Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Saya Sayang Family Saya


masa untuk kami sefamili berkumpul. setiap kali event besar untuk family tiada seorang pon yg xbalik. memang digagahkan jugak untuk balik. sebab apa. sebab masa ini la kitorg sume berkumpul. ahad aritu, sempena majlis resepsi jun dengan eddy. dapat la berkumpul semuanya.

selepas ini, projek untuk membuat FAMILY DAY untuk kali kedua. harap2 dapat la berkumpul semuanya. attend semuanya. wow. bestkan. rugi kalau sesiapa yg xbalik. jadinya saya sayanga keluarga saya. 

Selamat Pengantin Baru June&Eddy

tanggal 23hb Disember 2012 berlangsungnya majlis resepsi cousin saya, Junaidah. marilah melawat dan melihat sket hasil fotografi sendiri. kah3. berangan je ni. sesaja. cantik jugak sebenarnya kan. jom layan.












kepada June dan Eddy, selamat pengantin baru kepada kamu berdua. semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah. insyaAllah. 

Thursday, November 15, 2012

Selamat Pengantin Baru Acit & Sakinah


tahniah diucapkan kepada pasangan acit dan sakinah,. semoga melayari bahtera perkahwinan dengan aman dan damai. semoga dipanjangkan jodoh dan kekal hingga ke syurga. semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. insyaAllah aku akan memeriahkan majlis ko belah lelaki pula.

Saturday, November 10, 2012

10.11.12

selamat petang semuanya. nampak gayanya tarikh yang bermakna dan unik ini tidak memberi tuah kepadaku. kerana ape, sebabnya kena ganti keje sampai ke petang. memang la tidak membawa tuah kan. nak buah camne, sebab ganti nanti cuti deepavali boleh lebih sehari. biase la tak kan company nak rugi. mesti la nak untung kan. walaupon aku ni kalau arini xdtg pon xpe. disebabkan hal yang sama, AL sudah abis. jadi marilah meringankan tulang untuk pergi bekerja. sekarang sudah pukul 3.00pm, jenuh rasanya nak sampaikan pukul 5.30pm. kan3.

ok berbalik kepada cerita dan tajuk asalnya. mau menceritakan keunikan tarikh pada hari ni. memang tidak dinafikan memang cantik tarikh hari ini. dan memang tidak dapat dinafikan jugak berebut2 orang menikah dan melangsungkan perkahwinan disebabkan tarikh yg cantik ini dan ingin mencipta sebuah sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila. tahun depan memang xkan dapat la tarikh yang cantik sebegini lagi ya. owh ye, ade tak orang sambut anniversary hari ini? ada tak orang declare bercouple-couplean hari ini. kalau ada selamat la aku ucapkan ye. sesungguhnya bukan korang saja yang ingin mencipta sejarah pada hari ini. tapi aku jugak dengan membuat entry untuk tarikh ini. esok tak boleh. tak sama tarikh dah. 

hari ini jugak, classmate aku Azrul Rashid (acit) dan pasangannya menikah. pandai jugak diorang ni memilih tarikh kan. sebab memang teruja dengan tarikh tesebut. alhamdulillah pagi tadi dah dapat berita dengan hanya sekali lafaz, kawan aku acit ni dah selamat menjadi suami orang. nampaknya bertambah tanggungjawab yang akan digalasnya. tahniah kepada acit dan isteri. esok majlis resepsi belah perempuan dekat masai. kalau ada masa terluang dan ada kawan boleh la pergi kan. meh aku tepekkan 1gambar credit dari fb adik acit ni, si faris. pinjam 1 gambar ye faris untuk meraikan dan mengucap tahniah utk abgmu ini.


kepada acit dan isteri, selamat pengantin baru aku ucapkan. semoga mahligai yang baru dibina akan harmoni, kekal dan bahagia hingga hujung nyawa dan insyaAllah sampai ke syurga. kawan-kawan hanya mampu mendoakan kebahagiaan korang. semoga menjadi suami yang baik untuk isteri ko. semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. InsyaAllah. dan tolong doakan aku untuk menjejaki ko pergi ke fasa yang seterusnya ini. Aminnnn..


Wednesday, November 07, 2012

Wedding Invitation | Tahniah Acit & Pasangan



agak lambat sebenarnya baru nak update pasal wedding invitation si acit ni. tapi skang je yang aku baru free. aku dapat kad ni seminggu yang lepas. dan aku ditugaskan pass kan kad untuk kawan-kawan yg sudah berkahwin yang berada di kampung aku. skema tak ayat ni. secara tidak langsung menjadi PA yang tidak rasmi pada si acit ni. gasak la acit, janji ko kawin. haha. dan sebenarnya ini bukan acit encik abdul saya ye. ini acit kawan kelas sy masa sekolah menengah dulu. sila jangan confius. hehe. 

Kepada Acit dan pasangan, selamat pengantin baru in advanced aku ucapkan untuk ko. minggu ni majlis nikah kan. dah nak jadi suami orang rupenye. muke macam xlayak jadi laki orang je ko ni acit. haha. semoga berbahagia sampai ke syurga. semoga diberikan zuriat yang soleh dan solehah. insyaAllah. aku sebagai kawan dapat mendoakan je. insyaAllah aku datang majlis kawin ko nanti. Tahniah sekali lagi untuk ko.