Salam untuk semuanya. Lama xberceloteh di dalam blog ni kan. Lagi pon berceloteh sensorang. Ade ke orang yang membaca blog ko ni combi? Ah ape aku kisah. Yang penting untuk kepuasan diri sendiri kan. itu la yang paling penting. arini nak bercerita pasal student life katenye. Aku sebenarnya baru memulakan perjalanan untuk menyambung buat degree. selama ni pendidikan hanya setakat diploma je. jadi entah ape pulak tetibe nak sambung belajar. tapi sayang nak berhenti keje. Alhamdulillah OUM dapat membantu diriku ini. aku buat distance learning. part time study la kekdahnye. study cuma weekend je. jadi tidak mengganggu waktu bekerja aku.
Mula mendaftar bulan Januari 2013 aritu. semalam selesai semester 1 untuk aku. semalam adalah hari terakhir aku exam. alhamdulillah nampaknye semua soalan dijawab mengikut arahan yang diberikan. bab betul ke tidak sama2 la kita menunggu keputusan nye nanti ye. doakan aku sukses ye. kalau boleh semester 1 ni la nak score kaw2 punye kan. nanti pointer cantik je sampai abis semester. insyaAllah. pokok pangkalnya hati ini yang perlu sentiasa rajin berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan.
Semester 2 akan bermula bulan depan Mei 2013 nanti. nampaknya kene abiskan mengundi dahulu. pastu baru sambung kuliah dan tutorial. nampaknya sekejap sahaja bercuti yang membolehkan kepala otak ini berehat. aku sudah pasang niat, nak layan semua cerita korea kekonon cuti sem ni kan. hahaha. poyo je kate cuti sem. padahal keje kt office berlambak. alaaa, ape la sangat. kalau keje kat office kan memang xpernah abis.
harap2 result sem1 ni cemerlang la. baru la bersemangat nak sambung sem2. kalau tidak terasa macam malas je nak sambung kan. tp dah dapat warning, kalau sambung belajar, pastikan buat sampai jadi dan sampai abis. hehehe. doakan yang terbaik untuk aku kan. insyaAllah. hanya kepada Allah aku memohon.
ps : segalanya sudah ditentukan. memang ada hikmah semua benda terjadi membuatkan aku kembali bersemangat untuk sambung belajar semua. R.E.D.H.A
No comments:
Post a Comment