Tuesday, July 10, 2012

Rutin Setiap Tahun | License Renewal

seperti biasa rutin setiap tahun. tadi selepas pergi ke CIMB, beralih ke Pejabat Pos pulak. membayar bil telefon office, sambil la aku memperbaharui lesen memandu aku. tarikh expired nye adalah pada 12hb Julai 2012. tapi dek kerana sudah terlanjur pergi sekali, aku renew je la sekali. lagi 2 hari je pon. kang dh malas nak kua pulak. kan3

.

akhirnya bermula lah pembaharuan lesen memandu aku ni mengikut tarikh lahir kan. kalau tidak kan bersepah je. pasni kalau time besday je perkara pertama nak kene buat adalah memperbaharui lesen memandu. kalau gitu memang kene cuti la masa besday kan. baru afdal.heee.. alhamdulillah selamat jugak renew nye. akan tamat pada 24/05/2014. lama lagi. dua tahun lagi la baru aku pening nak pk kan pasal renewal ni. tahun depan time besday mari bersuka ria sebentar. heeee


pekerja pejabat pos tu menggunting sedikit yang lama. kekonon nye dh xboleh nak guna la. pelik pulak. tahun sebelum2 ni xde pulak kene gunting. xpe la, ape ade kesah, bukan nye nak pakai lagi kan. asalkan x tergunting lesen yang ade gambo tu sudah la kan. mati. die gunting slip ni je xpe la. jadinye korang dapat agk kan hari ini aku buat keje ke tidak. kekonon banyak keje luar la. padahal settlekan hal sendiri lagi lama. heeee. 

kbai


No comments: