Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul


Selamat pagi semuanya.mesti korang sume cuti kan. Tp company tmpt I keje ni x cuti la. Sedey jek. Semuanya cuti, tp I jek pepagi bangun la gi mandi,siap2 gi keje.. Orang kt umah tu dok selimut lagi kan. Haih,jeles betul la. Tp nk wat cmne kan,sbb dh mmg kene keje. Mak pulak x bukak kedai arini, sebab memberi penghormatan untuk hari ni. Ikotkan ati mau jek cuti tadi, belingkar lagi dengan selimut, tp pk kan nnti bulan 3 nak cuti panjang, trpksa la kerahkan jugak diri ni untuk bangun bersiap sedia untuk menjalankan tugas..

Tadi tu hanye mukadimah jek. Sebenarnya I nk ucapkan Salam Maulidurrasal kepada semua umat islam di seluruh dunia. Hari ini adalah hari untuk kita mengingati kelahiran rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w..Untuk kat malaysia tahun ni rasanya temanya " 1 Malaysia 1 Ummah"..bgus kan untuk mengukuhkan lagi rakyat Malaysia.

Tiba2 teringat lak mase sekolah mase sambutan maulud nabi ni. Ramai2 berarak sambil berselawat satu sekolah. Time tu rase seronok jek. Lepas sekolah jek,rasenye dh xde pon gi berarak cm dulu lagi. Kalau ade pon mmg trus ke mjlis tu jek la. Mmg xde gi yang berarak tu lagi. tetibe macam nk putur masa jek kalau boleh..nak gi ke mase sekolah dulu.. smbutan kalau kt sekolah mmg meriah la..

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

p/s: masih lagi sedih sebab semua org cuti. aku saje yang keje..huwa........



No comments: