Tuesday, July 24, 2012

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012/1433H

Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan

Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri

Panduan membayar Zakat
  • Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  • Pastikan anda mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri
  • Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya

*Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan*


Ibnu Umar meriwayatkan : "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada setiap orang muslim, samada dia merdeka atau hamba, lelaki mahupun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Pada Bulan Ramadhan

Wajib - Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
Paling Afdhal - Sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri
Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh - Selepas solat sunat hari raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari 1 Syawal
Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Kadar Zakat Fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu bersamaan 2.3 kilogram atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri


No comments: