Friday, February 24, 2012

Info Minda | P.Ramlee


Rupa-rupanya Tan Sri P.Ramlee ni nama die xde sikit pon ramlee kan. Lain bebenor namanya. Zakaria rupanya. Bagus jugak ada info camni kan,untuk orang yang tak tau dpt jugak pengetahuaan untuk diri sendiri. Pasni kalau orang soal dan tanya boleh la berlagak bagitau nama yang sebenar. Berlagak la sket. Hihihii.. Credit to Harian Metro edisi Johor Jumaat 24.02.2012

Wordless Friday #3

**credit to encik tumblr**

Sarapan Pagi Jumaat | Vegetarian


salam hari jumaat untuk semuanya. pagi ni pergi kerja dengan sangat sopan dan cantik la aku rasanya. tapi mengangkang naik moto merempit ye.hehe.. pagi ni mak memang tak bukak kedai la sebab hari jumaat kan. dan die pon x buat sarapan untuk aku bekal bawak gi keje la. dan hari ni kene la beli makanan kat kantin. tu je yang menambat selera aku kat kantin ni. jadinye ini je lauk yang aku sambar. sangat vegetarian kan. hentam je la. yang penting pembuka selera sambal belacan sudah ada. 

sekarang sudah naik rehat perut pon dah kenyang dan penuh. ni merangkumi makan sarapan pagi dan tenghari sekali. jadinye petang nanti baru mencari makanan semula. perut sudah kenyang mata pula mengantuk. bos belum datang lagi... selamat tido semuanya. ehhh salah-salah, selamat bekerja :)

Thursday, February 23, 2012

Emak Makan Maggi


Selamat malam semuanya. Memalam hari emak lapar nak makan. Tu la tadi petang makan ayam KFC je kan. Dah tengahmalam lapar. Comel kan budak emak makan maggi memalam hari. Dah macam budak sekolah dan duk asrama gitu kan. Katanya nak masak nasik alang-alang. Ok la mak kan, janji kenyang dan tak bgun lagi masa tido. Pasni perut kenyang boleh la tido sampai pagi ea mak. Lebiu mak ;)

Tanjung Puteri

alkisahnya tadi masa rehat saja la bual-bual ngan kawan tempat keje. camne pulak boleh kua pasal lagu ni. nak tau sangat lirik si bongkok sampai kan aku bbm abang aku yang expert dengan lagu-lagu johor ni kan. selamat die membantu. dapat la kami menyanyi tadi. timekasih ujang sudah membantu,memula dilayannye pastu kene bongok pulak.heee. xpe la.. jom layan lagu ni. khas untuk orang JOHOR.

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Wordless Thursday #3


**credit to encik tumblr**

Wordless Thursday #2


**credit to encik tumblr**

Wednesday, February 22, 2012

Dinner | Asam Pedas Ikan Tenggiri

Selamat malam semuanya..tadi balik keje dah la lambat...ada keje sket tadi...balik2 keje je kene amik mak kat kedai.dari kedai je tadi mak dh bercerita pasal ikan tenggiri. Siap pesan lagi kejap lagi nak amik daun kesum untuk masak asam pedas.. Sampai je uma tepat pukul 7.00pm aku teruslah berdesup bukak tv nak tengok drama Atas Nama Cinta..

Mak dengan gigih nye memanggil untuk makan sekali...last2 mak makan sesorang sebab aku punye drama belum abis lagi.. Jadi terpaksa membiarkan mak makan sesorang. Hihihi... Tepat pukul 8.00pm je aku dengan sepantas kilat pergi ke dapur la sebab nak makan kan..

Bau time mak masak je tadi dh teruja dan tergoda. Tapi tahankan sebab nak tengok tv punye pasal kan.. Sekali makan,fuhhhhh sedapnye tak terhingga, tak sempat nak amik gambo makanan tadi. Sebab dah lapo sangat kan.. Xpe tunggu adik aku makan pulak.. Apa komen die kan.. Hihihi...

Sebenarnya nak citer pasal ni je. Bukan nak kongsi pape pon. Kalau nak konsi mesti pasal makanan je la.hihi selamat menjamu selera untuk semua... :-)

Published with Blogger-droid v2.0.1

Girls Day Out | Secret Recipe

ok kali ini nak bercerita pasal outing bersama kesayangan lagi. sepatutnya entri ini harus dikeluarkan pada hari isnin. tapi sekarang sudah hari rabu. takpe la kire boleh la kan. lambat dua hari je. kerana bekerja dan kalau masa free je akan di buat entri baru. kalau ada keje mau kene pepah dengan bos sebab dok mengadap blog je kan.


ok kali ini destinasi kami ke Secret Recipe kat Jusco Tebrau City. sebenarnya tujuan asal mau pergi tengok layang-layang.tapi ini bukan cerita layang-layang terputus tali,tapi hujan itu anugerah dari Allah sudah mencurah-curah ke ladang gandum. jadinya terpaksa dibatalkan dan kami melencong ke Jusco Tebrau. :)


nak masuk SR ni sebenarnya Cik Amy Amira yang teringin sangat. sebabnya die lapar sangat. jadi kami masuk la menemani die. kekonon nak suruh die pesan makanan yang heavy la untuk die. jadinye kami macam pesan benda-benda biase je. tekak pulak mengada dan gatal nak makan kek. 


last-last si Mira pon tak jadi nak makan apa-apa. die pon pergi pilih kek jugak. sebenarnya semua nye makan kek. kekonon mengada la tak nak makan spgethi or apa-apa yang heavy kan. ok la sume makan kek. adil kan.


di tengokkan mira yang lapar sebenarnya. tapi kan si leo pulak yang over membeli dan memesan makanan. tak padan badan kecik,tembolok ya ampun..heee. ada bela ke ape ko ni leo. ok la kirenye dapat jugak la kami merasa yang die order extra tu ek.heeheheh.. :)


macam biasa la makan-makan jugak. ambil gambar sudah tentu. rugi tau kalau tak amik gambar. sebabnya nak update kat blog bercerita je takde gambar tak best kan.hehe.. jadi aku menggunakan henpon chokia ni saja untuk snap gambar-gambar kesayangan aku semuanya :)


lantak la apa orang nak cakap janji kami bahagia. semua ni kaki mencapap. pantang nampak kamera sumenye terus beraksi kan. syabas la kawan-kawan ku yang fotogedik bukan fotogenik ye. jangan nak perasan. hihi. rupenye termasuk aku. lupa pulak :p


seperti biasa la,sudah ada gambar solo,mesti la gambar berduet pulak kan. oleh kerana fyza duduk sebelah aku dan leo duduk sebelah mira, memang susah sket nak amik gambar sume orang masuk la kan. jadi ikot turn la kan. yang penting kami 1 meja yang sama. :)


ni je gambar yang dapat kami ambil bersama. cukup la untuk buat kenangan kan. memang hidup kami berempat je. takde kawan lain. kesian kan kami. semuanya taknak kawan dengan kami. 


inilah antara hidangan yang kami pesan.Chocolate Indulgence,Brueberry Cheese,Baked Cheese, Carrot Slice, Choc Fudge dan air yang semuanya best-best la. aku snap gambar air aku je Ice Blended Cappucino. sedap bangat. berpatutan dengan harganya la. :)


currypuff die pon sedap dan enak. boleh tahan la kan makanan kat SR ni. sapa tak kenal kalau kek kat SR. sume orang suke sebab sedap dan menarik kan. 


ok selepas makan mesti la kene bayar kan. untuk 4 orang punye makan total nye RM 80.60. ok la kan berpatutan. ada tambah-tambah lagi kan. itu pon memang dah kenyang. sekejap plate beralih ke tempat orang lain. sekejap beralih lagi. yang penting dekat tempat sendiri susah la nak jumpe kek sendiri. melainkan kek mira yang Carrot Slice macam kurang laku untuk kitorang. leo kate mira tekak orang tua. ko marah leo mira,aku tak cakap.hehehe.. 

ok la bluek.bluek.bluek untuk mira,leo dan fyza. nanti kite keluar lagi ea. pasni nak makan ape pulak. pastikan seseorang lapar dan nak masuk kemane makanan,kami pasti akan ikut tanpa segan silu dan bertanya apa-apa. :)

..SAYANG KORANG SEMUA..

Published with Blogger-droid v2.0.1

Tahniah Nurul Ain & Mohd Fayrus

walaupun sudah lambat 2 hari untuk wish tahniah kepada pasangan suami isteri ini, Nurul Ain & Mohd Fayrus..akhirnya penantian untuk menimang cahaya mata berakhir juga setelah Puan Ain selamat melahirkan baby boy yang sangat comel. Nama nya kalau tak silap mengeja la ye, Mohamad Aqil Farish. tahniah sekali lagi untuk kamu berdua. kalau salah namanya mintak maap.hihihi

tarikh lahir anak die sama pulak dengan tarikh lahir kawan baik saya Puan Saliha binti Yusoff.. mesti perangai die nanti sama macam ko kan o. sebab kongsi zodiak yang sama siap sama tarikh lagi. harini katanye Ain dah balik dari hospital. nanti kalau ada masa akan ku jenguk dan melawat kamu dan baby ye. kene cari hadiah dulu ni.. :)

**credit to bbm encik fayrus**

tengok la muka anaknya comel sangat kan. bibir merah tu. Puan Ain berangan siap cakap bibir macam Ari Wibowo. kemain lagi nak cakap orang ensem saje. hehe. tp memang comel pon. tak tau la ikot muka sapa ni. tengok kecerahan kulit memang sah mengikut kan ayahnya yang putih melepak kan.

**credit to Anna Fauziana**

ni lagi satu gambar yang di hantar oleh Anna. TQ Anna sent aku gambar ni. dapat la jugak bahan untuk menulis blog ni. uish,memang sume baby comel-comel ye. geram je tengok kan baby ni. macam nak cubit-cubit je pipi nye. tapi kalau baby kecik sangat mintak maap la aku ni penakot sikit nak pegang nye. sebab baby nye kan belum kuat lagi. badan pon lembut sangat lagi kan.


jom kita tengok agak-agak anak mereka ni ikot muka sapa. marilah meneka ye. mane tau betul jawapannya. sekarang ni baru lahir belum nampak lagi kan muka sapa. nanti dah besar sikit baru kite tau muka sapa yang die terkenan :)

..TAHNIAH LAGI SEKALI UNTUK AIN & FAYRUS..

p/s: sudah lengkap rupanya hidup ain kan. sudah berkahwin.sudah menjadi isteri.dan sekarang sudah bergelar seorang ibu pula. memang lengkap sudah kamu sebagai wanita ain. tahniah sangat-sangat. aku ni 1st step pon belum lagi. semoga semakin erat tali perkahwinan ko dengan kupang selepas adanya penyeri dalam rumahtangga. tahniah ! **tetibe jadi sedih pulak**

Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, February 20, 2012

Preview | The Descendants

**credit to encik google**

semalam juga pergi menonton wayang cerita THE DESCENDANTS. cerita yang boleh tahan menarik walaupon seperti tiada sangat saat-saat klimaks tapi cerita nya masih menarik dan boleh di tonton dan tidak merasa rugi untuk ditonton. cerita ini memilih tempat Hawaii yang sangat cantik dan menarik yang terkenal dengan laut dan pantai yang mempunyai air yang sangat cantik. tetibe berangan nak gi Hawaii la pulak. padahal pulau dan laut kat tempat sendiri pon belum habis pergi semuanya :)

**credit to encik google**

cerita ini mengisahkan cerita keluarga yang mengalami masalah keluarga yang boleh tahan serius. Matt King adalah ketua keluarga yang berjaya dan berketurunan kaya dan seorang peguam juga. masanya di habiskan banyak untuk kerja dan kurang untuk family nya. mengalami konflik yang kuat apabila isterinya sakit yang tidak dapat diubati selepas jatuh dari bot bermotor dan mendapat tau isterinya curang pula. mengalami masalah dalam mendidik anak-anak. walaupon 2 anak nya perempuan tapi degil ya ampun. susah nak cakap. anak yang takde mak jaga memang cmni la. mengaruknye ya ampun. tapi cerita ni memang best. nak tau best ke tak kene la tengok nye. nak bg sinopsis macam malas pulak. ngeheeee :)


cuba teka kalau tiket ni 4 keping makanya aku pergi dengan siapa. mestila dengan kesayangan. semalam memang girls day out la kan gamaknye. biase la rombongan kebiasaan Puan Saliha, Cik Hafizah dan Cik Amy Amira.. saya sayang kamu semua :)

oh ye, lupa pulak nak bagi bintang untuk filem ni. aku bagi 4/5 bintang la. jadinye memang best walaupn ada kelembapan dalam perjalanan ceritanya. selamat menonton :)

Menambah Koleksi Buku Motivasi

salam semuanya. selamat pagi untuk hari isnin yang ceria. walaupon kebanyakan orang tidak menyukai adanya hari isnin. sama macam aku jugak. sebab ianya permulaan untuk waktu bekerja selepas sedap bercuti di hati sabtu dan ahad kan. padan la dengan muka pemalass sangat. tapi kali ni memang gagahkan diri untuk pergi kerja. mari bersama-sama menjaga prestasi kerja anda :)

ok sebenarnya nak cerita pasal buku. semalam aku keluar dengan fyza,le'o dan mira. kekonon nye nak pergi pesta layang-layang dekat pasir gudang. tapi cuaca sangat tidak mengizinkan. jadi nye semuanya mengambil keputusan membelok ke Jusco Tebrau City untuk lepak-lpak kat sana saja. 


semalam aku sempat masuk kedai buku dengan kawan-kawan semuanya. tujuan sebenar bukan hanya untuk melepak di kedai buku ye. memang ingin mencari buku motivasi untuk menjadikan bacaan tambahan di rumah. kadang-kadang kita ni orang motivasikan memang tak jalan. jadinye amik inisiatif sendiri memotivasikan diri melalui penulisan dari penulis buku. hebat dan handal kan. yela masing-masing ada cara tersendiri memotivasikan diri kan.

aku sempat membeli 2 buah buku kat HARRIS semalam. kedua-duanya aku rasa tertarik dan teruja untuk membelinya. sebenarnya buku motivasi bukanlah mahal seperti novel ye kawan-kawan. semuanya mampu untuk membeli mempertingkatkan diri sendiri.. jom tengok dua buah buku yang aku beli ni. :)


ini adalah buku pertama yang aku sambar dulu. tajuknye " 82 WANITA IDOA SEPANJANG ZAMAN RASULULLAH S.A.W " .. menarikkan tajuknya. memandangkan aku ni dari golongan perempuan juga,jadinye buku ini sangat menarik perhatian untuk membelinya. harga yang sangat berpatutan ye. cuma RM 17.00 untuk senaskah yang padat dengan isi dan cerita 82 Wanita. semalam adalah belek-belek sekejap untuk tengok isi kandungan nya. bab pertama je dah menceritakan pasal Siti Khadijah isteri Rasulullah yang dikagumi.. malam ni balik kerja nak kene sambung lagi membacanya.


kalau buku pertama adalah buku teladan dari wanita-wanita yang dikagumi, buku kedua yang aku beli adalah memang buku motivasi dari penulis terkenal. sudah 2 buah buku nya aku beli. ini adalah buku ketiga yang aku beli. tajuknya " MEMBINA RASA CINTA " sedapkan tajuk die. mau x tertarik nak membelinya. hehe. semalam ada jugak la membelek-belek sebelum membaca dengan lebih lanjut, nampak nya mukadimah buku ini sudah menarik. jadinya memang tidak sia-sia la aku membelinya. ok buku ni berharga RM 15.00 sahaja. murah jugak kan kawan-kawan. lebih murah dari buku kat atas ni. selamat membaca :)

jadinya total buku yang aku beli dan belanjakan cuma RM 32.00 sahaja. sangat berbaloi. apa lagi, cecepat la pergi beli pulak.hehehe :)

Wordless Monday #4


**credit to encik tumblr**

Wordless Monday #3


**credit to encik tumblr**
adakah semuanya sedang begini pada isnin hari 

Sunday, February 19, 2012

SalamMaulidurRasul


aku yang over la kan kekonon dengar ceramah.
tapi time ni penceramah belum datang lagi ye


ini emak saya yang disayangi


ini sepupu saya Melor yang teman masa dalam masjid

Salamm hari ahad untuk semuanya..ayu tak saya pagi ni..hehee..pagi ni mak nak suruh hantar die pegi masjid ada sambutan maulidur rasul kat kampung pagi ni.. Tapi dah alang-alang pegi hantar baik la aku pegi sekali kan.. Tak kan la nak hantar mak dari jauh je.. Hihii

Sampai2 je dpt makan untuk sarapan. Memang btul2 langkah kanan la jawabnye kan.. Selepas itu masuk ke masjid berselawat dan mendengar ucapan dari ketua kampung dan ustaz dari sekolah agama.. Ni kire selingan la sebelum tunggu penceramah yang btulnye datang..Alhamdulillah dapat jugak aku pegi untuk tahun ni sambut maulud die kampung sendiri.. Meramai kan lagi warga kampung di dalam masjid ni..


SALAMMUALIDURRASUL kepada semua.
I LOVE ALLAH & I LOVE RASULULLAH

Saturday, February 18, 2012

Menu Lunch Harini | Bihun Sup


Selamat petang untuk semuanya. Mesti semuanya dh makan tengahari kan semua.. Aku baru lepas makan ni.. Arini aku masak bihun sup.. Sesaje tekak ni gatal nak makan bihun sup pulak.. Adik aku pon request suruh buat bihun sup.. Jadinye layankan jugak la bihun sup nye..

Taraaaa.. Bihun sup dah siap.. Ni semangkuk makan bertiga dengan mak & mayang.. Alhamdulillah kenyang.. Siap makan dengan lada jeruk lagi untuk penambah selera.. Sapa2 yang belum makan lagi,selamat menikmati makan tengahari anda..

Bubyee.. Sudah makan mata mengantuk pule.. Zzzzzz ;)

Preview | The Wedding Diary

salam hari sabtu.. rasanya macam takde nak buat pape,jadi amik keputusan untuk mengudate blog. pagi tadi kemas-kemas beg,jumpa la pulak tiket wayang yang aku pergi tengok minggu lepas. arini 18.02.2012 jadinye dekat seminggu jugak la kan.sebab pergi tengok 12.02.2012 time tu.

alkisah nak tengok wayang ni panjang betul ceritanya. time tu siap-siap nak keluar dengan chenta,kekonon nya nak pegi CS la kan. sebab selalu tengok wayang kat situ. pastu entah apa yang jadi semua jalan jam nak ke bandar,sebab nya cina ada buat tarian naga ke gitu la. hampir semua jalan jam. kalau ada 3 lane, jadi 1 lane je jalan nye. lagi 2 lane untuk orang cina parking kereta-kereta mewah mereka. dalam pada itu jugak orang yang tak bertanggungjawab mengenakan bayaran parking kat situ. apa lah dorg ni kan. amik untung atas angin je.


dengan jam yang teruk tu, chenta dengan lajunye berpusing semula untuk tengok wayang kat JJ Tebrau City. padahal mood nak tengok wayang macam dh kelaut. yela,mau x nye, tersekat kat jam je hampir 1 jam. kalau dari mula gi tengok kat Tebrau mesti dh separuh tengok ceritanya. 

Pastu sampai je kat wayang,cadang nye nak tengok CHRONICLE sebab tengok trailer die macam best. pastu tengok-tengok waktu tayangan lambat. jadinye kitorang pakai sapu je beli tiket yang paling cepat. padahal tak tau sinopsis citernye ape kan. kirenye main redha jek la. last-last kami masuk wayang citer cina THE WEDDING DIARY.. rasanya macam kami berdua je sesat masuk wayang citer cina ni. :)

**credit to encik google**

pada aku citer cina ni sangat best la. kelakar dan banyak jugak pengajaran yang boleh kite dapat. dengan sikap percaya kat diri sendiri,percaya dekat family,dan percaya yang pilihan hati kita tu tepat sekali walaupon kadang-kadang dibantah oleh family. citernye rupanya cerita cina tempatan. penggambaran kat Singapore & Malaysia je. jadinye sangat seronok la tengok. tak sangka cerita nya bermutu tinggi. cewahh :) 

cerita berkenaan lelaki yang tak berapa handsome tapi jujur dan rajin bekerja berkahwin dengan perempuan yang sangat cantik dari kalangan orang kaya. si lelaki yang tak nak menyusahkan family die. die kana menggunakan semua duit dan simpanan yang die ada untuk menampung perbelanjaan perkahwinan yang sangat mewah. dalam pada majlis dan sebelum dan selepas majlis macam-macam jadi. memang best la citer ni. kelakar dan banyak pengajaran. last-last jadi sedih pulak.

aku bagi 5bintang kat cerita ni. tak sangka cerita yang main masuk je ni rupanya best. berbaloi la masuk walaupon xtau camne ceritanya. dan chenta saya pon suke dengan citer ni. die yang terlebih gelak. over kan. :) ... korang semua boleh la tengok citer ni measti korang akan rasa sangat puas hati. percaya lahh :) 

Wordless Saturday #1

saturday sudah datang. hari ini keje halfday
selepas itu berehat di rumah. yahoooo

**credit to encik tumblr**

Friday, February 17, 2012

Menu Dinner | Sardin


Salamm semuanya.. Malam ni nak kongsi menu dinner malam ni.. Tadi sampai uma lepas bali keje lambat tau. Sebabnya tunggu budak domok mayang yang baru nak amik aku. Sebab die banyak keje kat office. Terpaksa la tunggu dia sebabnya die bawak moto aku..

Sampai uma je, dah merangai cari pemakan sebab dah lapar.. Yela mana tak laparnya dh pukul 7.00pm sampai uma.. Lambat kan.. Jadinya merangai cari pemakan kat dapur.. Mak pulak takde kat uma,pegi mydin beli barang dengan abah..

Ok memula bukak je tudung saji dah nampak lauk sambal sardin.. Pada korang lauk tu biasa je kan. Tapi aku suke kalau sardin mak masak. Die jadi lain tau.. Hihii.. Dengan sepantas kilat aku senduk nasik ke pinggan,amik sambal sardin n mendadar telur.. Skang sedang terbongkang kekenyangan.. Lepas kenyang je mata akan ngntuk kan.. Jadi mari tido.. Esok kalau ada citer baru akan di update lagi ;)

ps: Selamat malam chenta sayang ...i love you

Rezeki Di Hari Jumaat | TQ Cheah


mari kembali bercerita pasal makan..makan..makan..makanan..rasanya sejak minggu ni asyik galak bercerita dan post pasal makan je kan. xpe la,orang tua-tua kata " Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari " tak gitu kan. jadinya kalau dah rezeki tu di depan mata, buat apa la nak cari pasal or nak cari musuh kan. baik lah kita menikmati segala rezeki yang ada di depan mata.hehe. 

TQ to Cheah Kian Phang, yang belanja kami satu company KFC.. memang finger likin' good la cheah. hihi. pasal makan free sume suke. kalau boleh jilat tapak kaki pulak.huhu. sebenarnya Cheah last keje kat company tempat aku keje. sebab die dapat better offer company lain la kan. yela,dah kalau dapat better offer buat apa nak tunggu lagi kan. peluang mungkin hanya datang sekali. tapi sepatutnya kami yang belanja cheah sebab die last kan arini, tapi macam dah terbalik pulak. xpe la ek cheah,kire halal jek la. sab sab soi maaa :)

kepada cheah semoga sukses walau dalam apa juga bidang yang diceburi. timekasih sebab belanja makan. nanti kalau jumpa kite boleh kua gi karoke lagi ye. suara u karoke sangat best dan mabeles.hehehe... timekasih lagi skali :)

Sibuk Mengidam TuttiFrutti :)

meh duduk rapat-rapat.nak bisik-bisik ni.hehe..nak kongsi 1 rahsia.semalam kan ada orang tu mengidam tuttifrutti.macam dah tertangguh banyah hari la cmtu. sebabnye chenta macam bz je memanjang kan.jadinya macam bertangguh lagi la dari kelmarin ke semalam,dari semalam membawak ke esok pulak. kebetulan Puan Saliha mau keluar,jadinye die memang suke memancing aku la untuk kua jugak kan. selamat la semalam xjadi kua dengan chenta,jadi aku ikotkan die la.

akhirnye penantian & pengikutan Puan Saliha untuk keluar pada semalam membuahkan hasil dan sangat berbaloi.dapat pon aku melantak tuttifrutti yang menjadi idaman.selamat la x mengidam teruk sangat,sebab masih boleh bertahan. ni sume gara-gara abang aku la ni,asik update pegi makan tuttifrutti je. rasa tercabar sangat. sebab aku memang dh lama rasanye x menjejakkan kaki ke tuttifruti tu.jadi semalam melepas gian la..


ni gambar icecrea yogurt aku,leo dan mira. x cukup lagi sorang. cik fyza sakit perut la pulak. jadi x dapat nak join sekali la. padahal kua time ni dah pukul 10pm kot. ni tawakal je la kalau sampai TF tu bukak lagi ke tak. selamat sampai pukul 10.30pm. jadi ada masa dalam 30minit lagi nak melantak. 


kami jugak tergolong dalam golongan yang bernasib baik la pada semalam untuk menikmati TF. selamat sampai je orang ramai la. 1grup tu macam bawak sume ahli keluarga je. jadinya kami tumpang membizikan diri la. jadinye takde la kami jek yang lambat mase tu kan. taktik untuk lepak lelame kat situ. padahal TF tu dah nak tutup :)


seperti biasa, walau ada orang ataupon takde orang kami tetap dengan rutin harian kami yang menggila keje bergambar je. memula masa ramai orang pakai henpon je. sebab malu kan. jadinye bergilir-gilir la mengambil gambarnye. lepas orang pon surut, ramai yang dah balik, ape lagi bukak tab dan berpossing bertiga. anggap tmpat tu kami yang punye :)


kalau jumpa budak-budak ni memang begini la jadinye. macam orang kurang sihat pon ada jugakkan.heee. tak kira la yang anak dara, yang bini orang pon terus transform jadi kanak-kanak ribena. **sedapnye ribena**tetibe boleh tak :)


ok nak citer pose terbaru yang di ajar oleh mira. die ajar loser,doubler loser dan more on. time ni aku ngan die buat loser je la konon kan. tapi kalau dah di campurkan kami berdua die akan jadi double loser, dan yang more on tu adalah Puan Saliha.hehehe. padan muke ko o,bluek..bluek..bluek... :p


akhir sekali cuma nak cakap yang walau ape pon korang, aku tetap sayang korang. tak kire la walaupon korang buat bende yang memalukan di khalayak ramai.hihi. sebabnye aku pon lebih kurang sama je. akan datang punye plan kekonon nak pergi tengok Festival Layang-Layang. harap-harap jadi kenyataan la ye. sebabnya macam jakun tak pernah pergi tengok walaupon festival ni buat besar-besaran dekat Johor. akihr kata,majulah sukan untuk negara..hihih. tetibe lagi.. #kbai :)

Anuar Zain | Secretaries Week 2012

siapa saja yang dekat Malaysia ni tak kenal penyanyi pujaan ramai ni. Anuar Zain. kalau tanya budak-budak kecik atau makcik-makcik semuanya kenal Anuar Zain ni. pendek kata kalau sapa x kenal memang orang tu buta seni la.hehe.. kadang-kadang tu makcik-makcik lagi menggeletis kalau jumpa Anuar Zain ni. menggeletis die mengalahkan orang muda ya.. 

ok sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita. tadi aku ada baca satu citer pasal secretaries weeks 2012.kekonon berangan la nak pergi event tu. sekali tengok,ya ampun die punya tiket mahal sangat la. macam tak jadi je nak pergi. tahun lepas aku pergi dekat Persada,Johor murah la walaupon amik table yang paling jauh. still boleh ke depan lagi la nak tengok si Anuar Zain. kali ni memang betol-betol mahal la. tak mampu rasanya untuk aku menghadirkan diri. fulus tiada. 

dia punya poster cantik giller kan. dah la posing ala-ala calssic gitu kan. mau nye tak berdebar-debar hati ni. tapi nak buat cmna,macam mahal nak mati. memang nangis kat uma je la jawabnye :)

tapi untuk sesapa yang nak pergi la kan,tema untuk secretaries weeks 2012 dengan Anuar Zain ni bertemakan Era Keemasan 60an - Kenangan Manis Romantis mesti makcik-makcik yang pergi tu nanti vouge habis kan. pastukan die punye hos Yasmin Hani. siap ada jemputan khas Sepahtu lagi. uish,memang best & happening giller la kalau pergi ni kan. bestnye. hadoiiii....

Secretaries Week 2012 dengan Anuar Zain ni die buat dekat dua tempat. 1 dekat Kuala Lumpur Convention Centre pada 10 April 2012, lagi satu dekat The Zone Regency Hotel, Johor Bahru pada 17 April 2012. pada sapa-sapa yang nak beli tiket & nak tengok lagi details pasal secretaries week dengan Anuar Zain ni boleh la pergi & klik ke http://www.ticketpro.com.my .



HARGA TIKET:
Platinum Rm 1098.00
Gold Rm 798.00
Silver Rm598.00
**siap ada lucky draw sampai Rm 20,000.00**


ni sesaja nak tepek gambar tahun lepas masa pergi secretaries week 2011 Anuar Zain. time ni murah tiketnye.sekarang amikkau tiket melambung bukan main mahal.


New Header Untuk Blog Kesayangan Saya

salam jumaat untuk semua umat islam di seluruh dunia. kononnya macam ramai sangat la yang baca blog aku ni kan. xde nye orang luar negara dan seluruh dunia nak baca blog sampah sarap aku ni. saja je untuk diri sendiri. mana la tau sudah tua nanti tak ingat pape,boleh la refer blog ni kan. sapa tau akan lebih effective untuk mengingatkan dan memulihkan kembali ingatan yang akan datang kurang tajam ke kan. 

tapi kekadang la kan,kita baca semula blog yang kita tulis, yang kekonon nya sampah ni,ada baiknya jugak. bukan la totally sampah kan. ada jugak yang berguna untuk kita. walaupun untuk orang lain tak berguna. kiranya ni untuk flashback sendiri la kan. senang,click-click kat internet je. tak payah bersusah payah membeli diari yang sebesar alam dan tebal. isinya belum tentu padat untuk ditulis. silap-silap buku diari tu nanti menjadi buku hutang je kan. atau pon akan menjadi conteng-conteng masa lapang :)

ok berbalik kepada tajuk aku ni, walaupon dah dua perenggan ye melalut, baru nak cerita perkara yang sebenar. tu kiranya mukadimah yang x berapa nak intro sangat la. dah macam panjang sangat kan. aku nak cerita pasal header baru aku ni. apa komen korang? cantik tak. rasanya ok la kan, sebelum ni aku x buat pape header pon. ni kiranya hasil aku buat untuk cubaan pertama la. pada aku boleh tahan dan aku sendiri berpuas hati. sebelum ni cuma tulisan je. takde gambar yang menarik pon untuk di isi. kalau ada pon mesti macam dah terlebih dan terkeluar pulak dari petak yang di sediakan. 

..ni la header terbaru aku..CANTIK x?

seperti biasa, lagu ini juga sekarang sudah menjadi kegilaan semua orang.jom layan lagu ni. pada aku best walaupon mcm biase je kan. mungkin sebab rentakkan sangat rancak dan easy listening.aku sudah mula terpikat. layan :)


You make me this,
Bring me up,
Bring me down,
Playing sweet,
Make me move like a freak,
Mr. Saxobeat. (x4)

Oh, yeah, mmm yeah, mmm yeah (x4)
Saxobeat
Saxobeat

Hey, sexy boy, set me free,
Don't be so shy, play with me,
My dirty boy, can't you see
That you belong next to me.

You make me this,
Bring me up,
Bring me down,
Playing sweet,
Make me move like a freak,
Mr. Saxobeat.

You make me this,
Bring me up,
Bring me down,
Playing sweet,
Make me move like a freak,

Oh, yeah, mmm yeah, mmm yeah (x4)

You make me this,
Bring me up,
Bring me down,
Playing sweet,
Make me move like a freak,
Mr. Saxobeat.

You make me this,
Bring me up,
Bring me down,
Playing sweet,
Make me move like a freak.

You make me this,
Bring me up,
Bring me down.

Mr. Saxobeat.

You make me this,
Bring me up,
Bring me down.

Wordless Friday #2


**credit to encik google**

Thursday, February 16, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang


lagu ni sekarang lagu kegemaran saya selepas rasa mcm asik dengar lagu ni je kawan saya nyanyi-nyanyi yang salah tempo tu. tp sekarang semakin ada peningkatan. sangat sedap dah die nyanyi. jom layan lagu ni. 

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Wordless Thursday #1