Showing posts with label lovestory. Show all posts
Showing posts with label lovestory. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Speechless


 no word. berangan je. 

Selamat Pengantin Baru Acit & Sakinah


tahniah diucapkan kepada pasangan acit dan sakinah,. semoga melayari bahtera perkahwinan dengan aman dan damai. semoga dipanjangkan jodoh dan kekal hingga ke syurga. semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. insyaAllah aku akan memeriahkan majlis ko belah lelaki pula.

Happy Belated Birthday Amy Amira | @amyzakaria

mari bercerita kejadian pada hari ahad lepas jugak. nampaknya banyak cerita yang terbengkalai. dua hari berturut2 mempunyai aktiviti. nampaknya masalah ujan tidak membeban dan menghalang perjalanan dan kekeluaran kami. hahaha. ayat kemain berterabur sekali. ini adalah disebabkan si mira ni nak sangat tiup lilin. dah ade lilin xditiupnye jugak. aku yang tiup. over. padahal besday mira.


biasela. kejadian yang tanpa plan dan program yang bersepah. kekonon nak sempoi la kan. puan saliha mengajak dan kami semuanya ikot. mau pergi makan mekdi. padahal malam tu kepala ni berdenyut gila. mignrain pon ye. dengan laju aku makan pandaol 2biji, pastu mandi dan bersiap. terus berdesup keluar. amekaw, kua pukul 8pm, sampai rumah jejak pukul 2am. tahniah combie dan kawan-kawan.


memula memang nak pergi makan mekdi je. pastu beli kek untuk mira. beli kek slice je. untuk sebiji macam banyak no pulak. sebab dh belated sangat kan. haha. mujur ada SR. makan mekdi dekat bukit indah depan jusco. senang keje. aku menemani mira makan manakali leo dengan fyza berdesup pegi jusco beli kek. ape lagi aku keje menipu mira saje la. selamat die percaya. kah3...


selesai makan. terasa ingin test vocal pulak. kekonon macam vocal bukan sekadar rupa kan, terus berdesup pegi Ali Baba. memang regular customer jugak la. kami sudah sebati dengan tempat vocal disini. sound yang sedap, tempat yang cantik. jadi memang dah sangat sebati dengan hati dan sanubari. kelasss kan. 


alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sumenye sudah bersedia untuk memekik. dah terbaru lagu kami pilih. gangnam style. ok kesilapan besar adalah memilih lagu gangnam pada pertengahan karoke. patutnye kene ambil last kan. dah semput sumenye. die punye tarian azab nyawa ni.


tengoklah besday girl yang keriangan. sama jugak dengan kami. memang suke meriangkan diri sendiri. kekadang orang yg xsambut besday lagi exsaited dari tuan empunya. hahaha


malam itu jugak kami adalah geng budak kacamata. senang citer geng si rabun la. kami berkawan sejak ari sekolah menengah lagi. lain la kalau aku dengan fyza, kami berkawan sejak dari dalam perut. haha


diharap mohom maaf atas entri yang bersepah ini. macam tangkap muat je kan. dah ini je yang termampu. terima la seadanya. kepada Amy Amira ku sayang. happy birthday to you. semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu. semoga menjadapt jodoh yang baik. insyaAllah. diharap kita akan berkawan sampai bila2 dan tidak berkongsi laki yang sama. kah3.


next birthday is fyza. apa nak prank kan budak ni ek. ni terejal sorang ni. nampak sopan. tapi nauzubillah. tidak memepercayainya pun. marilah memerah otak untuk mengenakan si fyza. hahahahaaa.


comelkan gambar kami bersama. sesuai begitu nampak gambarnye perfecto. hahaha. berangan sendiri. tahniah combi. sekian entri yang terbengkalai memang akan mengundang ayat2 sampah yang merepek. 


Saturday, November 10, 2012

10.11.12

selamat petang semuanya. nampak gayanya tarikh yang bermakna dan unik ini tidak memberi tuah kepadaku. kerana ape, sebabnya kena ganti keje sampai ke petang. memang la tidak membawa tuah kan. nak buah camne, sebab ganti nanti cuti deepavali boleh lebih sehari. biase la tak kan company nak rugi. mesti la nak untung kan. walaupon aku ni kalau arini xdtg pon xpe. disebabkan hal yang sama, AL sudah abis. jadi marilah meringankan tulang untuk pergi bekerja. sekarang sudah pukul 3.00pm, jenuh rasanya nak sampaikan pukul 5.30pm. kan3.

ok berbalik kepada cerita dan tajuk asalnya. mau menceritakan keunikan tarikh pada hari ni. memang tidak dinafikan memang cantik tarikh hari ini. dan memang tidak dapat dinafikan jugak berebut2 orang menikah dan melangsungkan perkahwinan disebabkan tarikh yg cantik ini dan ingin mencipta sebuah sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila. tahun depan memang xkan dapat la tarikh yang cantik sebegini lagi ya. owh ye, ade tak orang sambut anniversary hari ini? ada tak orang declare bercouple-couplean hari ini. kalau ada selamat la aku ucapkan ye. sesungguhnya bukan korang saja yang ingin mencipta sejarah pada hari ini. tapi aku jugak dengan membuat entry untuk tarikh ini. esok tak boleh. tak sama tarikh dah. 

hari ini jugak, classmate aku Azrul Rashid (acit) dan pasangannya menikah. pandai jugak diorang ni memilih tarikh kan. sebab memang teruja dengan tarikh tesebut. alhamdulillah pagi tadi dah dapat berita dengan hanya sekali lafaz, kawan aku acit ni dah selamat menjadi suami orang. nampaknya bertambah tanggungjawab yang akan digalasnya. tahniah kepada acit dan isteri. esok majlis resepsi belah perempuan dekat masai. kalau ada masa terluang dan ada kawan boleh la pergi kan. meh aku tepekkan 1gambar credit dari fb adik acit ni, si faris. pinjam 1 gambar ye faris untuk meraikan dan mengucap tahniah utk abgmu ini.


kepada acit dan isteri, selamat pengantin baru aku ucapkan. semoga mahligai yang baru dibina akan harmoni, kekal dan bahagia hingga hujung nyawa dan insyaAllah sampai ke syurga. kawan-kawan hanya mampu mendoakan kebahagiaan korang. semoga menjadi suami yang baik untuk isteri ko. semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. InsyaAllah. dan tolong doakan aku untuk menjejaki ko pergi ke fasa yang seterusnya ini. Aminnnn..


Monday, October 29, 2012

29.10.2006 ~ 29.10.2012 (6tahun sudah)



alhamdulillah akhirnya tarikh yang ditunggu sampai jugak. counting aku dengan encik daisypath ni sama kan. tengok kat atas tu. die pon kira sama la 6 tahun. pandai kami mengira. heheheee. 6tahun. macam sekejap je. macam baru kenal encik abdul semalam je. tapi kemain lama perjalanan ni. banyak betul lari berpagar dan merentas desa telah kami harungi. sedap kan ayatnye :)



ni saje je nak tepek gambo ini. sebab macam banyak je kenangan. sumenye best. insyaAllah kalau jodoh ini panjang marilah doakan sy dan encik abdul sampai ke jinjang pelamin pulak ye. supaya tiada titlle illegalsary. nanti sah sajor. heheheee. semalam bersengkang mata sebenarnya nak tunggu pukul 12 tengah malam. nak wish. mengade kan. tp itu la setiap tarikh yang bermakna memang akan bersengkang mata sikit la untuk memberi ucapan kepada encik abdul. 

" kepada Abdul Rashid bin Abu Talib, selamat ulang tahun kita yang ke 6. Semoga hubungan yang kita bina ini akan kekal, dapat direstui dan diredhai oleh Allah. Mintak maaf atas segala salah dan silap. terimakasih sebab sanggup melayan kerenah dan perangai sy yg mengade2 kekadang ni selama 6tahun. diharap akan sanggup melayan sampai ke tua la ye. terimakasih sebab menjadi kawan, sahabat, kekasih, kawan bergaduh, kawan berkongsi cerita,masalah,gossip.hehehe.. Sayang Abdul Rashid ketat2 "


dengan itu mari saya tepekkan video dari youtube ni. memang menyentuh hati dan sanubari. 

You are who,what,when,where,why I Love.. The Last ♥



Wednesday, October 24, 2012

29.10.2012 Coming Soon 6th Years Illegalsary



jeng.jeng.jeng... tajuk tak nak kalah kan. illegalsary kate die. yela, sebab kami belum kawin. jadinye perkataan yg sesuai itu lah kot. macam dah lama x bercerita tentang kisah hati ini. lama tak mengomel sendirian berkenaan ini. jadi terlanjur banyak pulak masa yang terluang mari bercerita. dis coming monday, guess what?? its our 6th year anniversary. we know each other. kah3. macam ye ye je kan. tapi itulah hakikatnye. walaupon kisah kami terputus di tengah jalan pada tahun ke 5, terputus dalam masa 6bulan camtu. selepas itu ianya tercantum kembali. mungkis chemistry antara kami rasanya. poyo!! kalau kawin ni anak dah pegi sekolah tadika dah ni kan. kemain lama bercinta. xpela, lagipon kan kami masih muda belia. kekadang tu ade jugak tergugat sikit sebab ramai pulak kengkawan yang menamatkan zaman solo mereka awal. 

insyAllah kalau jodoh kami panjang sampai la jugak akhirnya kan. doa kan saje la yang terbaik untuk kami. jauhkan segala perasaan hasad dengki dan segala perkara-perkara buruk yang menyebabkan terputusnya hubungan kami. segala halangan dan segala dugaan diharap akan dilalui dengan sabar,tabah dan kuat. insyaAllah. segalanya bergantung kepada kepercayaan sesama sendiri kan. 

ok sebenarnya saje je nak bercerita. sebabnya xtau nak celebrate cmne 6tahun kami ni. walaupon ramai pasangan yang kat luar sana lebih lama lagi bercinta dari kami. tapi sebenarnya tak tau cmne nak celebrate tahun ni. sebabnya xpenah celebrate pon sebelum2 nya. just wish je kan. ini pon entah ingat entah tidak encik abdul saya ni. selalunye angka-angka ni die lemah. yang die ingat besday sy je. cukup la tu naaakkk. hehehe.

fuhh panjang jugak masa kami bercinta. sejak 29.10.2006 lama tu. kemain gigih lagi sampai sekarang kan. dulu aku kurus, si abdul ni berisi sikit. sekarang ni aku gemuk banyak, si abdul tetap maintain. cayalahhh.. hahahaa. tu tandanya senang hati la kan. hehehe. sedapkan ati sendiri je ni. ok dh abis membebel. cume perlukan cadangan untuk camne nak celebrate. tp rasanya biase2 je la kot. sebab kalau wish pon dah kire bagus. sebab tu maksudnya kite sentiasa menghargai dan ingat hari2 yang bersejarah. walaupon aku xminat subjek sejarah. hehehe...