Friday, January 04, 2013

Sudahkan Anda Mengemaskini | ASB :)

nampaknya misi untuk membuat 1hari 1entry meleset la pulak. semalam tidak sempat untuk meng'update' pulak blog ni. sebabnya kebizian melanda. bizi buat keje sikit2, pastu bizi belakon. sebab bos dari pagi sampai ke petang xbebalik. jadi terpaksa la belakon dengan efficient sekali.

sumber : encik google

semalam aku halfday pulak tu. sebab apa. sebab saje, mau mengemaskini akaun ASB aku. tengok banyak ke tidak pelaburan yg telah aku laburkan. alhamdulillah sudah berhasil rupanya. sebenarnya aku membuat ASB Loan melalui CIMB Berhad. sebab itu bank yang paling dekat dan paling aktif aku gunakan. Jadi senang la kot. kalau xbuat loan ni kan, memang tidak membuat la aku buku biru ini.


sumber : encik google

semalam aku kemaskini dekat pejabat pos je. alhamdulillah sekali lagi sebab orang tidak berapa ramai. sebab aku pergi hari kedua kan. kalau hari pertama jgn harap la nak dapat giliran yg depan2. lagipon aku pegi awal jugak la semalam. takot kalau-kalau tetiba ramai orang berpusu-pusu kan. 

aku adalah salah seorang yg tidak terkecuali untuk mengeluarkan dan mengemaskini akaun itu. dan nampaknya tahun pertama sudah tersenyum lebat. berapa jumlah pelaburan aku itu adalah rahsia ye. jeng.jeng.jeng.... aku mengeluarkan dan memasukkan semula utk pembayaran loan. ada sedikit ye disitu aku keluarkan utk belanja. hahaha. xpe, first kan. next year, kena keraskan hati hanya untuk kemaskini. bukan untuk mengeluarkan itu dividen. tahun ini anggaran 8.9% tak silap la. agaknya. kalau salah betulkan aku ye.

yeay !! berjaya mengupdate. nampaknya hari ini kena bekerja keras untuk update lagi satu enti. nak cover untuk semalam dengan hari ini. gila kan. entah sampai bila la misi ini akan berjalan dengan lancar. xkan nak 365hari sama dengan 365entry. mati2. apa je la aku nak bualkan dan nak ceritakan. hahahahaa. tengok sajorlah nanti. dan tengok kerajinan tuan blog. selagi boleh dicover ok lagi la kan. insyaAllah.


Wednesday, January 02, 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah Kakak,Najmi & Acun

hari ini bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2013 kan. pagi ni best tengok timeline dekat pesbuk sebab mane yang bergelar emak dan bapak sibuk menyiapkan dan menghantar anak ke sekolah. comel je kan. suka tengok. untuk ada pesbuk ni. inilah kebaikannya, kita boleh tau apa perkembangan saudara mara baik yang kecik atau yang dewasa. 



ini anak buah saya Siti Nur Zahiran binti Khairul Anuar. gambar ini diambil dari pesbuk bapaknya a.k.a abang saya. comel kan. kakak baru nak masuk darjah 1. die sekolah dekat sekolah tahfiz. harap2 kakak menjadi hafizah yang cemerlang. insyaAllah. cik combie doakan untuk kakak ye.


comel je tengok kakak pakai jubah. yela masuk sekolah tahfiz kan. mesti la kene bercomel2an dan menutup aurat. suka tengok muka kakak. ada nur disitu. hahaha. dak kecik dah pandai kai tudung. makciknye?? jeng.jeng.jeng.


biasalahkan sesi persekolah hari pertama mestila ibu bapa risau kalau anaknya buat hal kat sekolah. tapi nampaknya mcm tidak untuk anak buah saya. sepuluh markah untuk dia. nampak muka gedik je. suka la tu nak sekolah kan. dapat jumpa kawan. lama dah bercuti mesti dia dah rindu nak ke sekolah. belajar rerajin ye budak comel. cik combie sayang kakak.



mari ke cerita budak najmi dengan acun pulak. comel jugak budak ni pegi sekolah arini. sekolah kemas. ensem kemain si dak najmi ni. comel je kan. 


acun muka macam takot je. baru 4tahun kan. ok la tu najmi boleh jaga acun. ada jugak kawan. semoga bersekolah dengan rajin dan bijak ye semuanya. 

tetiba teringat pulak zaman sekolah masa kecik2 dulu. lama dah meninggalkan zaman persekolah. dulu tadika kemas je. sbb tu yang paling murah dan paling dekat kan. aku siap 2tahun lagi dekat tadika kemas. nak pandai dan genius la katekan. hehehe. rindu pulak zaman kecik2. rindu sesangat :)

sumber : Pesbuk Abg Elo dan Pesbuk Noey

Tuesday, January 01, 2013

Goodbye 2012 | Welcome 2013

alhamdulillah nampaknya masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan hidup di tahun 2013. semalam, sudah tamat episod untuk tahun 2012. sepertinya setiap tahun semakin laju dan pantas masa berlalu. korang pon rasa camtu ke aku sorang je feeling2 pantas masa tu. hehe.

alhamdulillah tahun 2012 banyak mengukir segala kenanga pahit dan manis. pahit biarlah aku simpannya sendiri. download segala kesalahan sendiri dan mungkin akan berusaha untuk memajukan diri sendiri. tahun 2012 nampaknya bermula bisnes untuk body mist dan perfume victoria's secret aku. alhamdulillah. diberikan peluang untuk berniaga. insyaAllah seperti peniaga kecil macam aku. akan target untuk lebih yg tinggi setiap bulan. insyaAllah. usaha dan berdoa jangan pernah lupa. Allah sentiasa akan menolong hambaNya yang berusaha kearah kebaikan kan. 

dalam kemalasan untuk menghapdate blog, nampaknya angka entri dari tahun ke tahun bertambah. syabas kepada aku yang dalam diam ingatkan mala. tapi ada sedikit kerajinan disitu ya.


ok la kan. aku bermula dari tahun 2009 hanya berbekalkan 24entry. tahun selepas itu 2010 nampak kerajinan meningkat sedikit dengan 60entry. wahhh, tahun 2011 meningkat naik dengan mencanaknya. adakah disebabkan banyak episod sedih?? jeng.jeng.jeng.. tahun 2011 dengan 141entry. tahun lepas, alhamdulillah aku dapat mengekalkan carta yang semakin naik dengan 170entry. diharap tahun 2013 akan menjadi tahun yang paling rajin untuk aku update blog ni. walaupon xde orang nak baca. xpe, untuk diri sendiri. seronok kalau membaca yang lepas2 kan. time tu la kita ingat apa yang terjadi.

seperti manusia dan yang lain2 juga. kita mesti ada azam dan wishlist untuk aim setiap tahun kan. begitu juga aku. nampaknya banyak wishlist yang dari tahun 2012 harus di carry forward membawa ke tahun 2013. insyaAllah. usaha tangga kejayaan. xpe, nanti entri yang setrusnya kita cerita pasal wishlist yang kekonon la kan. padahal gaji secangkis. banyak no wishlistnye. memang jenuh lak sesapa nak membaca nanti. semoga tahun baru ini membawa segala kebahagiaan kepada kita semua. insyaAllah.

2012 : Terimakasih segala kenangan pahit dan manis. Segalanya akan menjadi kenangan yg tak akan dpt dilupakan.

2013 : Semoga tahun ini memberi segala kebahagiaan kepada kita semua. Harapan dan semangat yang baru utk menempuhi hari mendatang. 

"Be good, Be amazing, Be pretty, Be strong, Be smart, Be cool. But the most important things is be yourself" 

Happy New Year 2013
@combiemohtar