Saturday, July 28, 2012

Ramadhan #7 | Pulai Springs Resort

Bak kata orang tua. Rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Alhamdulillah aku mengikut kata orang tua dulu-dulu. Cewahhh. Ayat tak boleh blah kan. Alkisah semalam punye cerita. Tengah-tengah email dengan BFF saya Ezzani, cerita la pasal nak berbuka puasa sesama. Macam tu la kalau email mesti cerita pasal makan dulu.

Kami bercadang untuk berbuka puasa sesama minggu depan. Disebabkan financial constrain kan. Kene la minggu depan. Sebabnya aku belum gaji kalau hujung-hujung bulan camni kan. Kami dapat email senarai buffet yang sedap-sedap. Sehingga mengiurkan kami. Dah la puasa kan. Tetibe ape kene entah semalam die ajak aku berbuka dekat Pulai Springs Resorts. Sebabnya kawan office die ajak berbuka puasa sesama.


Kekonon nak gerak awal. Dek kerana berbual pulak dengan bos semalam. Aku balik pukul 6.00pm jugak la. Sampai rumah dalam pukul 6.15pm terus berdesup siap. 6.30pm Puan Ezzani sampai amik aku kat rumah terus kami gerak kesana. Memula die cakap x payah booking. Boleh walk-in saje kan. Tapi disebabkan kelambatan kami, baru terhegeh-hegeh nak gerak kan. Memang terus call resorts tu untuk booking meja untuk 5orang. Alhamdulillah masih menerima tempahan :)


Kami tiba di resort dalam pukul 7.30pm la camtu. Orang dah sibuk bersilat mengambil juadah memasing. Kalau korang nak tau dekat Pulai Springs Resort ni die mengamalkan buffet ala bazaar. Jadi memang banyak la juadah yang die sediakan. Memang tidak menghampakan la. Rambang mata dibuatnye. Buffet ni akan membuatkan semua orang rajin bangun duduk kan sebab nak amik makanan. Amik bebanyak sekaligus tak sedap pulak. Jadinya memang exercise la kan. Hehehehe...


Terdapat banyak sangat judah. Aku sempat snap sikit je gambarnye. Memang jenuh la nak snap sume gambo makanan kan. Boleh jadi reporter tak bertauliah gitu. Dan boleh jadi lapo la keje amik gambo makanan je kan. Heee.. Antara makanannye makanan tradisional, rojak, nasi, ayam, tomyan, daging, yong tau foo, makanan thai, segala bagai grill, kukus grill panggang, desert yang akan membuatkan rambang mata, dish yang membuatkan mata juling, abcdefg lagi, fuhhhh banyak lagi la. Penat dan jenuh nak bagitau sesatu. Yang penting memang banyak lagi la.


Bayaran buffet ini memang agak mahal la sikit. Buat dan makan dekat resort kan. Kene la berhabis sikit. Tapi Puan Ezzani sponsor saya semalam. Minggu depan turn saya sponsor awak pulak tau. Janji harus ditepati. Kira boleh jadi recommended jugak tempat ni. Sangat kenyang dan banyak juadah yang disediakan. Sorang lebih kurang RM70 la. Tapi konsep buffet kan. Makan la sampai muntah dan kenyang. Kami gerak palik dalam pukul 9lebih. Lama kan duduk siti. Tunggu perut kosong bangun pegi cari makanan lagi. 


Kalau sesapa nak pegi berbuka puasa dekat sini. Korang tengok je die punye iklan kat atas ni. Kalau nak lebih selamat baiklah call dan buat tempahan dulu. Nanti korang senang kan. Datang-datang xde la terpinga-pinga sebab dah ade tempahan kan. Sangat berpuas hati dan disyorkan :)

p/s : minggu depan katanya company tempat abah keje nak buat majlis berbuka puasa dekat Horizon Hills,Bukit Indah. Marilah kita serbu kesana pulak. Mencari makanan berbuka puasa yang free je skang ni. heeee 

Kbai... :)


No comments: