Tuesday, April 30, 2013

Pengguna iPhone 5 Maxis Sudah Boleh Menggunakan LTE

 
Pengguna iPhone 5 yang menggunakan data Maxis, anda kini sudah boleh menggunakan LTE 4G jika anda berada di kawasan yang mempunyai coverage.

Untuk menggunakan LTE, anda perlu kemaskini setting karrier dahulu. Buka setting, klik pada general, dan klik about. Akan keluar satu arahan untuk anda mengemaskini setting karier. Tunggu beberapa minit sehingga selesai.
 



Setelah kemaskini, restart iPhone anda. Jika anda berada di kawasan yang menyokong LTE, logo 3G pada iPhone 5 anda akan bertukar kepada logo LTE.

Kami mencuba LTE Maxis di Cyberjaya dan kelajuannya adalah amat baik, hampir 30 mbps.


jangan xtau ye. kawasan gelang patah sudah pun menyokong LTE ini. Sekian...

sumber : ohgeekz.com

Saturday, April 27, 2013

Koleksi Terbaru Drama Korea | March & April 2013

Missing You / I Miss You

Queen Inhyun's Man

Queen of Amibition

That Winter The Wind Blows

To The Beautiful You

Gentlement Dignity

menggila kan. banyak drama aku beli sepanjang 2bulan ini. marilah sambung menonton. nanti nak beli drama baru. tp skang sedang usaha mencari dvd yang lama. mane pulak perginya. ilang ke??? cissss



How To Use :)

ehsan encik google

Tergelak tengok gambar ini. macam pengalaman aku pon ye jugak. tp dedulu la. skang mcm dh terer sket walaupon mengidal menggunakan chopstick ni. hahaha. aku pernah je try pakai ni. memang memula terkial2 la. last2 give up. terus capai garfu senang keje. xde sakit kepala kan. hahaha

skang handal sket la. bukan handal bebeno. sebabnye berkecimpung dengan dunia sushi yang aku menggila kan. tu yang kekonon belajo dengan handal dan terernye. tp berkuis jugak kekadang. hahaha.


Demam PRU13 | Pilihlah Calon Pemimpin Yang Layak !!


demam Pilihan Raya 13 sudah sampai ke kemuncak barangkali pada firasat aku. tinggal seminggu je lagi untuk menentukan siapakah yang bakal memimpin negara Malaysia. samada masih kerajaan Barisan Nasional ataupun servis bertukar tangan kepada pihak pembangkang. aku akui aku bukanlah arif untuk isu politik ini. tapi aku ada juga membaca mengenai info yang berkaitan. mungkin juga keterujaan aku yang semakin menebal untuk melaksanakan tanggungjawab untuk negara buat pertama kalinya. ye !!! aku adalah pertama kali akan memangkah dan mengundi untuk negara. sebab tahun sebelumnya belum cukup umur. dah cukup umur ni memang haruslah memangkah dan mengundi kan. xguna kalau umur sudah cukup tapi tidak mengundi. sayang sekali.



nampak seperti aku pro kerajaan kan. ye memang benar. aku memang menyokong kerajaan. Barisan Nasional. nampaknya undi aku bukanlah rahsia lagi kan. xperlu nak berahsia lagi sebenarnya. sebab kita sendiri sudah ada akal fikiran yang waras menentukan mana satu parti yang memberi keuntungan kepada rakyat. dan menjaga segala kebajikan rakyat. rujuk sahaja perbezaan antara pemimpin BN dengan PKR. sangat berbeza. 



setiap orang akan menerima slip macam ni kot. untuk menyemak nama dan ic kita betol ke tidak. aku sudah semak ic dan nama aku betol. ini untuk memudahkan proses mengundi nanti. kalau ic dengan nama salah macam mana kita nak mengundi kan. kesian je kalau dh daftar xboleh nak mengundi pulak. 

 

yeay !! aku memang sudah mendaftar. nama dah masuk dalam sistem pon. Parlimen Gelang Patah dan DUN Nusajaya. harap2 BN akan perolehi kejayaan yang cemerlang di DUN Nusajaya dan Parlimen Gelang Patah. marilah sama2 mendoakan kejayaan BN ini. insyaAllah. tempat mengundi aku dekat sekolah rendah aku dulu. dah macam boleh reunion je ni. mesti ramai jumpa kengkawan kan. seronoknya. 

SELAMAT MENGUNDI SEMUANYA. PILIHLAH CALON YANG LAYAK MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA. SAYA PILIH MENGUNDI. SAYA PILIH MALAYSIA. SAYA PILIH BARISAN NASIONAL


Thursday, April 25, 2013

Calon Menantu Pilihan Diperlukan Segera !!


Iklan : Saya memerlukan calon menantu dengan segera. Ianya merangkap Pak Sanggup kepada kucing betina saya. Si dak monel ni suda berbadan dua. hahaha. padan muka ko monel aku iklan kan cari laki untuk ko. kesian ko kan monel. inilah gambar terbaru si dak monel ni. kesian la melepek je keje die. nak kate morning sickness. macam hari2 je gitu. kemain pemalas lagi. itu la, yang si jantan entah kemane. kesian die kene menjaga diri dan kandungannye. xpe monel, aku ade. aku akan menjaga ko. ko adalah kucing bawah umur yang teraniaya. hahaha.

Semalam kemain lagi nak tido dengan aku. takot aku tertendang die je. aku dah la tido ganas. mintap maap la kalau aku tertendang perot ko ke kan. tp aku sayang ko. sebenarnya aku xtau sejak bila aku berjinak2 dengan si kucing. padahal dulu bukan main xsuka aku dengan kucing. tp mungkin monel ni menyedarkan aku. aku jadi kesian dengan die. lagipon die adalah kucing yang paling baik. serius !!! xtipu. paling baik. 

Sebab kan abah dah bela kan. aku jadi kesian n sayang pulak dekat die. memang jenis makan makanan die je la. abah makan ikan ke ape, memang xpenah kacau. sangat behave dan sangat baik. bagus kan dak monel ni. sebab tu la salah satu sebab aku sayang die. memang xmenyusahkan orang. emak yang xsuka kucing pon jadi kesian dan sayang dekat die. 

marilah doakan monel beranak dengan senang. xpayah pembedahan. hahaha.. poyo je kan. natang beranak xpayah bidan. pandai die beranak sendiri ek. haha

 


Throwback : Kenangan Mengusik Jiwa

Nampaknya kenangan nostalgia memang susah nak dibuang. memang mengusik jiwa betol la. minggu lepas. macam musim pulak pakcik mengupload gambo kekecik dan gambo lelama. memang mengekek la tengok gambo sendiri. jom layan muka aku mase kecik. koreng ke cantik ?? hahaha

 
ini gambar masa kecik dengan sepupu-sepupu yang comot sekelian. aku haruslah yang belah kiri depan tu. memang muka xberubah kan. sama je. comel la semua. lela, nor, nanie, ipah. semuanya comel belaka. rindu zaman kanak2 gamaknye.

 ni pulak mak kate gambar die dengan abah lepas bertunang ke masa bertunang gitu la. tengok la muka abah aku. memang sebijik macam artis kpop. patot la aku iras2 muka korea jugak kan. korea ke koreng. hahaha. perasan lebih ni. tp yang penting abah ensem. emak cantik. memang sepadan betol la.


ni gambar emak dengan family dan adik beradik. comel jugak kan. emak yang baju gelap kecik tu. kalau tengok sekali imbas memang cucu die skang ni ade mengikot muka die jugak sket la. dah nama keluarga kan. mesti la ade amik muka nenek sket.


ni pulak gambar abah dengan adik beradik dan sedara die kot. xsure la. tp abah yang depan yang duduk tu. time ni umur abah 21 tahun xsilap. memang ensem gile kan. mau nye emak xterpikat. memang molek bebeno. artis kpop dan hero malaya la katekan. haha. paksu, pak uda, makcik ani dengan maklong pon canti dan comel. memang adik beradik yang cantik dan ensem. tidak dinafikan.
 

ni gambar emak dengan longne. memang suka sopan, comel je semua kan. 
 

tengok ni. tengok ni. muka abah masa muda. memang bergaya abis la. ensem bebeno la. artis kpop malaysia. fuhhhhh...

 
haaaa.. yang ni sape ? cuba teka. ini lah aku, muka mencos je kan. tp yang penting comel lagi mencomelkan. kekadang tengok gmbar masa kecik macam xkenal diri sndiri je. sebab yang ni baby lagi kan. muka pon blm tau ikot muka sapa. tp yang ramai cakap muka aku banyak ikot muka abah. 

 

Student Life : Tamat Sudah Semester 1




Salam untuk semuanya. Lama xberceloteh di dalam blog ni kan. Lagi pon berceloteh sensorang. Ade ke orang yang membaca blog ko ni combi? Ah ape aku kisah. Yang penting untuk kepuasan diri sendiri kan. itu la yang paling penting. arini nak bercerita pasal student life katenye. Aku sebenarnya baru memulakan perjalanan untuk menyambung buat degree. selama ni pendidikan hanya setakat diploma je. jadi entah ape pulak tetibe nak sambung belajar. tapi sayang nak berhenti keje. Alhamdulillah OUM dapat membantu diriku ini. aku buat distance learning. part time study la kekdahnye. study cuma weekend je. jadi tidak mengganggu waktu bekerja aku.

Mula mendaftar bulan Januari 2013 aritu. semalam selesai semester 1 untuk aku. semalam adalah hari terakhir aku exam. alhamdulillah nampaknye semua soalan dijawab mengikut arahan yang diberikan. bab betul ke tidak sama2 la kita menunggu keputusan nye nanti ye. doakan aku sukses ye. kalau boleh semester 1 ni la nak score kaw2 punye kan. nanti pointer cantik je sampai abis semester. insyaAllah. pokok pangkalnya hati ini yang perlu sentiasa rajin berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan. 

Semester 2 akan bermula bulan depan Mei 2013 nanti. nampaknya kene abiskan mengundi dahulu. pastu baru sambung kuliah dan tutorial. nampaknya sekejap sahaja bercuti yang membolehkan kepala otak ini berehat. aku sudah pasang niat, nak layan semua cerita korea kekonon cuti sem ni kan. hahaha. poyo je kate cuti sem. padahal keje kt office berlambak. alaaa, ape la sangat. kalau keje kat office kan memang xpernah abis. 

harap2 result sem1 ni cemerlang la. baru la bersemangat nak sambung sem2. kalau tidak terasa macam malas je nak sambung kan. tp dah dapat warning, kalau sambung belajar, pastikan buat sampai jadi dan sampai abis. hehehe. doakan yang terbaik untuk aku kan. insyaAllah. hanya kepada Allah aku memohon.

 ps : segalanya sudah ditentukan. memang ada hikmah semua benda terjadi membuatkan aku kembali bersemangat untuk sambung belajar semua. R.E.D.H.A


Tuesday, April 23, 2013

memang seorang je yang sangat2 memahami saya. terimakasih BFF


true !! Sebaik-baik yang merancang itu adalah Allah swt

Gwiyomi Guide

credit to google

yeay sudah dapat gwiyomi guide. sesapa yang menggila dengan aksi gwiyomi ni sila la ikot guide yang sudah diberikan. sila lah. sila lah. hahaha. rajin betol semua orang membuat video tu kan. gigih !!! 
 

6 Jenis Perempuan Yang Perlu Dihindari Untuk Dinikahi

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: “Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:
 
 

1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.

3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah)

Isteri merupakan anugerah kepada setiap lelaki, tanpa isteri hidup lelaki tiada erti. Kalau anda mempunyai isteri seperti dia atas, haruslah anda menasihati isteri anda supaya berubah. Kalau anda mempunyai salah satu sifat di atas, buanglah sifat itu dan berubah kepada yang lebih baik. 
 
credit to AmazingNara


Tuesday, April 16, 2013

Bahagiamu Deritaku


Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Keseronokan Berganda

Nampaknya semakin berjalan lancar setiap apa yang dirancangkan. Alhamdulillah segala penat lelah nampaknya berbaloi dan mmbuah kan hasil. aminnn.

Semoga Allah sentiasa member kesihatan tubuh badan kepada saya. Semoga Allah sentiasa meredhai segala apa yang saya kerjakan. InsyaAllah. segalanya bergantung kepada redha allah.

Kesedihan hati ini akan terubat dengan adanya Allah bersama kita.



Wednesday, April 10, 2013

Mencari dan Menjana Idea Untuk Buat Tutorial

Selamat Pagi,

macam dah lama jugak x mengupdate blog kan. tetibe semalam dapat whatsapp dari si dak maton. mintak aku buatkan die tutorial untuk menulis blog menggunakan s3 mini nya. nanti akan aku cuba menjana idea dan mencari bahan yang berguna untuk membantu kamu ye dak maton.

ok dah ini je yang nak update kali ni. selamat bekerja semuanya. aku semangat bekerja arini. tapi mcm xbersemangat je kan. sebab pepagi dh menjengah blog dulu. hehehe...

kbai,
@combiemohtar