Tuesday, October 30, 2012

Tutorial : NuffnangX, blogs stalking di hujung jari


Mesti ramai yang dah tahu pasal application NuffnangX ni kan? 

Hahh?? Nuffnang X?? Apa tu?

haaa.. Nuffnang ni satu aplikasi yang patut ada dalam smartphones anda untuk pengalaman baru dalam dunia blogging. ia merupakan cara mudah untuk membaca blog yang sangat user friendly, kita boleh like dan paling best kita boleh chat dengan blogger tu directly kat ruangan komen. anda juga boleh join conversation terbuka dan macam-macam lagilah hanya melalui smartphone anda je!


bagi yang dah teruja nak teroka pasal NuffnangX ni tapi tak tahu caranya... haahh jangan risau. saya akan bagi sedikit panduan memulakan dan mengunakan aplikasi NuffnangX ni.

Pertama sekali, muat turun NuffnangX secara percuma dengan smartphone Apple mahupun 
Android anda.


A3FMONkCQAAz28P

Seterusnya dengan menggunakan komputer anda, 
layarilah NuffnangX.com untuk mendaftarkan diri.
Tip: Jikalau anda memiliki akaun Nuffnang, anda boleh terus daftar masuk dengan e-mel dan kata laluan yang sama!




bila nak register tu dia akan bagi tutorial atau arahan. korang ikot je arahan dia yang mudah tu. lepas tu...wallahhhh.. korang dah pun ada akaun NuffnangX

tapi.... korang jangan lupa claim blog korang tau!

setelah berjaya mendaftar masuk, tekan gambar profil anda di bahagian kiri atas dan klik “claim your blog.




sebab kalau korang tak claim your blog camne saya atau kitorang semua nak follow your blog and read your entries though NuffnangX ni meh?



Cara nak claim your blog mudah je. mula sekali dengan menaip link penuh blog anda yang comel dan gojes tu. pastu ikot je arahan yang diberikan. boleh rujuh gambar kat bawah ni.







Kod yang diberikan seperti langkah ketiga di bawah perlu disalin dan ditampalkan di bahagian “add a gadget” di halaman “layout settings” blog anda. Cuma klik “add HTML/Java Script” dan tampalkan kod tersebut sebelum meneruskan ke langkah terakhir pendaftaran NuffnangX!



Mudah je kan? apa lagi jom la join NuffnangX ni dan Follow blog saya kat sana. nanti saya pasti akan follow blog anda balik. tapi pastikan korang dah "claim your blog" tau.. kang payah saya nak follow taktau bloglink anda.. jomm borak-borak kat NuffnangX! tekan button bwh ni k..


sumber : credit to Elia : Short & Sweet

Body Mist For Sale.....JUALAN PENGHABISAN STOK KATANYA !!!



ok mari lihat tajuk yang gempak lagi menggempakkan. tujuannya nak promote body mist yang tinggal sikit je ni. sebab dah nak masuk bulan baru kan. kalau boleh nak abiskan stock untuk bulan october ni. senang sket nanti...

ok body mist yang tinggal adalah seperti berikut :-

VICTORIA'S SECRET BODY MIST 120ml (Normal Price : RM20/bottle)
*Strawberries & Champagne ( 2 available )
*Love Spell ( 1 available )
*Endless Love ( 1 available )
*Pear Glace ( 1 available )

VICTORIA'S SECRET BODY MIST 250ml ( Normal Price : RM35/bottle)
*Pear Glace ( 3 available )
*Love Spell ( 1 available - shine )
* Vanilla Lace ( 1 available - shine )

grab this for the best price :)
email to : combie_gurlz@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 012-7468043

Monday, October 29, 2012

29.10.2006 ~ 29.10.2012 (6tahun sudah)



alhamdulillah akhirnya tarikh yang ditunggu sampai jugak. counting aku dengan encik daisypath ni sama kan. tengok kat atas tu. die pon kira sama la 6 tahun. pandai kami mengira. heheheee. 6tahun. macam sekejap je. macam baru kenal encik abdul semalam je. tapi kemain lama perjalanan ni. banyak betul lari berpagar dan merentas desa telah kami harungi. sedap kan ayatnye :)



ni saje je nak tepek gambo ini. sebab macam banyak je kenangan. sumenye best. insyaAllah kalau jodoh ini panjang marilah doakan sy dan encik abdul sampai ke jinjang pelamin pulak ye. supaya tiada titlle illegalsary. nanti sah sajor. heheheee. semalam bersengkang mata sebenarnya nak tunggu pukul 12 tengah malam. nak wish. mengade kan. tp itu la setiap tarikh yang bermakna memang akan bersengkang mata sikit la untuk memberi ucapan kepada encik abdul. 

" kepada Abdul Rashid bin Abu Talib, selamat ulang tahun kita yang ke 6. Semoga hubungan yang kita bina ini akan kekal, dapat direstui dan diredhai oleh Allah. Mintak maaf atas segala salah dan silap. terimakasih sebab sanggup melayan kerenah dan perangai sy yg mengade2 kekadang ni selama 6tahun. diharap akan sanggup melayan sampai ke tua la ye. terimakasih sebab menjadi kawan, sahabat, kekasih, kawan bergaduh, kawan berkongsi cerita,masalah,gossip.hehehe.. Sayang Abdul Rashid ketat2 "


dengan itu mari saya tepekkan video dari youtube ni. memang menyentuh hati dan sanubari. 

You are who,what,when,where,why I Love.. The Last ♥



Thursday, October 25, 2012

Jahat Budak Jahat




sape dah tengok Hantu Kapcai. aku sudah. Walaupon bukan tengok dekat wayang. aku tengok dekat online je. tapi scene aku paling suke dan spontan ini la die. "jahat budak jahat" gelak x ingat tengok scene ni. kelakar. jom layan muke sengal die. hahahaha 

gudjob la citer ni. memang best sesangat. muke si Hairul Azreen ni selamba je. tapi lawak gille. macam mongok. hahaha. suke3.

Wednesday, October 24, 2012

Ussy & Andhika Pratama -Kupilih Hatimu



Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati

29.10.2012 Coming Soon 6th Years Illegalsary



jeng.jeng.jeng... tajuk tak nak kalah kan. illegalsary kate die. yela, sebab kami belum kawin. jadinye perkataan yg sesuai itu lah kot. macam dah lama x bercerita tentang kisah hati ini. lama tak mengomel sendirian berkenaan ini. jadi terlanjur banyak pulak masa yang terluang mari bercerita. dis coming monday, guess what?? its our 6th year anniversary. we know each other. kah3. macam ye ye je kan. tapi itulah hakikatnye. walaupon kisah kami terputus di tengah jalan pada tahun ke 5, terputus dalam masa 6bulan camtu. selepas itu ianya tercantum kembali. mungkis chemistry antara kami rasanya. poyo!! kalau kawin ni anak dah pegi sekolah tadika dah ni kan. kemain lama bercinta. xpela, lagipon kan kami masih muda belia. kekadang tu ade jugak tergugat sikit sebab ramai pulak kengkawan yang menamatkan zaman solo mereka awal. 

insyAllah kalau jodoh kami panjang sampai la jugak akhirnya kan. doa kan saje la yang terbaik untuk kami. jauhkan segala perasaan hasad dengki dan segala perkara-perkara buruk yang menyebabkan terputusnya hubungan kami. segala halangan dan segala dugaan diharap akan dilalui dengan sabar,tabah dan kuat. insyaAllah. segalanya bergantung kepada kepercayaan sesama sendiri kan. 

ok sebenarnya saje je nak bercerita. sebabnya xtau nak celebrate cmne 6tahun kami ni. walaupon ramai pasangan yang kat luar sana lebih lama lagi bercinta dari kami. tapi sebenarnya tak tau cmne nak celebrate tahun ni. sebabnya xpenah celebrate pon sebelum2 nya. just wish je kan. ini pon entah ingat entah tidak encik abdul saya ni. selalunye angka-angka ni die lemah. yang die ingat besday sy je. cukup la tu naaakkk. hehehe.

fuhh panjang jugak masa kami bercinta. sejak 29.10.2006 lama tu. kemain gigih lagi sampai sekarang kan. dulu aku kurus, si abdul ni berisi sikit. sekarang ni aku gemuk banyak, si abdul tetap maintain. cayalahhh.. hahahaa. tu tandanya senang hati la kan. hehehe. sedapkan ati sendiri je ni. ok dh abis membebel. cume perlukan cadangan untuk camne nak celebrate. tp rasanya biase2 je la kot. sebab kalau wish pon dah kire bagus. sebab tu maksudnya kite sentiasa menghargai dan ingat hari2 yang bersejarah. walaupon aku xminat subjek sejarah. hehehe...


Monday, October 22, 2012

Short + Sweet Dance Malaysia 2012

Tahniah Kepang-Ku menang. Tahniah untuk penari dan tahniah untuk Koreografer abgku sayang Khairulazhar bin Mohtar. 





Kami Yang Flawless :)

sila abaikan tajuk kalau rasa-rasa awak semua nak muntah belahak kan. takot pulak mengutip muntah sendiri. ke makan muntah sendiri macam badang. adakah entri ini dikira basi sebab lambat untuk meng'update' ?? alaaa, xkira la ek. sebabnya kurang ade kesenangan untuk update entri. kemalasan yang berganda untuk mengarang cerita.


ok berbalik kepada cerita yang hendak dingepoh kan. aku memang dah plan nak pegi kl 11hb oktober aritu. sebabnya aku nak pegi tengok dan amik stock untuk body mist dan perfume dari victoria secret. disebabkan abg aku ade pertandingan untuk Short + Sweet Dance Malaysia. aku terpaksa datang awal. dapat jugak menengokkan tarian yang die buat. jadinye aku gerak hari sabtu. 


hari sabtu gerak dalam pukul 9pagi dari larkin la. selamat ade encik abdul yang menghantarku ke terminal larkin. terlanjur die sekali lalu untuk pergi keje. yeke sekali lalu. macam dh terlajak banyak je. hehehe. ok selesai semuanya. kami breakfast kat larkin, beli tiket dan bas pon bergerak. bas sampai lambat pulak sebabnya entah kenapa. sampai pukul 10pagi baru gerak. aku sampai TBS dalam pukul 2-3ptg la. tunggu si dak ujang pulak amik. sempat membeli KFC Zinger Double Down. belikan la jugak untuk abg aku.


Malam itu aku tengok la show short+sweet tu kat KL Pac Sentul. dapat la tengok. memang sgt best. dan tahniah sebab dapat masuk final. dan hari keesokannye final dapat no1. tahniah sekali lagi untuk abg aku. terer dan handal la korang. xsia-sia semua penari dibotakkan. hehehe.. ok selesai cerita hari sabtu. mari kite beralih ke ceria hari ahad pula.


seperti yang dijanjikan aku suruh abg aku hantar aku ke klcc untuk jumpe cieka dengan sha. jumpe kat klcc sebabnye si cieka yg duk sibuk bekerja pada hari minggu. jadinye aku ngan sha terus ke klcc je la untuk jumpe cieka. sampai tepat pukul 12tghri macam biase. orang dah lama x jumpe kan. dah 3tahun tak jumpe. mesti la kene jejak kasih dulu. peluk2, dh borak2 sket kami pergi lunch pulak. dalam situ jugak. makan makanan vietnam. lantak, janji kenyang. tp memang sedap la sebenarnya. 


selesai makan tengahri kami pergi mkan untuk desert pulak. makan ice-cream. sepatutnye cieka kene masuk keje semula sebabnye die kebizian kan. last2 die pegi office kemas barang dan mengikut aku dengan sha berjalan. hehehe. lokasi pertama kami ke H&M. saje mencuci mata. yang membeli cieka je. die beli tshirt. selepas itu kami ke Kenanga Wholesale. ok dekat sini aku dah start menggila membeli segala macam baju. sebab tempat borong kan. baju pulak yg aku suke. memang aku amik je la. kesemua kedai sama. memang rambang mata. dapat la sambar beberapa helai baju dan seluar. sudah kepenatan walaupon x abis round kt situ. kami keluar pergi mencari tempat untuk karoke pulak .memang keje berjalan je la time tu. aku memang mengikut je la. sbb bukan tempat aku kan. jadi memang xtau. sedangkan tempat sendiri tu pon kawan aku duk sibuk pakai gps. hehehe...


selesai segalanya. dalam pukul 11malam kami makan dekat one station pulak. sebabnya sha kene hantar aku ke klpac. jadinye one station tu dekat je ngn klpac. yg penting sudah menjumpai klpac senang la sket kan. aku kene tunggu abang aku selesai semuanya baru la dorg hantar aku. kalau tidak aku xde kawan. yeay!!! akhirnya tamat jugak entri yang sekian lama duk dalam draft je.

akhirnya kami dapat berjumpa semula. ingtkan dh xdpt jumpa dah. sebab masing2 jauh dan bz selepas belajar kan. aku kat johor, dorg kat kl. jadi memang kalau nak jumpe aku kene datang kl la. thanks korang sebab hepi giller kot jumpe dak 2orang ni. dua2 kenal sejak 2006 masa diploma kt uitm segamat. cieka rumet aku dan sha bilik die depan bilik kami. memang ktorg close giller. sayang korang. mmmuahxxx


Saturday, October 20, 2012

Victoria's Secret Body Mist 120ml up for sale!


RM20 each. 
please add RM6 for shipping to EM, RM8 to WM. 



Available Scent :

* Pear Glace - 2 available , 1 sold out
* Strawberries & Champagne - 3 available
* Vanilla Lace - sold out
* Amber Romance - 1 available
* Romantic Wish - 1 available
* Sweet Day Dream - 2 available
* Berry Kiss - sold out
* Endless Love - 1 available


email to : combie_gurlz@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 012-7468043


Victoria's Secret Body Mist 250ml up for sale!

RM35 each. 
please add RM6 for shipping to EM, RM8 to WM. 



Available Scent :

* Vanilla Lace - 2 available
* Pear Glace - 3 available
* Blossoming Romance - sold out
* Romantic Wish - 1 available
* Secret Charm - 1 available


email to : combie_gurlz@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 012-7468043


Victoria's Secret Body Mist Shine 250ml up for sale!

RM35 each. 
please add RM6 for shipping to EM, RM8 to WM. 



AVAILABLE SCENTS :

* Love Spell
* Blossoming Romance
* Endless Love 
* Amber Romance
* Berry Kiss
* Pure Seduction
* Sweet Day Dream
* Pear Glace
* Secret Rush
* Romantic Wish

email to : combie_gurlz@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 012-7468043



Bedroon Sanctuary - Lagu




Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu
Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Tuesday, October 16, 2012

Victoria's Secret EDT Spray 30ml up for sale!

RM20 each. 
please add RM6 for shipping to EM, RM8 to WM. 


 AVAILABLE SCENT : 

 * SWEET TEMPTATION - sold
* PURE SEDUCTION - 1 available, 1 sold
* BLOSSOMING ROMANCE - sold
* VANILLA LACE - 2 sold
* PRETTY IN PINK - sold
* ROMANTIC WISH - sold
* LOVE SPELL - available
* ENDLESS LOVE - available
* SECRET CHARM - sold
* DELICATE PETALS - available


email to : combie_gurlz@yahoo.com
call/sms/whatsapp : 012-7468043

Friday, October 05, 2012

Testimoni..... Foot Detox Patch

tajuk kemain gedik lagi, nak bertestimoni pulak kan. padahal sesaje je. sebenornye aku beli foot detox ni untuk emak kesayangan. sebab sebelum ni pernah belikan die. memang hasilnye die kate ok. pastu stop, skang ni beli smula. semoga emak bertambah sihat dan cergas dengan adanya foot detox ni. hehehe


aku beli foot detox ni dengan kawan aku. timekasih yana sebab pos dengan lajunye. hehehe. nanti kalau dah abis aku beli dengan ko lagi ea. yang penting kasi diskaun baik punye la. heee. ok ni gambar sebelum memakainye. kene bukak plastik tu. pastu tampalkan die. sebelumnye putih dan bersih. aku tampal sebelum tido.

keesokan harinya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

inilah hasilnya selepas dicabut dari tapak kaki ku. kemain banyak toksik. agaknye lah. aku mane tau sangat. tp tgk kemain itam. hehe. sebelum tido putih dan aku memang dh basuh kaki ye. heee. pepagi bukak kemain koreng lagi. hahaha... tapi dulu mak pakai setiap hari kan, akan menjadi cerah cerah cerah dan cerah. xkan koreng macam memula....


tu maksudnya toksik sudah berkurangan la kan. ok la. kite pakai lagi malam ni ye. mesti cerah sket kot. kemain lagi nak hasil cepat je kan. hik3... 




KFC... Zinger Double Down Paling Terrrrrrbbbaaaaiiiikkk !!!!

ok sebelum cerita sila la terliur dulu. hehehe. semalam alkisah pergi mengeteh dengan emak, mayang, melor dengan omet dekat RR sesaje kekonon nak merelease tension kepenatan bekerja kan. sebab semuanya bekerja. jadinya aku yang memang selalu tekak ni teringin saje bende baru. jadi membeli KFC Zinger Double Down ni.



tengok la gambar dekat kotak die je memang dah menarik kan. belum tengok yang real. memang confirm menangis la. hehehe. saje je buat citer gempak. sebab teruja zinger ni xde roti. memang ditekupnye ayam dengan ayam. mau x sedap. hehehe



tarrraaaaa... ini lah die selepas dibukaknye. sangat lah teruja sebab memang terrrpaling sedap di KFC. sebab kalau ayam goreng KFC ni memang dh muak. tp kalau isi ayam untuk zinger belum muak lagi. ehhh ke same je. hahaha. lantak la. sbb pada aku KFC ni yang paling sedap memang zinger je la. yang lain mcm x berapa no la pada aku. Dengan harga hanya RM8.40 untuk ala carte dan RM10.50 untuk combo. 



sumpah memang besar dan berbaloi dengan harga camtu. semalam aku makan berlima. merasa2 la semua. maksudnye aku sendiri pon kenyang lagi. memang betol2 kenyang la. 1 Double Down boleh makan ramai2. kelass kan. mari lah beramai2 membeli Zinger Double Down. boleh belanja aku. nak makan lagi la. heeee....

Sedap Hingga Menjilat Jari la katekan... 

Thursday, October 04, 2012

#Pray For ADAM



ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MU
LUTNYA. 

MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA. DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..





Parody 5Days MC Sore Eyes :)

parody versi Lisa Surihani

parody versi Nora Danish

sumpah dedua buat memang sangat la comel. dah kalau muke lawo buat ape pon memang lawo. nak buat buruk pon jadi lawo kan. bayangkan lah.. susah nak pilih mane yang comel. sebab dedua sama. kalau korang pilih yang mane??? 



Yeay !!! Dah Ade baju Baru :)


mari bercerita pasal casing henpon bb aku ini. hari isnin saje la tengok2 kt fb yang menjual casing untuk bb. tengok2 punye tengok berkenan dekat 1 ni. casing silicon je pon. page nye ini FnF Phone memang banyak giller sume jenis casing dengan henpon2 die jualnye. jadi aku adelah salah sorang yg terpengaruh. sebabnye casing aku naik busuk gitu je x bertukar. kalau x pakai nanti calar pulak henpon cikai ni. jadinye baru la berkesempatan menukarnye. beli hari isnin. hari selasa sudah berdesup sampai kat office. laju je kan. 

aku nak beli warna ini. tp warna ni abis. jadinye aku bertukar membeli dark blue. nak upload tadi cam problem pulak. jadi attached yang ini je la ek. pastu bb aku warna itam, bukan putih. alaaa, pakai bold 2 je. BB 9700 tu je. yang memahal tak mampu. sekian laporan dari office yang dalam kengantokan :)


[Parodi] Muara Hati - Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza & Chegu Man



lama rasanya hati ini tidak menghapdate belog kan. mati kite layan parodi lagu si Dato' Siti dengan Hafiz ni. pandai betol semuanya ek. kalau name mengajuk orang. memang ade je la idea nye. naik guling2 aku tengok video ni. mamacam hal dibuatnye. pandai betol menghiburkan hati dan sanubari manusia lain. layan. aku suke. korang pulak camne ???