Showing posts with label Durian Crepe. Show all posts
Showing posts with label Durian Crepe. Show all posts

Saturday, December 01, 2012

Durian Crepe



Kalau pergi Mid Valley mesti akan singgah beli Durian Crepe ni. Kalau sesiapa yang hantu durian memang akan jadi hantu durian crepe lah pulak. Makan seketul mesti nak ambil lagi berketul-ketul ngapp masuk mulut. Nak beli,satu pek dalam 10 hengget selalunya orang jual. Asyik beli je, apa kata try buat pulak. Pulak-pulak sekarang ni musim durian, memang merata lah ada durian. So gunakan lah durian yang ada ni selagi tengah musim durian






Bahan-bahan nak buat Durian Crepe. Senang je ok bahan-bahan dia:

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Untuk filling:
1 cawan whipping cream (aku memang suka gila brand yg dekat atas ni,sebab tak yah susah nak bubuh gula dah, sebab dia dah memang sedap)


Dan isi durian yang telah dilenyek. Dah nama pon durian crepe, wajib lah ada durian kan? Tak kan nak lenyek buah kedondong pulak. ye dak?




Cara-caranya senang je. Aku guna stand mixer je. Masuk tepung, tuang santan dan air. Gaul-gaul-gaul je. Pastu masuk telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Pastu kacau je bagi sebati. Ok dah siap. Eh senang nya? ye memang senang je ok


Yang whipping cream tu pon jangan lupa pukul kasi kental dan gebu hokayyyy


Pastu tapis ah benda-benda tadi tu untuk mendapatkan kulit crepe yang halus mulus.  Sebab takut kulit crepe tu menggerutu je. Kalau tak nak tapis pon iolsss ok je.




Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat-sangat kecik. Oleskan butter sikit dekat pan tu,pastu boleh letak adunan tadi. Pastu goyang gerudi kan pan tu kasi merebak-rebak dan nipis crepe itu. Alahh masak ni macam masak lempeng je. Tapi kalau boleh, buat ah crepe tu senipis yang boleh


Masak crepe ni yang belah bawah je tau. Yang belah atas tu kalau dah kering, boleh angkat. Sebab yang part licin ni nak buat belah atas



Lepas masak sehelai (sehelai??) crepe ni, aku alas dengan plastik supaya tak melekat. Tapi nak asing-asing dekat pinggan lain pon boleh. Ikut kreativiti masing-masing lah ok




Ok part ni paling best. Letak whipping cream dengan isi durian dekat tengah-tengah. Pastu lipat macam bentuk bantal. Letak isi ni dekat permukaan yang masak ni eh. Sebab bila lipat, nampak cantik ah, sebab yang part licin tu dekat atas





Jadi lah macam ni. wahhh gebu nya durian crepe aku.kehkehkeh. Pastu boleh sejuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap. Nak buat crepe tu bagi nipis adalah benda yang sangat mencabar sekali untuk resepi kali ni.Bila terlampau nipis, crepe senang koyak. Crepe yang koyak-koyak tu boleh lah makan sambil cicah dengan sambal ikan bilis. So pada sesiapa yang nak cuba, selamat mencuba uolsss


ok bye!

sumber blog : http://cikepal06.blogspot.com

nanti i upload dan buat entri untuk crepe yg i buat pulak ye. hehehe

Thursday, November 15, 2012

Aktiviti Di Hari Sabtu

selamat pagi untuk semuanya. adakah masih ada lagi yang masih di mood bercuti. ok baiklah. sekarang ini memang tidak ada mood untuk bekerja. walaupon sudah memasuki tahun baru untuk tahun hijrah dalam kalendar islam kan. tapi rasanya mari warm-up dulu dengan menghapdate blog dengan cerita-cerita yang selalunya terbengkalai.


sabtu lepas. 10.11.2012 macam biase. pergi keje dengan lemah dan longlainya. sebab apa, kene ganti keje. for the whole day aku keje. tapi aku mintak balik awal sejam la. sebabnye anak buah sudah sampai. memang emak tau cucu, anak dan menantunya nak balik. sebab apa. sebabnya akak ipar aku mengidam nak makan Laksa Penang. jadinya emak membuat Laksa Penang. jangan nanti akak terliur pulak kan. sebab tengah mengandung kan. lagipon yang diidamkannya bukanlah susah untuk mak buat. jadi dapat juga kami merasa. Laksa Penang emak memang paling tip top la. sesape pon akan cakap masakan emak dia yang paling sedap kan. begitu jugak dengan aku. emak aku masak Laksa Penang adalah yang paling sedap. Alhamdulillah kenyang tak terhingga. 


selepas itu aku balik keje memang ade membawak Durian Crepe untuk bagi anak buah dengan emaknye merasa. kalau budak ini memang sume bende dimakannye. kalau kayu lembut pon dimakannye jugak. kebetulan pulak kami pakai baju yang sama. i love tioman. baju tu aku belikan untuk dorang mase aku ade company trip ke pulau tioman. budget tak cukup, jadi belikan untuk anak buah je. tengok la. comel kan kami memakainya. siap anak buah suruh cepatlah amik gambar sebab kita pakai baju yang sama. comel. kat atas ni la hasilnya. selepas ditapis banyak yg tidak menjadi dan tidak senonoh. hahaha.

nampaknya hasil quick update pasal entri terbengkalai selesai sudah. tapi baru 1 entri. akan menyusul mengikut kerajian untuk entri yang akan datang. sila tunggu kepada yg suka blog walking. padahal aku bukan banyak follower pon. menyanyah sendiri je ni. kbai. 


Thursday, November 08, 2012

Akhirnya dapat tengok 'Sky Fall'

Yeay !! Akhirnya keinginan untuk tengok encik James Bond termakbul jugak akhirnya. Kejadian hari isnin ye. Sebenarnya dan sepatutnya kena pergi office bekerja. Tapi pepagi morning disebabkan hujan yang sangat lebat. Sambung tido adalah perkara yang paling terbaik. Niat dihati hendak masuk halfday. Tetapi apakan daya setan kemain banyak menghasut. Dengan si budak domok sekali tidak bekerja. Terus mengajak tengok wayang. Yeay !! Terusla aku meng'google' tengok waktu tayangan SkyFall ni. 


Sampai AEON Bukit Indah je terus berdesup pergi ke pejabat pos dulu untuk menyelesaikan poslaju. Ada satu barang untuk dipos. EDT Spray 30ml ke Kajang, Selangor. Alhamdulillah rezeki bertambah murah semenjak berbisnes ini. Bisnes perlu diutamakan. Selesai je pos EDT Spray, terus naik untuk tengok tiket wayang. Ok decide amik tayangan pukul 3pm. Kami ada masa setengah jam lagi....


Dalam masa setengah jam, sempat la kami makan benda2 yang xpayah tunggu lelama. Sekejap je ngapnye kan. Jadi mengambil keputusan untuk pergi ke kedai ini. Apa nama die dah terlupa la pulak. Yang penting order Air Kedondong (mayang order macam org ngidam) aku order Bandung Soda + Cincau, pastu order Char Kuey Rojak, dengan Snow Ice. Yeay !! Lengkap untuk dihabiskan selama setengah jam. Total RM20. Jadinya kami keluar seorang rm10 je la. Jimat kan.


Kami terus berdesup masuk wayang untuk tayangan Sky Fall. Dan keseluruhan cerita yang sangat best. Aku memang suke citer 007 James Bond ni. Entah kenapa xtau la. Tapi memang best. Rasanya ini yang paling best kot. Last pulak katenye kan. Memang wajib la menonton diwayang. Xgitu ?? 

Ok selesai je menonton wayang penutup sebelum pulang adalah makan lagi. Kali ini makan yang lama sikit. Xpayah nak berebut sangat kan. Setelah puas tawaf dari kanan ke kiri. atas ke bawah. Last-last budak domok ni nak makan pizza. So kami terus masuk Pizza-Hut la kan. Aku makan spagheti je. Si mayang domok order pizza untuk die. Alhamdulillah kenyang. Selesai makan berjalan lagi untuk mencuci mata. Sesaje je merayap kan. Terlanjur xbekerja. Orang pon tak ramai. Jadi senang la nak window shopping. Balik-balik uma makan Durian Crepe !! heheheee...

Demam Durian Crepe !!

Akhirnya penantian membuahkan hasil yang sangat mengujakan. Ini adalah cerita pada hari Isnin, 3hari lepas.  Aku baru sempat untuk menceritakan. Apa lagi kalau bukan pasal DURIAN CREPE !! Sekarang ini bukan pakaian sahaja menjadi trend ye, sebenarnya jenis makanan juga memainkan peranan dalam trend masa kini. Cewahh ayat kemain miang lagi. Alhamdulillah penantian bukanlah sesuatu yang sia-sia.


Sepatutnya tarikh untuk collect Durian Crepe ni adalah hari jumaat yang lepas. Tapi disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan dari pemilik makanan ini, jadi kene ditangguhkan sampai ke hari isnin. Boleh la nak dari xmerasa langsung kan. Lepas jugak dapat makan makanan yang jadi bualan hangat di facebook dan dikhabarkan. Tengoklah warna kuningnya menjadikan tidak keruan. Bukak je bau durian kemain mengibo sekali. Sangat sedap. Aku beli sebab nak merasa. Dapat la dibahagikan untuk orang dalam uma. Sikit sama sikit ye tak.


Ini pulak gambar selepas dibuka dalamnye. Fuhhh. Lagi la terangkat kan. Memang betul-betul mengujakan hai dan sanubari ini. Sekali ngap, cair saja dimulutnye. Untuk percubaan pertama aku membeli 1packet sahaja. Dalamnya ada 6pcs yang berharga RM10. Sangat berpuas hati. Untuk melepaskan tekak yang teringin ni ok la. Kalau mengikut nafsu makan ni boleh jadi pokai jugak dibuatnye. Saya memberi 5bintang untuk Durian Crepe. Anda bagaimana????