salam jumaat untuk semua umat islam di seluruh dunia. kononnya macam ramai sangat la yang baca blog aku ni kan. xde nye orang luar negara dan seluruh dunia nak baca blog sampah sarap aku ni. saja je untuk diri sendiri. mana la tau sudah tua nanti tak ingat pape,boleh la refer blog ni kan. sapa tau akan lebih effective untuk mengingatkan dan memulihkan kembali ingatan yang akan datang kurang tajam ke kan.
tapi kekadang la kan,kita baca semula blog yang kita tulis, yang kekonon nya sampah ni,ada baiknya jugak. bukan la totally sampah kan. ada jugak yang berguna untuk kita. walaupun untuk orang lain tak berguna. kiranya ni untuk flashback sendiri la kan. senang,click-click kat internet je. tak payah bersusah payah membeli diari yang sebesar alam dan tebal. isinya belum tentu padat untuk ditulis. silap-silap buku diari tu nanti menjadi buku hutang je kan. atau pon akan menjadi conteng-conteng masa lapang :)
ok berbalik kepada tajuk aku ni, walaupon dah dua perenggan ye melalut, baru nak cerita perkara yang sebenar. tu kiranya mukadimah yang x berapa nak intro sangat la. dah macam panjang sangat kan. aku nak cerita pasal header baru aku ni. apa komen korang? cantik tak. rasanya ok la kan, sebelum ni aku x buat pape header pon. ni kiranya hasil aku buat untuk cubaan pertama la. pada aku boleh tahan dan aku sendiri berpuas hati. sebelum ni cuma tulisan je. takde gambar yang menarik pon untuk di isi. kalau ada pon mesti macam dah terlebih dan terkeluar pulak dari petak yang di sediakan.
..ni la header terbaru aku..CANTIK x?
No comments:
Post a Comment