belapuk. itu lah perkataan yang akan keluar dalam kepala otak aku ni kalau aku dah mula membuka dan menjengah blog yang sekian lama terbiar. kadang-kadang datang rajin tu update pakai email je. so ko karang la mcm mana banyak pon pakai email thru fon dia tak akan sama feel tu dating kalau kita menaip pakai laptop. sebenarnya malam ni baru ada kerajinan nak membuka blog pakai laptop. jadi marilah kita merepek dimalam hari. so, how is your life? kalau untuk aku, skang ni life aku paling worst. tak pernah rasa tersangat teruk mcm ni sekali. betullah kata pepatah melayu orang dulu2 kan.
"kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari"
orang cakap tak baik meratapi nasib diri kan. tp nak buat mcm mana kan, dah begini nasib diri. orang sekeliling hanya mampu komen dan berkata, tapi diri sendiri yang mengalaminya sahaja yang akan merasa. sebenarnya aku tak kisah pon apa orang nak cakap pasal aku, tp ko akan rasa stress kalau diri sendiri pon rasa diri ni mcm dh tak berguna lagi. susah ye kalau kau sendiri yang rasa diri ko mcm tu. selamat la berbekalkan iman yg setebal kulit bawang ini, aku masih boleh survive dan berfikiran waras untuk menanggung dan menempuh segala beban dan masalah yang dihadapi. sebenarnya kalau ko bercerita dekat orang pasal masalah ko pon orang bukan bole bantu, dan sebenarnya org xnak tau pon pasal masalah ko. mereka sendiri pon ada masalah dan komitment sendiri yang mereka perlu laksanakan. aku faham benda tu semua. kadang2 kita sendiri pon rasa nak bantu orang, tp kita tak mampu kan. apa yang kita boleh buat adalah sekadar mendengar segala masalah untuk mereka klau hendak berkongsi. selebihnya kita sendiri yang harus mencari jalan penyelesaiannya.
blog ni lah sebenarnya tempat untuk aku meluahkan rasa hati ini. dialah journal dan diary perjalanan hidup aku. tu pon kalau tak lupa password la kan. sebenarnya sedang berangan mengejar mimpi dan cita2 tapi sedang terputus dan terberhenti di tengah jalan sebab "jobless" dalam erti kata lain adalah penganggur terhormat abad inilah gamaknya. aku, memang orang tau yg suka bekerja dan xpernah menganggur sejak grade dari diploma sebenarnya. tapi rasanya pelik pulak tahun ni aku jadi penganggur terhormat. ye, aku sedang merasai ye perasaan orang penganggur yang stress lagi memusingkan ini. sebab itu aku cakap, selamat la berbekalkan iman setipis kulit bawang tu. kalau tidak entah kemana agknya aku dah pergi.
perkara pertama yang ko akan risaukan kalau menganggur ni adalah source of income ko terputus. dengan saving nan hado ni, pepaham je la. memang menyakitkan dan merumitkan ye. even ko menganggur, komitmen masih berjalan seperti sedia kala. tak ke stress kalau ko pk kan hutang yg keliling pinggang ni. ikot size pinggang la, kalau lebar memanjang n gemok, jadi banyak la hutang nye ye mcm aku.
semoga esok ada perkhabaran gembira untuk aku kongsikan. semoga hari esok lebih baik dari hari ini. semoga aku terus tabah menghadapi ujian Allah ini. semoga aku terus berusaha untuk mengejar cita2 yg sedang terputus ditengah jalan. semoga masih ada sinar pada hari esok untuk diri ini. semoga semakin positif dengan segala yang berlaku.
cukup untuk hari ini. sambung lain hari ye. doakan perkhabaran gembira menyusul untuk entry yang akan, bukan meroyan yang bukan-bukan.
love,
combiemohtar