Monday, February 23, 2009

Pengetua AF7




Artikel yang di’tulis oleh Ellyna Ali daripada Murai memberikan berita sahih bahawa bakal pengetua Akademi Fantasia 7 (AF7) adalah seorang lelaki, namun siapakah gerangannya masih menjadi tanda-tanya. Antara nama-nama yang di’ramalkan adalah Datuk Ahmad Nawab, Datuk Johari Salleh, Khairil Johari Johar, Manan Ngah, Datuk Wah Idris, Zubir Ali, Farihin Abd Fatah, Acis, Aidit Ailfian, Ajai serta Amy Search.

Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang yang di’perjuangkan, sebagai contohnya Datuk Ahmad Nawab merupakan komposer yang di’segani kerana berjaya mengilapkan bakat-bakat besar seperti Datuk
Sharifah Aini & Ramlah Ram, 2 nama besar dalam bidang hiburan tanah air. Namun, adakah gaya orang lama Datuk Ahmad Nawab bersesuaian dengan konsep orang muda Akademi Fantasia?

Berlainan pula dengan Ajai, pengalamannya tidak’lah sehebat Datuk Ahmad Nawab, tapi
OHBULAN! tidak menyangkal bakat komposer yang terdapat dalam dirinya juga bukan calang-calang. Lagu ciptaannya sering menjadi siulan generasi masa kini, antara yang pernah menyanyikan lagu ciptaanya adalah Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, 2 nama besar dalam industri hiburan Malaysia & Indonesia.
Debaran AF7 kian terasa (sangat cliche), kita nantikan sahaja pengumuman yang bakal di’buat oleh pihak
Astro mengenai pengetua Akademi Fantasia 7.


No comments: