demam Pilihan Raya 13 sudah sampai ke kemuncak barangkali pada firasat aku. tinggal seminggu je lagi untuk menentukan siapakah yang bakal memimpin negara Malaysia. samada masih kerajaan Barisan Nasional ataupun servis bertukar tangan kepada pihak pembangkang. aku akui aku bukanlah arif untuk isu politik ini. tapi aku ada juga membaca mengenai info yang berkaitan. mungkin juga keterujaan aku yang semakin menebal untuk melaksanakan tanggungjawab untuk negara buat pertama kalinya. ye !!! aku adalah pertama kali akan memangkah dan mengundi untuk negara. sebab tahun sebelumnya belum cukup umur. dah cukup umur ni memang haruslah memangkah dan mengundi kan. xguna kalau umur sudah cukup tapi tidak mengundi. sayang sekali.
nampak seperti aku pro kerajaan kan. ye memang benar. aku memang menyokong kerajaan. Barisan Nasional. nampaknya undi aku bukanlah rahsia lagi kan. xperlu nak berahsia lagi sebenarnya. sebab kita sendiri sudah ada akal fikiran yang waras menentukan mana satu parti yang memberi keuntungan kepada rakyat. dan menjaga segala kebajikan rakyat. rujuk sahaja perbezaan antara pemimpin BN dengan PKR. sangat berbeza.
setiap orang akan menerima slip macam ni kot. untuk menyemak nama dan ic kita betol ke tidak. aku sudah semak ic dan nama aku betol. ini untuk memudahkan proses mengundi nanti. kalau ic dengan nama salah macam mana kita nak mengundi kan. kesian je kalau dh daftar xboleh nak mengundi pulak.
yeay !! aku memang sudah mendaftar. nama dah masuk dalam sistem pon. Parlimen Gelang Patah dan DUN Nusajaya. harap2 BN akan perolehi kejayaan yang cemerlang di DUN Nusajaya dan Parlimen Gelang Patah. marilah sama2 mendoakan kejayaan BN ini. insyaAllah. tempat mengundi aku dekat sekolah rendah aku dulu. dah macam boleh reunion je ni. mesti ramai jumpa kengkawan kan. seronoknya.
SELAMAT MENGUNDI SEMUANYA. PILIHLAH CALON YANG LAYAK MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA. SAYA PILIH MENGUNDI. SAYA PILIH MALAYSIA. SAYA PILIH BARISAN NASIONAL
No comments:
Post a Comment