Wednesday, March 20, 2013

Assignment ! Assignment ! Assignment !

Salam,

Sejak kembali menjadi pelajar ni memang masa aku sangat padat. memang tidak ada masa untuk enjoy banyak sangat. enjoy ade la tapi masanya sangat terhad. memang xde masa berdating dan bercinta. alkisahnye la kan. heee. sebenarnya nak bercerita pengalaman kembali membuat assignment. aku abis study time diploma dekat UiTM Segamat memang dah lama. dalam 2009 macam tu. skang ni hati baru tergerak untuk menyambung ke Ijazah pulak. tapi disebabkan aku yang sudah berkerjaya. sayang untuk meninggalkan kerjaya dan dengan komitmen setiap bula yang harus dibayar. 

Terima kasih kepada OUM merealisasikan impian aku untuk sambung belajar semua. aku buat part time. distance learning la kaedahnye. yela, 1semester cuma ada 4kali tutorial. tapi setiap kali tutorial cover 3topic. pengsan emak ni ha. memang laju giller la cara study. memang independent. asssingment memang ya ampun. sem ini adalah sem pertama aku study. aku amik 3 subjek, jadinye 3 assignment, 1 presentation. Alhamdulillah 2 assignment sudah siap submit. harap-harap markah yang memuaskan la untuk membantu aku dalam exam nanti. another assignment to go. due date nye ahad ni. time t4 nanti. siap dengan presentation utk slide powerpoint. harap2 aku sentiasa bersedia untuk semuanya.

Memang sebenarnya kelam kabut sedikit untuk aku sambung belajar semua. mana taknya xde preparation langsung. aku apply then trus dapat. macam cepat pulak proses nye. jadi terus je la sambung kan. sebabnya memang niat nak belajar sambung ijazah. walaupun lama masa yang diambil. aku sangat berharap aku akan terus cekal untuk sampai ke penghujung. teringin memakai jubah konvokesyen sekali lagi. harap2 segala doa aku dimakbulkan Allah. 

Dengan ini juga aku bangkit dengan semangat baru. aku nak fokus untuk kerjaya, untuk study dan untuk keluarga aku. masalah yang dtg yang remeh temeh aku akan atasi dengan baik tanpa segala halangan dan gangguan untuk aku mencapai cita-cita aku. 

Semoga korang dapat memberi aku semangat untuk terus belajar. insyaAllah skang umur 25, kalau tiada apa2 kemungkinan umur 29 dapat la ijazah aku. kalau xsangkut la kan. heeee. insyaAllah. doakan yang baik2 saja untuk aku ye. Dan kamu, sy doakan yang baik juga untuk kamu. semoga kamu bahagia, sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berbahagia disamping org2 yang kamu sayangi. insyAllah. sy akan memerhati dari jauh sahaja. cewaahh.. ok la bubye.

combiemohtar
20.03.2013

No comments: