Saturday, May 14, 2016

Selamat Pengantin Baru | Haime&Linna

Assalamualaikum semuanya. Selamat berhujung minggu. Apa aktiviti korang harini? Aku mcm biasa, memenuhkan aktiviti mingguan dengan menghadiri majlis perkahwinan kawan. Kawan masa aku keje kilang 3G lagi. Rindu jugak la nak jumpa diorg and nak lepak2. Tp susah dah skang. Masing2 dengan life sendiri dan keluarga kan. Mana nak sama masa memuda dulu, yang duk sibuk nak gather and lepak dengan kengkawan. Family 1st.

Cantik kan baju diorg. Menarik. Suka tengok warna emerald green ni. Kekdahnya mcm tema baju raya aku 2tahun lepas. Hee. Saje nak selitkan baju raya. Dh nak raya ni kan. Haime ni kawan masa aku start bekerja. Dekat kilang 3G Precision Industry Sdn Bhd. Nampak tak betapa kuat ingatan sampai nama penuh company aku ingat. Sayang aku kt company ni. Lama berjasa kt situ. Time ni la dapat jumpa kawan2 lama masa kat kilang. Dulu kan minah kilang. Rindu budak2 production dan semua la. Diorg ni sume baik2. Dh mcm family. 


Tadi dapat jugak la jumpa exboss Mr Ng. Mcm biasa, die gaya bersahaja dan sempoi. Mcm tu jgk muka dia. Relax. Jumpa jgk Manager Production dulu Encik Omar. Pon masih maintain muda remaja. Siap dia puji aku cantik lagi. Bukan selalu orang puji kita kan. Selalu syok sendiri diri ni cantik. Kah. Dapat jugak jumpa kawan2 yg lain. Rindu.


Dapat jugak la ditepekkan bergambar dengan pengantin. Untuk jadi kenangan. Timekasih kat kawan baik sorang ni. Puan Ezzani. Rajin nak melayan sy mengikot sy pegi wedding. Supermom ni gigih. Kene btau awal sebab dia kena susun jadual kan. Weekend patot dengan family. Tp curi masa dia sikit la utk teman pegi wedding. Timekasih banyak2. Abaikan muka aku. Kembang semangkok. 


Untuk Haime&Linna selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Dh bole start production utk haime&lina junior nampaknya. Jgn lambat2. Semoga perkahwinan sentiasa dirahmati Allah. Amin. 

Pasni turn korang pulak doakan aku cepat sampai jodoh. 😍


No comments: