Saturday, February 18, 2012

Preview | The Wedding Diary

salam hari sabtu.. rasanya macam takde nak buat pape,jadi amik keputusan untuk mengudate blog. pagi tadi kemas-kemas beg,jumpa la pulak tiket wayang yang aku pergi tengok minggu lepas. arini 18.02.2012 jadinye dekat seminggu jugak la kan.sebab pergi tengok 12.02.2012 time tu.

alkisah nak tengok wayang ni panjang betul ceritanya. time tu siap-siap nak keluar dengan chenta,kekonon nya nak pegi CS la kan. sebab selalu tengok wayang kat situ. pastu entah apa yang jadi semua jalan jam nak ke bandar,sebab nya cina ada buat tarian naga ke gitu la. hampir semua jalan jam. kalau ada 3 lane, jadi 1 lane je jalan nye. lagi 2 lane untuk orang cina parking kereta-kereta mewah mereka. dalam pada itu jugak orang yang tak bertanggungjawab mengenakan bayaran parking kat situ. apa lah dorg ni kan. amik untung atas angin je.


dengan jam yang teruk tu, chenta dengan lajunye berpusing semula untuk tengok wayang kat JJ Tebrau City. padahal mood nak tengok wayang macam dh kelaut. yela,mau x nye, tersekat kat jam je hampir 1 jam. kalau dari mula gi tengok kat Tebrau mesti dh separuh tengok ceritanya. 

Pastu sampai je kat wayang,cadang nye nak tengok CHRONICLE sebab tengok trailer die macam best. pastu tengok-tengok waktu tayangan lambat. jadinye kitorang pakai sapu je beli tiket yang paling cepat. padahal tak tau sinopsis citernye ape kan. kirenye main redha jek la. last-last kami masuk wayang citer cina THE WEDDING DIARY.. rasanya macam kami berdua je sesat masuk wayang citer cina ni. :)

**credit to encik google**

pada aku citer cina ni sangat best la. kelakar dan banyak jugak pengajaran yang boleh kite dapat. dengan sikap percaya kat diri sendiri,percaya dekat family,dan percaya yang pilihan hati kita tu tepat sekali walaupon kadang-kadang dibantah oleh family. citernye rupanya cerita cina tempatan. penggambaran kat Singapore & Malaysia je. jadinye sangat seronok la tengok. tak sangka cerita nya bermutu tinggi. cewahh :) 

cerita berkenaan lelaki yang tak berapa handsome tapi jujur dan rajin bekerja berkahwin dengan perempuan yang sangat cantik dari kalangan orang kaya. si lelaki yang tak nak menyusahkan family die. die kana menggunakan semua duit dan simpanan yang die ada untuk menampung perbelanjaan perkahwinan yang sangat mewah. dalam pada majlis dan sebelum dan selepas majlis macam-macam jadi. memang best la citer ni. kelakar dan banyak pengajaran. last-last jadi sedih pulak.

aku bagi 5bintang kat cerita ni. tak sangka cerita yang main masuk je ni rupanya best. berbaloi la masuk walaupon xtau camne ceritanya. dan chenta saya pon suke dengan citer ni. die yang terlebih gelak. over kan. :) ... korang semua boleh la tengok citer ni measti korang akan rasa sangat puas hati. percaya lahh :) 

No comments: