Monday, February 29, 2016

29.02.2016 tahun lompat dtg melompat

Selamat dtg tahun lompat. 4tahun sekali kita jumpe 29/02 ni. Jadi mcm saje nak menulis harini. Nak mencipta sejarah kekdahnya. Mesti sedih sapa yg lahir harini kan. Yela dpt sambut besday setiap 4tahun sekali. Tp diorg ni istimewa sebenarnya sebab 4tahun baru umur meningkat, hahaha.


Semoga jumpa lagi 4tahun akan dtg. Semoga dipanjangkan usia juga.


Sent from my iPhone

Saturday, February 27, 2016

Tentang Cinta by KerolMohtar

Sebuah produksi pertama arahan dan koreografi sepenuhnya dari abg aku sendiri. Khairulazhar bin Mohtar. Nampaknya segala cita-cita dan angan-angan yg dia impikan sudah menjadi kenyataan.

Full-lenght contemporary dari kerolmohtar produksi NyalaDanceTheatre adalah julung kali dipentaskan di Panggung Ekperimental Universiti Malaya pada 20.02.2016 dan 21.02.2016 yg lepas.

3show semua aku bantai tengok. Siapa sangka abg aku memang bekerja dan membuat sesuatu yg dia minat sejak kecil. Betol la org cakap, jika sesuatu yg kau minat, ianya akan lebih bermakna dh menyeronokkan. Itulah yg sedang dia alami. Tumpang gembira utk abg aku sorg ni.

JODOH itu Rahsia Allah

Aku kembali. Banyak urusan duniawi nampaknya kebelakangan ni. Terlalu sibuk. Entertain dan membantu orang tersayang sekeliling aku. Struggle utk diri sendiri terkadang jadi terlupa. Nampaknya aku lebih rajin untuk menulis malam ni. Tak tau mana datang kekuatan. Banyak untuk diceritakan utk jadi diari diri sendiri.

Ye. Aku menjadi lebih tabah. Lebih tabah mcm mana? Lebih tabah dan tenang jika dikaitkan dengan org yg tidak sepatutnya dikaitkan lagi. Aku lebih relaks utk mendengan jika terdengar. No heart feeling at all. Memang sesuatu yg bukan mudah utk menjadi tenang seperti sekarang. Sebenarnya masa dan keadaan membuatkan kau akan lebih kuat dan melepaskan segala rasa sakit dan segala kepayahan yang ada. Paling utama. Diri sendiri yang terus berusaha utk meneruskan hidup tanpa rasa itu lagi. Aku bangga dengan diri sendiri. Bangga dengan pencapaian keluar dari rasa dan kepayahan yg selama ini sebati dengan diri ini.

Tentang hati. Ianya dirawat sendiri mengikut peralihan masa. Hati semakin tenang. Semakin banyak ruang utk difikirkan utk diri sendiri dan masa akan datang. Syabas kepada diri sendiri. Tentang JODOH itu rahsia Allah. Aku salah seorang hambaNya hanya mampu berusaha yg lebih baik utk diri ini.
 
 
love,
combiemohtar

Friday, February 05, 2016

I am happy if you are HAPPY

Today is the day. Yup. Harini hari nikah dia. Kadang2 tak tau nak express macam mana perasaan ini. Tapi ye, itulah hakikatnya yg aku perlu terima. Memang jodoh itu rahsia Allah. Kita tak mampu melawan takdir. Aku akan rasa happy kalau dia happy. Yg mampu doa adalah semoga you both kekal bahagia hingga akhir hayat. InshaAllah. Aku pon bukan perosak hubungan org. Perosak rumahtangga orang. Aku pon sorg perempuan, faham rasa sakit kalau hubungan dirosakkan. Redha. Itu yg perlu.

Sebenarnya harini 05.02.2016 genap 3tahun 1hari kami jadi kawan biasa je. Redha dengan segala ketentuan. Alhamdulillah kami okay. Takde perasaan dendam atau apa2. Masing2 jalani kehidupan masing2 dengan haluan sendiri.

Semoga tiada segala dendam yg masih ada. Life must go on kan. Aku nak tulis blog harini utk mengingati hari ini sahaja. Apa perasaan yg dirasai tak perlu diketahui.

Aku tak kisah apa yg org nak judge apa org nak cakap. Yg penting diri sendiri tau. Segala yg jadi akan dtg hikmah dan kebaikan yg menanti. Yg pasti doakan masjid yg mereka telah bina.

Aku percaya segala yg di atur oleh Allah kepada semua hambaNya. Segalanya penuh rahsia dan kejutan. Doakan kehabagiaan semua manusia.

Ok done menulis utk kali ini. Kalau rajin aku tulis lagi. Sekarang mood rasa nak logout segala social media. Dan mood nak bercuti utk keluar dari kawasan yg terlibat 😬