bateri kita terjah. Alhamdulillah dapat jugak membeli dan memakan churos ni. ha ade tu gambo churos sebelah cheese tu. jadi la menumpang je sikit gambo tu. pada aku churos tu bukan sedap mana pon. baik ko makan jejemput je kt umah la. dh terlebih matsaleh no makanan skang ni. bukan bole mengenyangkan pon sebenarnya makanan cmni. memang untuk alas perot boleh la. dan utk amik gmbo dan upload ke ig bole la. aku ni sebenarnya tekak kampong. jadi xbape nak gemor benda alah cmni semuanya.



 
last sekali haruslah wajib dok tepek gambo kami berdua dalam entry ni. skang ni kan segala kejadian nak bergambo. rasa mcm tak lengkap setiap stop kalau tak bergambo. ala korang sume pon mcm tu jgk kan. jadi tak pelik la kalau kami bergambo jgk. gambar je la kenangan yang akan kita ingat tentang kejadian setiap keadaan. akan dating review pasal kedai yang ada dekat kilang bateri plak la kalau rajin. okbai.
 
 
love,
combiemohtar
 


Belapuk

belapuk. itu lah perkataan yang akan keluar dalam kepala otak aku ni kalau aku dah mula membuka dan menjengah blog yang sekian lama terbiar. kadang-kadang datang rajin tu update pakai email je. so ko karang la mcm mana banyak pon pakai email thru fon dia tak akan sama feel tu dating kalau kita menaip pakai laptop. sebenarnya malam ni baru ada kerajinan nak membuka blog pakai laptop. jadi marilah kita merepek dimalam hari. so, how is your life? kalau untuk aku, skang ni life aku paling worst. tak pernah rasa tersangat teruk mcm ni sekali. betullah kata pepatah melayu orang dulu2 kan.
 
 
"kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari"
 
 
orang cakap tak baik meratapi nasib diri kan. tp nak buat mcm mana kan, dah begini nasib diri. orang sekeliling hanya mampu komen dan berkata, tapi diri sendiri yang mengalaminya sahaja yang akan merasa. sebenarnya aku tak kisah pon apa orang nak cakap pasal aku, tp ko akan rasa stress kalau diri sendiri pon rasa diri ni mcm dh tak berguna lagi. susah ye kalau kau sendiri yang rasa diri ko mcm tu. selamat la berbekalkan iman yg setebal kulit bawang ini, aku masih boleh survive dan berfikiran waras untuk menanggung dan menempuh segala beban dan masalah yang dihadapi. sebenarnya kalau ko bercerita dekat orang pasal masalah ko pon orang bukan bole bantu, dan sebenarnya org xnak tau pon pasal masalah ko. mereka sendiri pon ada masalah dan komitment sendiri yang mereka perlu laksanakan. aku faham benda tu semua. kadang2 kita sendiri pon rasa nak bantu orang, tp kita tak mampu kan. apa yang kita boleh buat adalah sekadar mendengar segala masalah untuk mereka klau hendak berkongsi. selebihnya kita sendiri yang harus mencari jalan penyelesaiannya.
 
blog ni lah sebenarnya tempat untuk aku meluahkan rasa hati ini. dialah journal dan diary perjalanan hidup aku. tu pon kalau tak lupa password la kan. sebenarnya sedang berangan mengejar mimpi dan cita2 tapi sedang terputus dan terberhenti di tengah jalan sebab "jobless" dalam erti kata lain adalah penganggur terhormat abad inilah gamaknya. aku, memang orang tau yg suka bekerja dan xpernah menganggur sejak grade dari diploma sebenarnya. tapi rasanya pelik pulak tahun ni aku jadi penganggur terhormat. ye, aku sedang merasai ye perasaan orang penganggur yang stress lagi memusingkan ini. sebab itu aku cakap, selamat la berbekalkan iman setipis kulit bawang tu. kalau tidak entah kemana agknya aku dah pergi.
 
perkara pertama yang ko akan risaukan kalau menganggur ni adalah source of income ko terputus. dengan saving nan hado ni, pepaham je la. memang menyakitkan dan merumitkan ye. even ko menganggur, komitmen masih berjalan seperti sedia kala. tak ke stress kalau ko pk kan hutang yg keliling pinggang ni. ikot size pinggang la, kalau lebar memanjang n gemok, jadi banyak la hutang nye ye mcm aku.
 
semoga esok ada perkhabaran gembira untuk aku kongsikan. semoga hari esok lebih baik dari hari ini. semoga aku terus tabah menghadapi ujian Allah ini. semoga aku terus berusaha untuk mengejar cita2 yg sedang terputus ditengah jalan. semoga masih ada sinar pada hari esok untuk diri ini. semoga semakin positif dengan segala yang berlaku.
 
cukup untuk hari ini. sambung lain hari ye. doakan perkhabaran gembira menyusul untuk entry yang akan, bukan meroyan yang bukan-bukan.

 
love,
combiemohtar