Thursday, July 19, 2012

Selamat Berpuasa


Selamat malam untuk semuanya. Selepas makan malam, berdesup je tengok berita. Sebenarnya kalau muka aku ni jangan harap la nak tengok berita. Memang tidak lah kan. Tapi malam ni berkobar sebab nak tunggu pengumuman puasa mula bila. Padahal memang dh tau hari sabtu kan kalau ikot kalendar. Tapi kan memang wajib tgk anak bulan. Dan sudah mendapat pon keputusannya. Alhamdulillah puasa jatuh pada hari sabtu, 17hb Julai 2012. Nampaknya esok boleh berjimba ramba makan siang2 hari kan. Pastu bulan puasa mana boleh nak makan lagi.

Aku harap tahun ini dapat la puasa penuh. Walaupon sudah tau setiap bulan untuk perempuan mesti mis kan. Nak buat cmne, tu la keistimewaan perempuan. Semoga tahun ini dibulan ramadhan sentiasa dan lebih mendapat manfaat dan keredhaan dari Allah Taala. Sama2 la mendoakan yang terbaik untuk sesama islam kita kan. Niat dihati ingin memenuhkan rutin setiap hari bulan puasa dengan aktiviti yang baik dan bermanfaat. Mane tau tahun ni timbul kerajinan nak berterawih pulak kan. Mane la tau kan. Doa-doakan lah ye.

Selamat Menyambut Bulan Puasa yang bakal menjelma lusa nanti. Aminn ;)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: