Showing posts with label Ceritaku. Show all posts
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts

Friday, January 04, 2013

Sudahkan Anda Mengemaskini | ASB :)

nampaknya misi untuk membuat 1hari 1entry meleset la pulak. semalam tidak sempat untuk meng'update' pulak blog ni. sebabnya kebizian melanda. bizi buat keje sikit2, pastu bizi belakon. sebab bos dari pagi sampai ke petang xbebalik. jadi terpaksa la belakon dengan efficient sekali.

sumber : encik google

semalam aku halfday pulak tu. sebab apa. sebab saje, mau mengemaskini akaun ASB aku. tengok banyak ke tidak pelaburan yg telah aku laburkan. alhamdulillah sudah berhasil rupanya. sebenarnya aku membuat ASB Loan melalui CIMB Berhad. sebab itu bank yang paling dekat dan paling aktif aku gunakan. Jadi senang la kot. kalau xbuat loan ni kan, memang tidak membuat la aku buku biru ini.


sumber : encik google

semalam aku kemaskini dekat pejabat pos je. alhamdulillah sekali lagi sebab orang tidak berapa ramai. sebab aku pergi hari kedua kan. kalau hari pertama jgn harap la nak dapat giliran yg depan2. lagipon aku pegi awal jugak la semalam. takot kalau-kalau tetiba ramai orang berpusu-pusu kan. 

aku adalah salah seorang yg tidak terkecuali untuk mengeluarkan dan mengemaskini akaun itu. dan nampaknya tahun pertama sudah tersenyum lebat. berapa jumlah pelaburan aku itu adalah rahsia ye. jeng.jeng.jeng.... aku mengeluarkan dan memasukkan semula utk pembayaran loan. ada sedikit ye disitu aku keluarkan utk belanja. hahaha. xpe, first kan. next year, kena keraskan hati hanya untuk kemaskini. bukan untuk mengeluarkan itu dividen. tahun ini anggaran 8.9% tak silap la. agaknya. kalau salah betulkan aku ye.

yeay !! berjaya mengupdate. nampaknya hari ini kena bekerja keras untuk update lagi satu enti. nak cover untuk semalam dengan hari ini. gila kan. entah sampai bila la misi ini akan berjalan dengan lancar. xkan nak 365hari sama dengan 365entry. mati2. apa je la aku nak bualkan dan nak ceritakan. hahahahaa. tengok sajorlah nanti. dan tengok kerajinan tuan blog. selagi boleh dicover ok lagi la kan. insyaAllah.


Tuesday, January 01, 2013

Goodbye 2012 | Welcome 2013

alhamdulillah nampaknya masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan hidup di tahun 2013. semalam, sudah tamat episod untuk tahun 2012. sepertinya setiap tahun semakin laju dan pantas masa berlalu. korang pon rasa camtu ke aku sorang je feeling2 pantas masa tu. hehe.

alhamdulillah tahun 2012 banyak mengukir segala kenanga pahit dan manis. pahit biarlah aku simpannya sendiri. download segala kesalahan sendiri dan mungkin akan berusaha untuk memajukan diri sendiri. tahun 2012 nampaknya bermula bisnes untuk body mist dan perfume victoria's secret aku. alhamdulillah. diberikan peluang untuk berniaga. insyaAllah seperti peniaga kecil macam aku. akan target untuk lebih yg tinggi setiap bulan. insyaAllah. usaha dan berdoa jangan pernah lupa. Allah sentiasa akan menolong hambaNya yang berusaha kearah kebaikan kan. 

dalam kemalasan untuk menghapdate blog, nampaknya angka entri dari tahun ke tahun bertambah. syabas kepada aku yang dalam diam ingatkan mala. tapi ada sedikit kerajinan disitu ya.


ok la kan. aku bermula dari tahun 2009 hanya berbekalkan 24entry. tahun selepas itu 2010 nampak kerajinan meningkat sedikit dengan 60entry. wahhh, tahun 2011 meningkat naik dengan mencanaknya. adakah disebabkan banyak episod sedih?? jeng.jeng.jeng.. tahun 2011 dengan 141entry. tahun lepas, alhamdulillah aku dapat mengekalkan carta yang semakin naik dengan 170entry. diharap tahun 2013 akan menjadi tahun yang paling rajin untuk aku update blog ni. walaupon xde orang nak baca. xpe, untuk diri sendiri. seronok kalau membaca yang lepas2 kan. time tu la kita ingat apa yang terjadi.

seperti manusia dan yang lain2 juga. kita mesti ada azam dan wishlist untuk aim setiap tahun kan. begitu juga aku. nampaknya banyak wishlist yang dari tahun 2012 harus di carry forward membawa ke tahun 2013. insyaAllah. usaha tangga kejayaan. xpe, nanti entri yang setrusnya kita cerita pasal wishlist yang kekonon la kan. padahal gaji secangkis. banyak no wishlistnye. memang jenuh lak sesapa nak membaca nanti. semoga tahun baru ini membawa segala kebahagiaan kepada kita semua. insyaAllah.

2012 : Terimakasih segala kenangan pahit dan manis. Segalanya akan menjadi kenangan yg tak akan dpt dilupakan.

2013 : Semoga tahun ini memberi segala kebahagiaan kepada kita semua. Harapan dan semangat yang baru utk menempuhi hari mendatang. 

"Be good, Be amazing, Be pretty, Be strong, Be smart, Be cool. But the most important things is be yourself" 

Happy New Year 2013
@combiemohtar

Tuesday, December 25, 2012

Saya Sayang Family Saya


masa untuk kami sefamili berkumpul. setiap kali event besar untuk family tiada seorang pon yg xbalik. memang digagahkan jugak untuk balik. sebab apa. sebab masa ini la kitorg sume berkumpul. ahad aritu, sempena majlis resepsi jun dengan eddy. dapat la berkumpul semuanya.

selepas ini, projek untuk membuat FAMILY DAY untuk kali kedua. harap2 dapat la berkumpul semuanya. attend semuanya. wow. bestkan. rugi kalau sesiapa yg xbalik. jadinya saya sayanga keluarga saya. 

Selamat Pengantin Baru June&Eddy

tanggal 23hb Disember 2012 berlangsungnya majlis resepsi cousin saya, Junaidah. marilah melawat dan melihat sket hasil fotografi sendiri. kah3. berangan je ni. sesaja. cantik jugak sebenarnya kan. jom layan.












kepada June dan Eddy, selamat pengantin baru kepada kamu berdua. semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah. insyaAllah. 

Tuesday, December 18, 2012

Akhirnya Service Bertukar Tangan T.T

Salam hari selasa semuanya. Nampaknya hari ini banyak masa yg telah diluangkan ditempat kerja. siap boleh upload gambar dekat facebook. siap buat YES untuk Victoria's Secret Collection lagi. kelass ke tidak. maksudnya dengan sukacita dimaklumkan hari ini saya bebas. hahaaa. GM saya dengan cemerlangnya sudah pulang ke Singapore morning-morning lagi. saya di office seorang diri. yeeehaaa !!!

Berbalik kepada tajuk yang ingin diceritakan untuk hari ini. Salah satu kesayangan saya sudah bertukar servis. Mungkin sampai disini sahaja la jodoh kita sayang. Apakan daya saya tidak mampu dan rimas untuk menggunakan sampai 2. Kelass. Cakap nak gempak kan. Sebenarnya aku nak cerita pasal henpongg aku. Dalam lingkungan sebulan camtu la aku sudah memakain iphone 4s. henpongg lamaku BB bold2 masih digunakan lagi. Memang dari dulu kalau beli iphone nak diberikan kepada si omak bb aku tu. Akhirnya semalam servis betul2 bertukar tangan.


inilah rupa bentuk bold2. itu sahaja yang mampu. sebelum ini aku pakai bb storm. tapi macam payah je. sebab battery asik drain je. setahun jugak aku pakai storm tu. at last, bertukar kepada bold2 ini. hampir setahun jugak jangka hayar bold2 ini aku pakai. condition sangat tiptop dan memang save battery pada aku berbanding storm yang dulu. bayangkan aku bukak facebook,twitter segala battery tetap lambat la nak turun. cap jempol untuk bold2 aku. walaupon sekarang sudah sampai ke bold5 kan, xpe condition bold2 aku ni memang sangat cantik lagi. sebabnya sepanjang tahun aku pakaikan dia baju. memang tidak kotor,comot dan calar la dia kan. selepas copy segala bagai dari bb ke iphone, aku dengan rela hati menyerahkannya kepada omak. sayang nak jual. dari trsimpan baikla bagi emak pakai. kelass, emak ada 2bb sekarang. handal makcik sekarang ni.



dan inilah kesayangan baru aku. akhirnya hajat untuk memilikinya tercapai. sebenarnya tercepat sikit je. kalau tidak dah boleh sambar iphone5. tapi xpe, still sama. dan sangat suka dengan kesayangan baru saya. semoga awak akan menjadi teman hidup saya sampai akhirnya ye. be nice bersama saya tau. sy akan jaga awak dengan betol dan baik. dah kenapa aku bercakap dengan iphone sendiri. nak mampos ke dah buang tebiat. haha. ok, comel tak kesayangan baru ni?? tak larat dan malas nak pakai sampai 2henpongg, jadi bagi la emak kan. sayang emak. insyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti kita beli henpongg baru untuk mak ea. skang ni jaga budak itam tu dulu. yeay !!!

sebenarnya sedih berpisah dengan kawan BBM saya. ramai dah kawan BBM. itulah kawan gossip, itulah kawan mengacau kalau memalam xboleh tido. itulah semua. tapi xpe, dengan iphone tetap boleh berhubung dengan percuma. kita ada whatsapp. yeay. sukanya... Hujan dan turun dengan lebat sekali. Ok bai. Dah tak tau nak nak tulis apa. Sekian.

xoxo,
combiemohtar


Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 Happy Birthday To My Luvly Sister | Anje

nampak cantik kan tarikh hari ini. 12.12.12 marilah menambah 1 entri yang terbaru untuk tarikh yg sangat cantik ini. pemilik blog yg semakin hari semakin pemalas untuk meng"update" nasib ko la blog. ok mari mulakan cerita pada hari ini. dek kerana kebosanan di dalam office dengan bos yg tidak datang, dan tiada kerja. sekejap bukak fb,twitter,blog walking,whatsapp. itu sahaja rutin kerja saya hari ini. dan tidak lupa juga asik ke kantin untuk rehat dan mengular. hahaha



semalam. kebetulan mayang dengan hazlie balik keje awal. marilah membuat plan untuk pergi ke jusco untuk menunaikan hasrat dan janji yg perlu ditepati. kata 1malaysia kan. jangan janji dicapati. sempena besday adik yang palik last, dia mintak BR Baskin Robbins. selamatla bukan mahal sangat. mampu lagi untuk belanja si adik yg seorang ini. 


semuanya bersiap2 untuk pergi berjalan. kalau dah nama suke berjalan. laju je sume siap. kalau tidak kemain liat sume nak mandi kan. kebetulan semalam ujan, dan aku kerajinan membasuh kolah. jadi mandi dengan awal dan dengan jayanya. haha. gerak dari uma dalam pukul 8.30pm dan sampai jusco dalam pukul 9.10pm. sempat untuk menikmati BR dan membeli barang yg dipesan oleh omak. si omak adalah pengirim setia kemana saja kami keluar. hehehe


inilah ice-cream pujaan hati semua orang. aku pon dah lupa aku amik flavor ape. sebab banyak sangat flavornye kan. jadi terpaksa la melupakan hasrat untuk ingt kan nye. ok harga yg berpatutan dengan kenikmatan BR yg tiada bandingan.


selebihnya marilah menikmati gambar-gambar dibawah ini. sudah tak tau mau mengarang apa. yang penting semuanya termakbul untuk belanja adik sayang makan BR









kepada anje adikku sayang, walaupun kamu adalah org yg selalu disuruh dirumah dan mcm adik angkat. tp sebenarnya kamu adalah adik kandung. adat la kan adik yg paling bongsu memang akan jadi suruhan kepada akak2 dan abg2 yg pemalas. 

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 16 KEPADA ADIKKU SAYANG SHAHRUL SALWA BINTI MOHTAR. SEMOGA DIPANJANGKAN USIA, DIMURAHKAN REZEKI DAN BAHAGIA SELALU. BELAJAR RAJIN-RAJIN DAN BANGGAKAN EMAK DENGAN ABAH. INSYAALLAH. AMINN.. SAYANG ANJE SESANGAT.


Saturday, December 01, 2012

Durian Crepe



Kalau pergi Mid Valley mesti akan singgah beli Durian Crepe ni. Kalau sesiapa yang hantu durian memang akan jadi hantu durian crepe lah pulak. Makan seketul mesti nak ambil lagi berketul-ketul ngapp masuk mulut. Nak beli,satu pek dalam 10 hengget selalunya orang jual. Asyik beli je, apa kata try buat pulak. Pulak-pulak sekarang ni musim durian, memang merata lah ada durian. So gunakan lah durian yang ada ni selagi tengah musim durian






Bahan-bahan nak buat Durian Crepe. Senang je ok bahan-bahan dia:

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Untuk filling:
1 cawan whipping cream (aku memang suka gila brand yg dekat atas ni,sebab tak yah susah nak bubuh gula dah, sebab dia dah memang sedap)


Dan isi durian yang telah dilenyek. Dah nama pon durian crepe, wajib lah ada durian kan? Tak kan nak lenyek buah kedondong pulak. ye dak?




Cara-caranya senang je. Aku guna stand mixer je. Masuk tepung, tuang santan dan air. Gaul-gaul-gaul je. Pastu masuk telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Pastu kacau je bagi sebati. Ok dah siap. Eh senang nya? ye memang senang je ok


Yang whipping cream tu pon jangan lupa pukul kasi kental dan gebu hokayyyy


Pastu tapis ah benda-benda tadi tu untuk mendapatkan kulit crepe yang halus mulus.  Sebab takut kulit crepe tu menggerutu je. Kalau tak nak tapis pon iolsss ok je.




Panaskan non-stick pan dengan api yang sangat-sangat kecik. Oleskan butter sikit dekat pan tu,pastu boleh letak adunan tadi. Pastu goyang gerudi kan pan tu kasi merebak-rebak dan nipis crepe itu. Alahh masak ni macam masak lempeng je. Tapi kalau boleh, buat ah crepe tu senipis yang boleh


Masak crepe ni yang belah bawah je tau. Yang belah atas tu kalau dah kering, boleh angkat. Sebab yang part licin ni nak buat belah atas



Lepas masak sehelai (sehelai??) crepe ni, aku alas dengan plastik supaya tak melekat. Tapi nak asing-asing dekat pinggan lain pon boleh. Ikut kreativiti masing-masing lah ok




Ok part ni paling best. Letak whipping cream dengan isi durian dekat tengah-tengah. Pastu lipat macam bentuk bantal. Letak isi ni dekat permukaan yang masak ni eh. Sebab bila lipat, nampak cantik ah, sebab yang part licin tu dekat atas





Jadi lah macam ni. wahhh gebu nya durian crepe aku.kehkehkeh. Pastu boleh sejuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap. Nak buat crepe tu bagi nipis adalah benda yang sangat mencabar sekali untuk resepi kali ni.Bila terlampau nipis, crepe senang koyak. Crepe yang koyak-koyak tu boleh lah makan sambil cicah dengan sambal ikan bilis. So pada sesiapa yang nak cuba, selamat mencuba uolsss


ok bye!

sumber blog : http://cikepal06.blogspot.com

nanti i upload dan buat entri untuk crepe yg i buat pulak ye. hehehe

Friday, November 30, 2012

Victoria's Secret Collection Datang Lagi !!!!

Salam Jumaat untuk semuanya. Hari ini sebenarnya baru berkesempatan untuk mengupdate blog menceritakan stock baru yang tiba. sebenarnya stock baru tiba pertengahan bulan 11 aritu. hampir separuh sudah terjual sebenarnya. tapi masih ada lagi stock yang ada pada saya. mari sy kenalkan koleksi yang sy ada. check it out !!! :)


Refreshing Body Mist Shine 250ml
RM35 sahaja. murah kan. kualiti yang baik. jika mempunyai niat untuk membeli banyak mestila sy bagi diskaun yg cantik untuk pelanggan kesayangan sy semuanya.

Refreshing Body Mist Shine 250ml ini didatangkan dengan banyak scents yang sedap, lembut dan memikat hati. memang seksi la jawabnya. sweet, tahan lama. dan ada juga yang bau agak keras sedikit. ikut sendiri punya citarasa la kan. ada yang suka lembut, ada yang suka agak keras. terpulang. ada juga yang nak bau manis2 gitu.


Scents untuk Refreshing Body Mist Shine 250ml :
Endless Love | Sweet Day Dream | Pear Glace | Vanilla Lace | Pure Seduction | Berry Kiss | Secret Crush | Romantic Wish | Blossoming Romance | Amber Romance


kita beralih ke koleksi yang kedua. ni namanya Refreshing Body Mist 250ml. yang ini biasa punya. kalau yang shine tadi jenis pekat. yang ni jenis cair punya. sama juga harganya RM35 sahaja. 




ini untuk Refreshing Body Mist 120ml. yang jenis mini punya. hanya RM20 sahaja. tapi yang ini stock terhad. sebabnya xambil banyak stock ini. cuma tinggal 4 botol ini sahaja.


EDT Spray 100ml RM35 sahaja. sekarang stock yang tinggal hanya Vanilla Lace sahaja. Pure Seduction sudah terjual.


Untuk stock EDT Spray 30ml banyak jenis dan stock. sebabnya permintaan untuk ini banyak berbanding yang besar. ini kecil dan mini senang nak masuk ke dalam handbag kan. btol tak. sebab tu senang dan sangat disukai. Ini hanya RM20 sahaja. murah bukan. apa lagi beli la. :)


Scent Untuk EDT Spray 30ml RM20 ini ada :
Secret Charm | Strawberries & Champagne | Vanilla Lace | Sweet Temptation | Delicate Petals | Pretty In Pink | Blossoming Romance | Endless Love | Berry Kiss

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian sila hubungi :

SMS / WhatsApp - 012 7468043 (combie)
Email - combie_gurlz@yahoo.com
Facebook : Shahrul Huda Mohtar
Twitter - @combiemohtar


Friday, November 16, 2012

iPhone 4s come to me please !!






oleh kerana iPhone 5 xkeluar lagi dekat Malaysia dan aku tau harganya mungkin lebih mahal dan tak terdaya nak membelinya. aku akhirnya memilih untuk mendapatkan 4s sahaja. bilakah akan didapatinya. insyaAllah. marilah tunggu dan lihat sahaja. Blackberry aku dah guna, Samsung pon aku dah guna, sekarang ni nak try camne peginya kalau menggunakan jenama Apple. adakah bagus. dan bagaimanakah fungsinya.

buat masa sekarang gadjet yang aku ada hanyalah Handphone BB Bold 2 9700 dan Samsung Galaxy Tab 10.1. kedua-duanya berwarna hitam. dan insyaAlah untuk iphone 4s ini juga aku akan memilih hitam. putih rasanya tidak la. sebab nanti macam xterjaga pulak. lagipon encik abdul dah putih kan. nanti tiru die pulak. hehe. mane la tau kalau ade rezeki lebih nanti boleh la membeli ipad mini yang cute dan cun melecun itu. doakan aku ni murah rezeki ye. meh tengok sket rupanya ipad mini ni..cantikkan. tapi belum launch dekat malaysia lagi la rasanya. wait for me ye ipad mini.