Rasanya sudah terlalu lambat untuk aku update berkenaan Company Trip yang berlaku pada 22 Jun 2012 sehingga 24 Jun 2012. Ala tapi bukan la lambat sangat kan, baru 2minggu. tidak berkesempatan untuk mengolahkan blog aku yang cantik sangat ini. Rasanya macam ketandusan cerita di blog aku ini kan, jadinye marilah sama2 memenuhkan entri untuk bulan Julai. :)
Ok mari aku mulakan cerita, disamping itu aku selang selikan dengan gambar2 aku yang sangat menarik ini ya. Sila jangan jeles kepada sesiapa yang belum pergi. Sebab tempatnya memang awesome gile. Aku memilih destinasi percutian si Cun Beach Resorts, Pulau Tioman. Pulau Tioman ini bos yang suggest kan. Jadinye aku ni cume memilih resort yang menarik untuk kami menginap.
Kami bertolak pada pukul 7pagi hari jumaat itu. dengan menaiki bus yang kami sewa sekali dengan pakej dari agent. Agent yang bertanggungjawab untuk mengendalikan kami adalah BT TUNE HOLIDAYS & SERVICES SDN BHD. Alhamdulillah rasanya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dari agent mereka.
Setibanya kami disana biasalah hari pertama aktiviti bebas kan. malam tu je kami BBQ dengan dinner bersama. ok siap ada karaoke lagi ye. sangat happening. walaupon trip kami cuma 20 orang sahaja. xpe la, yang penting gather tu. dah macam adik beradik dekat sana. sumenye closed saje. nak pegi mandi dekat laut pon panggil semua. kirenye sape yang xnak mandi kene panggil dan main simbah2 air la. sudahnye basah dan terpaksa mandi jugak.
Hari kedua kami lagi la syok dan best. pergi snorkeling 3buah pulau. aku la yang paling teruja dalam xreti berenang kan. excited tak ingat. kalau tenggelam kemain susah aku ni nak timbul .berat bagak gini. ape lagi, life jacket memang sentiasa dipakai. untuk mencegah dari perkara yang tak elok kan. google pula dipakai untuk melihat keindahan ikan dan hidupan di dalam laut. ikan terasa sangat dekat dengan kita. siap boleh cuit2 lagi kan. teruja la begitu. owh belum sempat bercerita pasal snorkeling kaki xjejak kt bawah. maksudnye snorkeling tempat dalam jugak la kan. kalau dedual panggil boya ye. kire nak sedap sikit panggil pelampung la. yeay ! dengan adanya pelampung tahap confident diri ni meningkat. jadi berlagak sebentar sebab terer snorkeling. haha
selepas settle sume bersnorkeling 2-3 buah pulau. excited untuk pergi ke tempat lain pulak. kekonon macam tempat shopping die la. sebabnye tempat duty free la kan. oleh kerana belum gaji dan wang saku tidak berapa nak berkepuk, aku amik ala kadar je la. beli coklat ngan baju tshirt aku dan anak sedara je. yang lain xde ok. heee.. almaklum, comapny trip kan bape banyak no la aku bawak duit belanja. dengan hujung2 bulan pulak tu :)
keseluruhannye memang sangat berpuas hati dengan services di Sun Beach Resort. berangan macam nak pergi berbulan madu pulak kat situ. tapi laki pon belom ade. berangan la namenye tu kan. yeee.. berangan :) sebab tempatnye sangat menarik untuk honeymoon. best sangat. terasa nak pergi lagi. cume jenuh menunggu ketibaan feri sahaja. yang lain sangat berpuas hati. harap2 tahun depan ade lagi la comapny trip. seronok !! ok sudah abis merepek cerita berkurun lama. sekian :)
2 comments:
bestttt kn.....xgeti berenang pn leh snorkeling.....teruja gitu....air masin tp rmbut x keras kn hehee
tau xpe, memang seronok la. terus macam terer bersnorkeling. memang macam nak pegi lagi. best 3 !!
Post a Comment