Monday, February 20, 2012

Menambah Koleksi Buku Motivasi

salam semuanya. selamat pagi untuk hari isnin yang ceria. walaupon kebanyakan orang tidak menyukai adanya hari isnin. sama macam aku jugak. sebab ianya permulaan untuk waktu bekerja selepas sedap bercuti di hati sabtu dan ahad kan. padan la dengan muka pemalass sangat. tapi kali ni memang gagahkan diri untuk pergi kerja. mari bersama-sama menjaga prestasi kerja anda :)

ok sebenarnya nak cerita pasal buku. semalam aku keluar dengan fyza,le'o dan mira. kekonon nye nak pergi pesta layang-layang dekat pasir gudang. tapi cuaca sangat tidak mengizinkan. jadi nye semuanya mengambil keputusan membelok ke Jusco Tebrau City untuk lepak-lpak kat sana saja. 


semalam aku sempat masuk kedai buku dengan kawan-kawan semuanya. tujuan sebenar bukan hanya untuk melepak di kedai buku ye. memang ingin mencari buku motivasi untuk menjadikan bacaan tambahan di rumah. kadang-kadang kita ni orang motivasikan memang tak jalan. jadinye amik inisiatif sendiri memotivasikan diri melalui penulisan dari penulis buku. hebat dan handal kan. yela masing-masing ada cara tersendiri memotivasikan diri kan.

aku sempat membeli 2 buah buku kat HARRIS semalam. kedua-duanya aku rasa tertarik dan teruja untuk membelinya. sebenarnya buku motivasi bukanlah mahal seperti novel ye kawan-kawan. semuanya mampu untuk membeli mempertingkatkan diri sendiri.. jom tengok dua buah buku yang aku beli ni. :)


ini adalah buku pertama yang aku sambar dulu. tajuknye " 82 WANITA IDOA SEPANJANG ZAMAN RASULULLAH S.A.W " .. menarikkan tajuknya. memandangkan aku ni dari golongan perempuan juga,jadinye buku ini sangat menarik perhatian untuk membelinya. harga yang sangat berpatutan ye. cuma RM 17.00 untuk senaskah yang padat dengan isi dan cerita 82 Wanita. semalam adalah belek-belek sekejap untuk tengok isi kandungan nya. bab pertama je dah menceritakan pasal Siti Khadijah isteri Rasulullah yang dikagumi.. malam ni balik kerja nak kene sambung lagi membacanya.


kalau buku pertama adalah buku teladan dari wanita-wanita yang dikagumi, buku kedua yang aku beli adalah memang buku motivasi dari penulis terkenal. sudah 2 buah buku nya aku beli. ini adalah buku ketiga yang aku beli. tajuknya " MEMBINA RASA CINTA " sedapkan tajuk die. mau x tertarik nak membelinya. hehe. semalam ada jugak la membelek-belek sebelum membaca dengan lebih lanjut, nampak nya mukadimah buku ini sudah menarik. jadinya memang tidak sia-sia la aku membelinya. ok buku ni berharga RM 15.00 sahaja. murah jugak kan kawan-kawan. lebih murah dari buku kat atas ni. selamat membaca :)

jadinya total buku yang aku beli dan belanjakan cuma RM 32.00 sahaja. sangat berbaloi. apa lagi, cecepat la pergi beli pulak.hehehe :)

No comments: