Sunday, January 20, 2013

Jiwa Kacau

Selamat malam org2 yg mata mcm burung hantu malam ni. Termasuk juga aku. Malam ni terasa sesangat kesunyian yg menyelubungi diri. Emak dengan abah dah lama berlayar. Tido dengan nyenyak nya. Nampaknya tinggal aku seorang saja yg tidak dpt melelapkan mata. Mengapa?? Sediri pon tidak tahu. Berbalik kepada tajuknya Jiwa Kacau. Betolkah?? Errrmmmmm

Kadang2 kita sendiri tak tau apa makna jiwa kacau. Kadang2 kita sendiri tak tau kenapa menyebabkan sesorang itu jiwa kacau. Jiwa kacau yg heavy boleh membawa kepada ketidakwarasan akal. Tp aku setakat ni belom sampai ke tahap itu la sekali kan. InsyaAllah dapat mengawal dan mengelak diri dari menjadi sebegitu. Persoalannya, mengapa sesorang menjadi jiwa kacau. Entahlaaa, aku sendiri xtau apa masalah yg ditanggung. Apa kena dengan mood yg selalu kelaut, yg selalu tidak tentu arah. Mslh nye aku xtau. Mane silapnya.

Betola kekadang tu kita rasa mcm diri kita betol kan. Padahal sebenarnya diri kita ni salah. Sebab itu wujudnya muhasabah diri. InsyaAllah. Aku terus mencari diri ini yg sebenarnya. Tapi aku perlukan manusia dan orang2 yg penting dalam hidup aku dan di sekeliling aku. Harap2 segalanya akan berjalan lancar. Kurangkan stress diri ini. Perkara utama, berbalik kepada akar. Islam dan agama. Kembali la kepada Yang Esa. InsyaAllah akan dapat jalan dan petunjuk kepasa hambaNya yg dalam kesusahan.


Sent from my iPhone

Tuesday, January 15, 2013

Shaklee GLA Complex



bermula minggu lepas, saya adalah salah seorang pengguna produk Shaklee GLA Complex. langkah penjagaan awal untuk diri sendiri. untuk kesihatan sendiri kan. bagus sebenarnya produk ni. terima kasih kak long sebab memperkenalkan produk ni. orang dekat senang la nak membeli kan. baru 4hari menggunakannya. setakat ni blm ada apa2 kesan lagi la. terlalu awal utk aku bagi testimoni kan. harga aku beli dengan Kak Long RM73.00 ada 60softgels. tahan selama 2bulan kalau memang disiplin je makan setiap hati sebiji. setakat ni belom pernah skip lagi la kan. insyaAllah akan meneruskan untuk kesihatan diri.

meh aku tepekkan kegunaan dan kelebihan produk yg aku makan ni :

# Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
# Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby! 
# Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain 
# Membantu dalam menangani menopus 
# Menguatkan kuku dan rambut 
# Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
# Membantu menangai ekzema 
# Melegakan simptom akibat artritis reumatoid 
# Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
# Menguatkan imuniti tubuh 
# Memperlahankan proses penuaan 
# Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
# Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
# Mengawal kolesterol 
# Untuk fungsi saraf


Majlis Menyambut Menantu


quickly update. hari sabtu majlis pengantin belah lelaki pulak. june dengan eddy. selamat pengantin baru untuk korang berdua. semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. dikurniakan cahaya mata yg comel. soleh dan solehah.



tepek gambo akak perantin. hahaha.