nampak cantik kan tarikh hari ini. 12.12.12 marilah menambah 1 entri yang terbaru untuk tarikh yg sangat cantik ini. pemilik blog yg semakin hari semakin pemalas untuk meng"update" nasib ko la blog. ok mari mulakan cerita pada hari ini. dek kerana kebosanan di dalam office dengan bos yg tidak datang, dan tiada kerja. sekejap bukak fb,twitter,blog walking,whatsapp. itu sahaja rutin kerja saya hari ini. dan tidak lupa juga asik ke kantin untuk rehat dan mengular. hahaha
semalam. kebetulan mayang dengan hazlie balik keje awal. marilah membuat plan untuk pergi ke jusco untuk menunaikan hasrat dan janji yg perlu ditepati. kata 1malaysia kan. jangan janji dicapati. sempena besday adik yang palik last, dia mintak BR Baskin Robbins. selamatla bukan mahal sangat. mampu lagi untuk belanja si adik yg seorang ini.
semuanya bersiap2 untuk pergi berjalan. kalau dah nama suke berjalan. laju je sume siap. kalau tidak kemain liat sume nak mandi kan. kebetulan semalam ujan, dan aku kerajinan membasuh kolah. jadi mandi dengan awal dan dengan jayanya. haha. gerak dari uma dalam pukul 8.30pm dan sampai jusco dalam pukul 9.10pm. sempat untuk menikmati BR dan membeli barang yg dipesan oleh omak. si omak adalah pengirim setia kemana saja kami keluar. hehehe
inilah ice-cream pujaan hati semua orang. aku pon dah lupa aku amik flavor ape. sebab banyak sangat flavornye kan. jadi terpaksa la melupakan hasrat untuk ingt kan nye. ok harga yg berpatutan dengan kenikmatan BR yg tiada bandingan.
selebihnya marilah menikmati gambar-gambar dibawah ini. sudah tak tau mau mengarang apa. yang penting semuanya termakbul untuk belanja adik sayang makan BR
kepada anje adikku sayang, walaupun kamu adalah org yg selalu disuruh dirumah dan mcm adik angkat. tp sebenarnya kamu adalah adik kandung. adat la kan adik yg paling bongsu memang akan jadi suruhan kepada akak2 dan abg2 yg pemalas.
SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 16 KEPADA ADIKKU SAYANG SHAHRUL SALWA BINTI MOHTAR. SEMOGA DIPANJANGKAN USIA, DIMURAHKAN REZEKI DAN BAHAGIA SELALU. BELAJAR RAJIN-RAJIN DAN BANGGAKAN EMAK DENGAN ABAH. INSYAALLAH. AMINN.. SAYANG ANJE SESANGAT.
2 comments:
ntah..kalau kat umah tu anje dh mcm bawang merah dah aku tengok...sador hehari anje nyanyi lagu ikan kaloi kat tepi parit umah nor tu ha...hehe
maton : memang selalu cmtu kan adik yang bongsu. org kata kalau sayang, disuruh2 kan. haha..
Post a Comment