Monday, January 07, 2013

Selamat Belajar Adikku Sayang

Semalam 6.01.2013 hari ahad sesi menghantar adik bongus balik ke asrama semula. sesudah dekat 2bulan die cuti sekolah kan. kemain panjang lagi cuti budak sekolah kan. jeles je. tetiba rasa nak sekolah semula. sebabnya nak cuti yg panjang. sejak keje ni memang xde masa nak bercuti pepanjang. kalau asik cuti kang xde duit pulak. huhu.


sesi menghantar anje ke Sekolah Teknik Perdagangan Johor Bahru. tahun ni tingkatan 5, harap maklum la ye sebab tahun SPM. tahun lepas ok lagi la boleh lenggang kangkung. tahun ni kene belajar rerajin sikit la. kalau keputusan cantik kan boleh apply masuk universiti. mengikut jejak abg dan kakak2 semuanya. cewahh. 


eh ni sesaje posing masa dalam kereta. lambat no tunggu sampai sekolah anje kan. meh la tepek sedikit gambarnya. 


alhamdulillah tahun ni sekejap je antar anje. sebabnya tahun kedua ni pepandai la die daftar dan beli buku sendiri. kalau tahun lepas sebab baru masuk memang kene dengar taklimat dan daftar bagai. tahun ni tak sampai satu jam hantar anje. pastu balik. hehe...


emak mungkin akan lebih terasa kehilangan anje. sebab masa anje cuti sekolah sampai 2bulan anje tolong emak kat kedai. mulai hari ni emak kene sensorang la kan. yang lain dah keje. anje pulak dh naik sekolah kan. kesian emak sensrang jaga kedai. pelan2 la emak ye.
 

ini adalah favorite couple saya sejak 25tahun yang lalu. eh sy sudah 25tahun ke. dan inilah dia sumber dan segala pengalaman sy. emak dengan abah. tanpa mereka siapalah sy. cewahh. love both of u so much.


tengok. aku dah nak lebih kurang sama ketinggian dengan emak dan abah. sekejap je kan. lepas ni memang tinggal kami bertiga je la kat uma. anje dah balik asrama. mayang dengan hazlie dah sibuk pindah uma. dah berkeluarga kan. kena la belajar berdikari. ni maknanya pak mohtar dengan mak senah baru ada 1 orang anak la ni. hehehe. xmuai no kan. padahal tinggal aku je kat uma. yg belom kawin. lagipon keje pon dekat. memang duk ngan family la nampaknya.


perasan tak banyak2 gambor sumenya ada emak. kami gasak la berganti2 amik gambo. ade yg dh keluar dengan ada yg tlg amikkan. tp emak je yg xkeluar dari tadi. semua gambar yg ditepekkan ada muka dia. bagus betol kan. hahaha.


inilah adik aku anje yg duk asrama. belajar pepandai tau. banggakan keluarga. kalau SPM baik dan keputusannya cantik mesti ada habuan untuk kamu. itu janji ku. 1Malaysia. mestilah janji ditepati kan. hehehe. harap2 kamu berjaya ye adik manis.


gambar emak,abah dengan anak bongsunya. tp xberapa nak manja. nama je manja. comel je posing camtu sume kan. suka pulak aku. cantik jugak permandangan dekat sekolah teknik ni. landskap nye menarik la jugak. ok dah sekian :)

No comments: