Friday, April 20, 2012

Office Yang Kelat

selamat pagi jumaat semuanya. kebelakangan ni malas betol nak update blog ni. sebabnya ada satu app ni kan die link dengan facebook,twitter,tumblr,foursquare. banyak kan die link. kalau la app tu boleh link dengan blogspot skali alangkah bahagianya hidupku ini tidak perlu bersusah payah mengupdate blog yang sudah usang ini. nak tau apa app yang canggih manggih tu ? tu la INSTAGRAM. harini kan nak bercerita tentang keadaan office yang sangat cantik ni. mari menjengah office yang kelat ku ini. 

ini pandangan dari tempat aku duduk. keadaan office yang sangat besar pada aku sebab aku seorang je yang dok kat sini. meja kosong depan ada 2. sebelah meja aku meja GM, tapi die jarang la duduk lelama kat office. sekejap je, sebabnya die handle Malaysia dengan Singapore. jadinye memantau sekejap2 je la kan. totally aku seorang je yang kat office ni.

ini pandangan meja aku. cantik tak.heeee.. ala cakap je la cantik, sebabnye aku memang nak suruh cakap cantik.simple je. meja pon x bape nak besar. kang bebanyak letak,file nak buat keje susah pulak nak meletakkan nye. telefon canggih manggih tu aku sorang je yang pakai. wallpaper pc yang comel tu donlod dari google. cantikkan. boleh merehatkan mata. kekonon la kan.


yang ini pulak gambar drawer aku yang aku baru kemas la. kalau yang berselerak memang mintak hampun la nak ambik gambarnye.angkerrr.kalau dah kemas cantik boleh la amik gambo kan.ok sekian merepek untuk tajuk office entah ape-ape ni.heeee


Friday, April 13, 2012


comel tak kami. gambar di ambil pada 11.04.2012 dekat Burger King. kami jenjalan makan je keje nye. sebab time ni Public Holiday. tengsss sayang sanggup melayan saya. love u so much :) 

Saturday, April 07, 2012


Si sinchan yang comel mengade macam nak berenang gitu kan. Tp suke sebab die macam birahmatikaya gitu. Amik kat kereta abang ujang. Suke tengok si sinchan ni. Tp dah rosak sebab dah ✗ gerak..

Friday, April 06, 2012

Selamat Pengantin Baru Najib & Intan


Ampunkan segala kelambatan untuk update pasal orang kawin bulan ni. Alhamdulillah dapat jugak pegi majlis kawin encik Najib ni. sekarang sudah 6hb April ye. baru nak update n tepekkan gambar ni kat blog kan. ok la dari x letak langsung kan. saja boleh jugak tambah kan entry blog yang hidup segan mati tidak mau ini :)

Pada 1hb April 2012 aku dengan chenta pergi ke majlis perkahwinan najib & intan dekat dewan gelang patah. walaupon macam lambat sampai kira ok la jugak sebab pergi kan. disebabkan majlis ini la yang kebizian cik fyza merangkap adik si pengantin ini memang sibuk je memanjang. 

Kepada Najib&Intan selamat pengantin baru kepada kamu berdua. semoga kekal hingga ke akhir hayat. dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. dan yang comel-comel ye. ramai sudah sampai seru, saya belum sampai serunya lagi. bawak bersabar dan bertenang :) 

#BertuttiFrutti Di Malam Hari

akhirnya tercapai jugak hajat nak pegi makan tuttifrutti semalam. pantang di ajak sekejap je berdesup bersiap. lagi pulak ade orang belanja kan. ape lagi, laju saje la semuanya. lokasi terbaru tuttifrutti ialah kat Taman Perling. bagus makin lama makin dekat dengan uma. pasni tolong buat tuttifrutti kat Gelang Patah pulak ye :)


ini lah wajah keriangan dapat melantak tuttifrutti. kemain banyak melaburkan duit kat tmpt ni semalam. selamat la sponsor besar ade malam tu kan. die yang ajak die la yang belanja. tak gitu ? timekasih ujang sebab belanja kami makan tuttifrutti yang enak bangat ni :)


si domok ngan ujang yang berposing masa makan. si domok tu muke macam nak tertumus je kan. sedap no la agaknye tekak die. biase la kalau makan free memang dimakan dengan banyaknye. siap ketuk2 cup tu untuk mampatkan icecream nye. tahniah domok, berjaya memancing ujang :)


first time mak makan tuttifrutti. teringin la kan. ok la mak kate. tapi tekaknye kurang berminat dengan makanan ni. ok la dapat jugak merasa dari tak rasa langsung kan. kiranya dah tercapai la hajat nak makan bende alah ni :)


inilah hasil tangkapan kami pada semalam. banyak dan enak kan. timekasih sekali lagi kepada ujang yang belanja kami makan tuttifrutti ini. len kali boleh belanja lagi. sekian :)

Thursday, April 05, 2012


FrendsForever. Itu je la perkataan yang paling sesuai untuk mereka bertiga yang sentiasa ada bersama saya melainkan family dan chinta saya. Sangat berterimakasih dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa memahami diri kita kan. Yang penting selamanya sentiasa bersama. Terimakasih Ya Allah kerana memberikan aku kurnia sebegini. Aminnn


Chinta Hati saya dari dulu, kini dan selamanya. Terima kasih Allah telah beri saya kekuatan dalam dirinya. memberi saya semangat terus bersama dengannya. Dugaan demi dugaan kami tetap bersama. InsyaAllah jika jodoh kami panjang, segalanya akan menjadi lebih bermakna :)

credit to : Paliey | Skywalker


Ini lah wajah terbaru saya yang semakin lama semakin berseri-seri. betulkah. ye, saya sudah kembali heppi dan bahagia. Alhamdulillah. terima kasih Allah :)