Tuesday, March 27, 2012

7 Sikap Wanita Buat Lelaki Meluat

Rata-rata lelaki mendambakan wanita yang bukan saja cantik paras rupa tetapi elok perangai dan sikapnya sebagai teman disisi.

Namun,kadangkala banyak sikap wanita yang sering membuat lelaki rasa jengkel dan meluat seperti 7 sikap-sikap yang dinyatakan dibawah.. 

1)Materialistik
-Bukanlah lelaki tak sanggup mengeluarkan wang untuk wanita yang disayangi.Tetapi wanita yang terlalu bergantung harap dan mahu lelaki yang menyediakan segalanya dianggap sebagai wanita yang tak pandai berdikari dan menjaga diri.

2)Queen Control
-Biasalah,lelaki mana yang suka bila wanita yang mahu mengawal semuanya.Tak salah jika mengawal asalkan ada kompromi dan kewajarannya.

3)Terlalu Pasif 
-Kadangkala lelaki juga suka kalau wanita yang bertindak memulakan sesuatu.Wanita yang terlalu pasif dan hanya menunggu sesuatu dari lelaki seolah-olah wanita tersebut seorang yang keanak-anakan dan tidak yakin meluahkan keinginannya.

4)Suka Mengeluh Dan Membebel
-Lelaki mana pun sukar menahan bila sepanjang pertemuan wanita asyik membebel dan mengeluh,dari hal pekerjaan,teman-teman dan hal-hal dirumah,ada saja yang tak kena padanya.Ia kadang-kadang membuat lelaki mudah sekali naik bosan. 

5)Tidak Selesa Dengan Tubuh Sendiri
-Kebanyakan wanita sering tidak puas hati dengan bentuk tubuh sendiri.Secantik mana pun tubuhnya,pertanyaan seperti,''saya tambah gemuk tak?'' atau ''kulit saya nampak gelap kan?'' selalu membuat lelaki bosan dan merasa jengkel.

6)Berhias Dan Berdandan Berlebihan
-Rata-rata lelaki lebih menyukai wanita yang memiliki kecantikan natural berbanding dengan wanita yang suka berhias dan berdandan berlebihan.Lelaki boleh naik jengkel jika wanita selalu lambat ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana mengambil masa terlalu lama mendandan diri.

7)Bercerita Tentang Lelaki Lain
-Memang bertentangan sekali dengan sisi ego lelaki apabila mendengar wanita bercerita mengenai lelaki lain di depannya.Apalagi jika apa yang diceritakan itu berupa puji-pujian dan kekaguman.

Jadi,jika anda wanita yang memiliki sikap atau sering berkelakuan seperti 7 sikap diatas,rasanya tidak salah jika anda cuba mengubahnya.Semoga hubungan yang anda jalinkan bersama lelaki pilihan akan lebih harmoni dan seterusnya berkekalan.

Tuesday, March 20, 2012

Dinner With Kesayangan | Le'o & Mira


hep hep ape tengok-tengok makanan saya tu. dah lama rasanya tak makan ayam goreng mcd. semalam dapat jugak makan mcd dengan kesayangan saya semalam. tapi kami tak cukup seorang sebabnya die bizi untuk menguruskan majlis perkahwinan abg-abg die. cik fyza nnti kalau kamu free jangan lupe calling-calling kami ye.


kekononnya semalam nak jumpa la. jumpa memang jumpa. janji kekonon pukul 830pm tapi kami gerak puku 930pm ye semuanya. plan nak pegi la melawat cik fyza sebabnye die bizi tak dpt nak kua kan. selamat la tergerak nak call die, kekonon nak buat surprise nak terjah uma die. call punye call die kat lua ngn akak die pegi beli barang. jadi x dapat la kami nak melawat die semalam. 


jadinya kami meneruskan perjalanan untuk mencari makanan la. cik puan saliha ni mengidamkan air coke. tak ke mengada mengidam air coke je kan. nak pergi mcd bukit indah je, tetibe macam xde parking. last-last menyaso jauh ke Plaza Tasek punye mcde sana. ok jakun sebab x penah pegi mcd sana.cantik rupanya.


aku pesan ayam goreng mcd. si puan saliha pesan bubur je. tak bape nak sedap ye bubur die. panas giller pulak tu. mira kate panas mendidih. hahaha.. cik mira pesan double cheese burger. saja je pesan tu aku x dpt nak ngecek die punye burger kan. biasela kalau dh berjumpe ade je nak di ceritakan. ade je nak mengekek. x kire la orang ade ke tidak yang penting kami dalam dunia kami. rasanya kene return keluar lagi ni. sebabnye belum cukup ahli kan. tunggu fyza free... yeay !!!

Thursday, March 15, 2012

Kopok POPO


assalamualaikum semuanya untuk hari kamis ni. rasanya macam dah lama berehat la pulak kan. sebenarnya sudah 2 hari aku tidak pergi bekerja. hari pertama xkeje sebabnye sakit perut disebabkan masalah wanita. hari kedua pula sebab cuaca yang tidak mengizinkan. faham2 je la kan aku ni. 

hari ini nak cerita pasal keropok yang dulu masa kecik2 semua budak suke makan. nama die kopok budak. kopok budak nyarap. kopok memacam lagi la yg orang panggil untuk budak dlm kopok ni. yang penting budak ni x bebesar jugak kan. gitu jugak la die nye. tapi memang sedap sebenarnya. nama die sebenarnya jenis muruku ikan. tak silap aku la.

tadi masa rehat kat kantin kilang, tak tau nak makan apa. jadinye makan je la kopok ni yang dijual kat kantin. tetibe macam mengimbau kenangan masa budak kecik pulak kan. biasa la aku rasa semua orang yang masa kecik mesti makan kopok ni la. kopok ni kan boleh dikatakan femes jugak la. sapa je tak mencarik kopok ni. sampaikan bapak aku yang skang umur dh 60tahun pon still makan kopok ni. kalau belanja kt mydin mesti die beli yang besar untuk die makan. comel kan :)

padahal takde ape sangat pon nak share untuk hari ini, saje je nak penuhkan entri. nak update ape pon tak tau. teruslah keluar citer pasal kopok ni. heee. kbai. sekian :)

Monday, March 12, 2012

Pictures Of Us :)

seperti biasa, bukan gambar perantin je kita akan amik. gambar sendiri sudah tentu menjadi keutamaan ye kawan-kawan. sesaje je amik gambar sendiri kan. sebab xde orang nak amik kan gambar kite.


ini time kami otw nak pergi wedding asyik & sara. encik chenta dah macam orang ape. kekonon malu la kan aku amik gambo die. padahal suke bergambo. jangan la tipu tak suke bergambar. fuhh,perjalanan ke pekan nenas terasa sangat la jauhnye. tapi bila balik macam dekat je pulak. orang kata sebab jalan tu dh kenal kite. ntah ye ntah tidak la kan. heeee :)


kami lagi sepanjang majlis asyik dan sara. ada yang time sebelum berarak. ada jugak yang masa makan. lepas tu balik la. apa nak dibuat lagi kan. perut pun dah kenyang. comel tak kami. heeee 


ini kerja si lukman la. disuruh amik gambar kami,gambar kaki kami yang diambik nye. ok jugak la lukman. ko amik gambar cmni pon sebenarnye cantik jugak. timekasih banyak2..heeee


ce teka si comel ni anak siapa. curik gambar die sekejap. bukan main xnak tgk kamera ea si adam ni. jual mahal. mencik la gini. ini la Adam Darwisy anak kepada Raffi & Zai. encem budak kecik ni. ikot bapaknye dan emaknye la sama ensem dan sama cantik. adam dh besar ni memang ramai la awek die. ensem bangat.


lepas balik kami singgah ke Stulang la pulak. encik chenta nak potong rambut pulak. jauh kan potong rambut sampai ke stulang. biase la kekadang dah biasa dengan orang yang selalu potong rambut kite kan. tengok mukenye, macam mintak kene tampo je.hee. tapi x tampo pon. sebab sayang... lupe pulak amik gambar selepas di potong, hihihi.. bia aku sorang je la yang tau. :)

Selamat Pengantin Baru Asyik & Sara | 11.03.2012


selamat pagi isnin untuk semuanya. entri kali ini entri mood orang kawin ye kawan-kawan. semalam pergi majlis kawin asyik&sara dekat pekan nenas. saya mengikut kan encik chenta yang mengajak saya pergi. lagi pon xde pergi kemana-mana jadinye dengan laju setuju nak ikot la.hee. 

sara kecil molek je. tapi lepas mekap die nampak chubby sket. agaknya aku kalau lepas mekap camne la pulak.heee. asyik kemain ensem lagi dengan baju perantin die. tinggi sekali si asyik ni. umurnya sama dengan aku, tapi die dah kawin dulu. macam biasa soalan cepumas dari ayah asyik, bila aku pulak nak kawin. sabar ye pak atan, nnti kalau sudah sampai seru dan ada jodoh kawin la saya ni. heee..

kepada Asyik & Sara, selamat pengantin baru untuk kamu berdua. sama cantik dan sama padan. baru la betul ni kan bagai pinang dibelah dua. sangat sepadan. sara kecil molek. suke tengok muke die. lembut je raut wajahnye. cewahhh. selamat melayari bahtera rumahtangga. semoga kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang comel yang soleh dan solehah. amin...

Saturday, March 10, 2012

Dinner With Sayang

sesekali makan besar takpe kan. untuk candle lite dinner macam tak menjadi jadi je dari aritu. takpe nanti akan dibuat juga ye. ok ini kejadian malam tadi ye. sebab nye memang nak kua makan. xtau nak makan ape. jadinye pk punye pk nak makan seafood. pada mulanya memang nak makan kat Malay Village kat Nusa Bestari. lepas tu macam tak jadi la pulak. last-last encik kekasih ajak makan kat perling. nama kedainye RESTORAN TOMYAM SEJATI. kedai ni aku xpenah makan pon. si chenta ni mana ceruk makanan die tau je. 



selepas order makanan semuanya. kami makan boleh tahan la die punye masakan. paling best kailan ikan masin die masyukk wooo. yang lain pon sedap jugak. harga pon boleh tahan berpatutan la. murah la. semalam order nasi putih,tomyam seafood,sotong goreng tepung,ikang siakap 3rasa dengan sayur kailan baru rm50.. murah kan. dengan siap air lagi. semalam sangat puas hati la.


suke tengok encik kekasih makan semalam. siap tambah nasi lagi ye. tak padan kurus budak ni. pastu siap mengah lagi makannye. macam ade orang kejor die pulak.heee. ni muke lepas kekenyangan la ni. heeee :)

Membasahkan Tekak Dengan TuttiFrutti


hepi kan tengok kawan aku sorang ni. hari rabu haritu pergi la buat keje-keje luar office. banyak nak di settlekan untuk EPF,SOCSO,KASTAM,ADVERTISEMENT.. banyak sangat la. ada yang urgent. jadinye pergi buat sekali semua la. nanti tak payah keluar lagi. abis je settle semua benda yang nak di settlekan, kami singgah kat Bandar Baru Uda untuk membasahkan tekak. saje memang terasa nak makan Tutti Frutti (TF) tu. jadinye aku ajak la kawan aku,Jue singgah sekali. die tak penah makan ni. jadinye ajak la die try kan. 

fuhhh sangat sedap sebabnye tengahri tegak kan. memang sesuai sangat membasahkan tekak dengan kesedapan icecream yogurt ni. memang masyuk la. sedap kan. yang menggila TF mesti setuju dengan aku. settle je makan TF ni, kami pon berdesup la balik office semula. sesekali buat keje lua sebulan sekali best kan. xde la boring duk dalam office dok mengadap PC je. sekian :)

Ena Domok Punye Hal | Main Game Tengah Malam

selamat pagi semuanya.mulakan hari sabtu kita hari ini dengan senyuman yang sangat menawan ye semuanya.terasa sudah lama tidak mengupdate blog saya ini.terasa macam kebizian melanda la pulak.hari ni akan ku isi kan dengan entry yang agak lama sebenarnya.tapi ok la still dalam bulan mac ni jugak.setelah itu baru lah entry yang kusam,kusut,lama,lapuk dan yang sudah berkurun lamanya.nantikan ye. :)


alkisahnya abg dan akak ipar balik kampung mengejut.tetibe je dah tercongol kat depan pintu.kalau mereka sudah tercongol tentulah bala tentera mereka yang seramai 3orang itu pon mengikut sekali kan.siap-siap semuanya balik malam dengan dh pakai baju tidur lagi.memang balik kampung untuk tido kan.macam biasa ena dengan kakak mesti menyerbu galaxy tab aku dengan mayang la.kali ini bagi dengan sama rata.kakak dengan mayang main tab kat bilik.ena dengan combie main tab kat ruang tamu. 


tengoklah ni macam-macam aksi yang ena tunjukkan.sudah tengahmalam ni ye.ajak tidur xnak katenye.nak main game lagi.sampai flat bateri pon xnak benti jugak.sampai la abah die panggil untuk masuk tido pon xnak lagi.main game katenye.last-last mata ni memang dh tak tahan pastu memang battry pon dah kong ena terpaksa mengalah yang die kene tido jugak. SAYANG ENA SANGAT-SANGAT :)

Sunday, March 04, 2012

Menu Lunch | Spageti


Selamat Tengahari untuk semua,
Hari ini hidangan tengahari spageti. Dah lama nak buat asik bertangguh je. Hari ini alhamdulillah dpt makan jugak. Tercapai hajat nak buat spageti. Ini la hasilnye. Selamat tengok ye ;)


Friday, March 02, 2012

Info Minda | P Ramlee


Credit to Harian Metro Edisi Johor | Jumaat 2Mac2012

Alat muzik yang pertama dimainkan Allahyarham Tan Sri P Ramlee ialah Ukelee sebelum beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School)

Thursday, March 01, 2012

Muhamad Adeeb Irfan | Tahniah Nor&Arif


Pagi tadi dapat tau sepupu saya Norizan sudah masuk labour room untuk melahirkan. Sebenarnya die sudah overdue. Excited nak tunggu anak nor keluar. Dapat tau petang tadi nor selamat melahirkan baby boy pada pukul 530pm.. Tahniah untuk Nor dan suami, Arif.. Semoga baby membawa kebahagiaan kepada rumahtangga kamu berdua..

Ammar sudah ada geng la pasni.. Sepupunye pon lelaki jugak.. Wahhh bestla. Menambahkan generasi lelaki dalam keluarga Tok Leha.. Credit picture to Noraini Hussin.. Amik dari facebook die..

Ni keje menghitung dan teruja dengan kelahiran sepupu,kawan-kawan semuanya. Aku punye anak belum lagi. Sbb belum berkahwin. Sekarang ni kite hitung anak org dulu la ye. Kalau anak org kite yang excitef lebih, camna pulak la anak sndiri kan. Lagi double tripple excitednye ;)

Info Kilat




Selamat malam semuanya... Arini kepenatan sebab balik keje pukul 8malam.. Settlekan salary sume la. Blik sampai uma pukul 9malam jugak. Singgah pegi bank la dengan orang yang ramai. Maklum la kan 1hb kan. Mesti ramai dah gaji kan. Time ni memang penuh la atm-atm bank tu. Pastu aku pegi kedai buku & alat tulis pulak. Sebenarnya amik member kad yang dh siap. Nampak majalah gambar yuna kat mingguan wanita terus capai dan membayarnye dengan harga RM 3.30..


Tengah dok belek-belek majalah ni. Kekononnya nak bagi mak bahan untuk membaca. Sebab mak kan sesorang kalau kat kedai. Die akan boring. Jadinye dari dok menguap tahan ngantok baik la di belikan majalah or buku yang boleh di baca untuk menambah pengetahun. Selak punye selak ada info pasal kilat. Menarik. Marilah baca sesama.

Kalau sesapa nak beli ni edisi paling baru. Korang cari je la yang cover majalah gambar yuna. Ce tengok ni aku tepekkan sekali. Selamat membaca ;)