Wednesday, May 25, 2016

Happy 28th birthday to me !!

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt. Kerana dengan izinnya aku masih berkesempatan untuk menyambut kelahiran yang ke28. Ye jgn terkejut sgt memang 28. Tp muka awet muda. Tak bape nak nampak 28 dia tu. Bersyukur sangat aku masih ada keluarga yg sempurna, mak & abah masih ada. Adik beradik dan anak saudara yg sentiasa ada bersama. Dalam susah dan senang. 

Mulakan bercerita dimalam sebelum waktu kelahiran yg ke28. Tekak ni teringin nak makan Nasi Ayam rr. Kekonon tweet la. Nampaknya ada sambutan. Rupanya si Ameyy pon nak makan jgk kekdahnya. Sesampai rr je, hampa ye. Sebab nasi ayam dh abis & kedai dh tutup. Jadinya terpaksa pergi makan tempat lain. Sebelum kua keter kite dpt balloon. Ok memang teruja dpt belon sebab lama tak dpt belon. Bole jadi ralit main belon. Haha. Tak sangka ameyy wat surprise utk kita. Dpt belon. Pastu kita dinner kt gelang patah je. N kite dpt cake. Yeay. Pdhal bukan penggemar kek sangat pon, tp kalau besday je kan mmg org nak feeling2 tiup cake kan. Hahaha. Selamat ameyy ada, kite dpt cake pertama dari ameyy. I love you ameyy. Sgt terharu. Walau ianya nampak simple, atleast masih ada org yg menghargai dan mau celebrate diri ini. 


Monday, May 23, 2016

Syurga Lipstick


Segalanya adalah mimpi semata. Si combie sedang berangan kalau2 dapat segala lipstick ni. Memang heaven gila. Menarik kan. Semua color nude. Soft je color dia. Tak salah berangan. Mana tau akan datang kumpul sikit-sikit nanti jadi mcm ni. 


Setakat ni koleksi aku takde la mcm ni. Ada beberapa batang je. Aku suka lipstick dari Inglot, MAC, 3CE, TonyMoly, Kissproof. Rasanya ini sahaja koleksi lipstick aku. Tapi alltime favorite adalah inglot. Dan sebenarnya semua lipstick aku adalah jenis matte. Aku paling suka inglot disebabkan texture dia yg sangat ringan dan matte die cepat kering dan kekal & tahan lama. 



Okay. Inilah barisan lipstick aku. Akan menambah koleksi lagi nanti. Sebab aku ni jenis bukan yg sentiasa touch-up je. Once aku dh pakai sekali dari pagi, memang tu la jugak makeup & lipstick tanpa touch-up sampai ke malam. Memang tahan dan aku suka. 



love 💕

@combiemohtar


Saturday, May 14, 2016

Selamat Pengantin Baru | Haime&Linna

Assalamualaikum semuanya. Selamat berhujung minggu. Apa aktiviti korang harini? Aku mcm biasa, memenuhkan aktiviti mingguan dengan menghadiri majlis perkahwinan kawan. Kawan masa aku keje kilang 3G lagi. Rindu jugak la nak jumpa diorg and nak lepak2. Tp susah dah skang. Masing2 dengan life sendiri dan keluarga kan. Mana nak sama masa memuda dulu, yang duk sibuk nak gather and lepak dengan kengkawan. Family 1st.

Cantik kan baju diorg. Menarik. Suka tengok warna emerald green ni. Kekdahnya mcm tema baju raya aku 2tahun lepas. Hee. Saje nak selitkan baju raya. Dh nak raya ni kan. Haime ni kawan masa aku start bekerja. Dekat kilang 3G Precision Industry Sdn Bhd. Nampak tak betapa kuat ingatan sampai nama penuh company aku ingat. Sayang aku kt company ni. Lama berjasa kt situ. Time ni la dapat jumpa kawan2 lama masa kat kilang. Dulu kan minah kilang. Rindu budak2 production dan semua la. Diorg ni sume baik2. Dh mcm family. 


Tadi dapat jugak la jumpa exboss Mr Ng. Mcm biasa, die gaya bersahaja dan sempoi. Mcm tu jgk muka dia. Relax. Jumpa jgk Manager Production dulu Encik Omar. Pon masih maintain muda remaja. Siap dia puji aku cantik lagi. Bukan selalu orang puji kita kan. Selalu syok sendiri diri ni cantik. Kah. Dapat jugak jumpa kawan2 yg lain. Rindu.


Dapat jugak la ditepekkan bergambar dengan pengantin. Untuk jadi kenangan. Timekasih kat kawan baik sorang ni. Puan Ezzani. Rajin nak melayan sy mengikot sy pegi wedding. Supermom ni gigih. Kene btau awal sebab dia kena susun jadual kan. Weekend patot dengan family. Tp curi masa dia sikit la utk teman pegi wedding. Timekasih banyak2. Abaikan muka aku. Kembang semangkok. 


Untuk Haime&Linna selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Dh bole start production utk haime&lina junior nampaknya. Jgn lambat2. Semoga perkahwinan sentiasa dirahmati Allah. Amin. 

Pasni turn korang pulak doakan aku cepat sampai jodoh. 😍