Tuesday, January 01, 2013

Goodbye 2012 | Welcome 2013

alhamdulillah nampaknya masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan hidup di tahun 2013. semalam, sudah tamat episod untuk tahun 2012. sepertinya setiap tahun semakin laju dan pantas masa berlalu. korang pon rasa camtu ke aku sorang je feeling2 pantas masa tu. hehe.

alhamdulillah tahun 2012 banyak mengukir segala kenanga pahit dan manis. pahit biarlah aku simpannya sendiri. download segala kesalahan sendiri dan mungkin akan berusaha untuk memajukan diri sendiri. tahun 2012 nampaknya bermula bisnes untuk body mist dan perfume victoria's secret aku. alhamdulillah. diberikan peluang untuk berniaga. insyaAllah seperti peniaga kecil macam aku. akan target untuk lebih yg tinggi setiap bulan. insyaAllah. usaha dan berdoa jangan pernah lupa. Allah sentiasa akan menolong hambaNya yang berusaha kearah kebaikan kan. 

dalam kemalasan untuk menghapdate blog, nampaknya angka entri dari tahun ke tahun bertambah. syabas kepada aku yang dalam diam ingatkan mala. tapi ada sedikit kerajinan disitu ya.


ok la kan. aku bermula dari tahun 2009 hanya berbekalkan 24entry. tahun selepas itu 2010 nampak kerajinan meningkat sedikit dengan 60entry. wahhh, tahun 2011 meningkat naik dengan mencanaknya. adakah disebabkan banyak episod sedih?? jeng.jeng.jeng.. tahun 2011 dengan 141entry. tahun lepas, alhamdulillah aku dapat mengekalkan carta yang semakin naik dengan 170entry. diharap tahun 2013 akan menjadi tahun yang paling rajin untuk aku update blog ni. walaupon xde orang nak baca. xpe, untuk diri sendiri. seronok kalau membaca yang lepas2 kan. time tu la kita ingat apa yang terjadi.

seperti manusia dan yang lain2 juga. kita mesti ada azam dan wishlist untuk aim setiap tahun kan. begitu juga aku. nampaknya banyak wishlist yang dari tahun 2012 harus di carry forward membawa ke tahun 2013. insyaAllah. usaha tangga kejayaan. xpe, nanti entri yang setrusnya kita cerita pasal wishlist yang kekonon la kan. padahal gaji secangkis. banyak no wishlistnye. memang jenuh lak sesapa nak membaca nanti. semoga tahun baru ini membawa segala kebahagiaan kepada kita semua. insyaAllah.

2012 : Terimakasih segala kenangan pahit dan manis. Segalanya akan menjadi kenangan yg tak akan dpt dilupakan.

2013 : Semoga tahun ini memberi segala kebahagiaan kepada kita semua. Harapan dan semangat yang baru utk menempuhi hari mendatang. 

"Be good, Be amazing, Be pretty, Be strong, Be smart, Be cool. But the most important things is be yourself" 

Happy New Year 2013
@combiemohtar

No comments: