Showing posts with label Taklimat. Show all posts
Showing posts with label Taklimat. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Peristiwa Bersejarah Di Bulan Muharram

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.

Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya:


"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh 
meninggalkannya."


Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.



Wednesday, November 07, 2012

Kursus IT Smart System | Good Hope Hotel



Hari ahad yang lepas, 04.11.2012 anjuran Puteri Umno Gelang Patah ade buat Kursus IT Smart System untuk Pilihan Raya nanti. bertempat dekat Good Hope Hotel. terlanjur takde pape program untuk minggu ni, jadinye aku ikot kan je la cousin aku pergi kursus ni. sebab ni memang bekerja dengan umno la. ok la jugak mengisi masa lapang kan. 


Ramai jugak yang datang attend kursus ni. kiranya kami belajar kursus IT ini nanti akan ditugaskan untuk menjaga ditempat pusat mengundi la. dekat kawasan memasing. camtu la. aku belom paham sesangat sebab nye tahun ni adalah tahun pertama aku mengundi. Undi adalah rahsia. tapi rasanya korang macam dah tau kan aku akan mengundi siapa. haha. Jadinya undia aku macam dah tak rahsia kan.


kursus dan taklimat bermula pada pukul 10 pagi. dan berakhir pada pukul 2ptg la camtu. ok la di ajar dengan dan tentang sistem SPRM nanti. memang xpenah umo la aku belajar benda ni. jadi sedikit sebanyak jakun jugak la kan. teruja pon ye jugak. nanti nak jaga dekat pusat mengundi tu. 


nak buat ni kan sukarela. jadi aku dengan sukarelanya meng"offer" diri la menjadi salah seorang penolong IT gitu kan masa dekat pusat mengundi nye. aku pon xtau bila tarikh PilihanRaya Umum sebenarnya. ada yang kata tahun depan. sama2 la kita menunggu ketibaan nya ye. aku memang xreti sangat berpolitik ni. tapi tau la sesikit basic dan untuk pengetahuan diri sendiri. untuk berbalas cakap pasal politik sila serahkan pada orang lain. saya bukan tandingan anda. haha


Alhamdulillah segala taklimat dan kursus berjalan lancar la. walaupon kepenatan sebab jadual aku minggu lepas sangat la padatnye. terasa macam nak pengsan. Isnin sapai Sabtu straight kerja sebab ganti nanti nak cuti straight untuk Deepavali kan. jadi kene berkorban sikit la. terasa macam budak sekolah pon ye jugak kan kemain lagi menggantikan hari bagai sebab nak cuti. biase la company xkan sesaje nak bagi cuti free kan. kene la berganti. pulak tu aku punye AL dah abis. jadi dengan rela dan terpaksanya kene menghabiskan masa bekerja seperti yang di jadualkan.


masa kursus tu jugak puteri umno bahagian gelang patah bagi makan kek. yeay !! sedap giller kek ni. cousin sy buat tau. puteri umno tempah dengan die. sambut sume birthday yg bulan October, November. cute kan. best je. xde sape nak sambut bulan Mei ke. hehehe


2 biji kek. memang sedap. kalau sesape nak order meh la tempah dengan cousin sy. die bakal jadi chef tu tau. promote sket. haha.