Wednesday, February 22, 2012

Tahniah Nurul Ain & Mohd Fayrus

walaupun sudah lambat 2 hari untuk wish tahniah kepada pasangan suami isteri ini, Nurul Ain & Mohd Fayrus..akhirnya penantian untuk menimang cahaya mata berakhir juga setelah Puan Ain selamat melahirkan baby boy yang sangat comel. Nama nya kalau tak silap mengeja la ye, Mohamad Aqil Farish. tahniah sekali lagi untuk kamu berdua. kalau salah namanya mintak maap.hihihi

tarikh lahir anak die sama pulak dengan tarikh lahir kawan baik saya Puan Saliha binti Yusoff.. mesti perangai die nanti sama macam ko kan o. sebab kongsi zodiak yang sama siap sama tarikh lagi. harini katanye Ain dah balik dari hospital. nanti kalau ada masa akan ku jenguk dan melawat kamu dan baby ye. kene cari hadiah dulu ni.. :)

**credit to bbm encik fayrus**

tengok la muka anaknya comel sangat kan. bibir merah tu. Puan Ain berangan siap cakap bibir macam Ari Wibowo. kemain lagi nak cakap orang ensem saje. hehe. tp memang comel pon. tak tau la ikot muka sapa ni. tengok kecerahan kulit memang sah mengikut kan ayahnya yang putih melepak kan.

**credit to Anna Fauziana**

ni lagi satu gambar yang di hantar oleh Anna. TQ Anna sent aku gambar ni. dapat la jugak bahan untuk menulis blog ni. uish,memang sume baby comel-comel ye. geram je tengok kan baby ni. macam nak cubit-cubit je pipi nye. tapi kalau baby kecik sangat mintak maap la aku ni penakot sikit nak pegang nye. sebab baby nye kan belum kuat lagi. badan pon lembut sangat lagi kan.


jom kita tengok agak-agak anak mereka ni ikot muka sapa. marilah meneka ye. mane tau betul jawapannya. sekarang ni baru lahir belum nampak lagi kan muka sapa. nanti dah besar sikit baru kite tau muka sapa yang die terkenan :)

..TAHNIAH LAGI SEKALI UNTUK AIN & FAYRUS..

p/s: sudah lengkap rupanya hidup ain kan. sudah berkahwin.sudah menjadi isteri.dan sekarang sudah bergelar seorang ibu pula. memang lengkap sudah kamu sebagai wanita ain. tahniah sangat-sangat. aku ni 1st step pon belum lagi. semoga semakin erat tali perkahwinan ko dengan kupang selepas adanya penyeri dalam rumahtangga. tahniah ! **tetibe jadi sedih pulak**

Published with Blogger-droid v2.0.1

1 comment:

nOr_2211 said...

alahaiiii nyomellll nya....nk g tgk bby ain la jgk nt....cute2