Monday, October 22, 2012

Kami Yang Flawless :)

sila abaikan tajuk kalau rasa-rasa awak semua nak muntah belahak kan. takot pulak mengutip muntah sendiri. ke makan muntah sendiri macam badang. adakah entri ini dikira basi sebab lambat untuk meng'update' ?? alaaa, xkira la ek. sebabnya kurang ade kesenangan untuk update entri. kemalasan yang berganda untuk mengarang cerita.


ok berbalik kepada cerita yang hendak dingepoh kan. aku memang dah plan nak pegi kl 11hb oktober aritu. sebabnya aku nak pegi tengok dan amik stock untuk body mist dan perfume dari victoria secret. disebabkan abg aku ade pertandingan untuk Short + Sweet Dance Malaysia. aku terpaksa datang awal. dapat jugak menengokkan tarian yang die buat. jadinye aku gerak hari sabtu. 


hari sabtu gerak dalam pukul 9pagi dari larkin la. selamat ade encik abdul yang menghantarku ke terminal larkin. terlanjur die sekali lalu untuk pergi keje. yeke sekali lalu. macam dh terlajak banyak je. hehehe. ok selesai semuanya. kami breakfast kat larkin, beli tiket dan bas pon bergerak. bas sampai lambat pulak sebabnya entah kenapa. sampai pukul 10pagi baru gerak. aku sampai TBS dalam pukul 2-3ptg la. tunggu si dak ujang pulak amik. sempat membeli KFC Zinger Double Down. belikan la jugak untuk abg aku.


Malam itu aku tengok la show short+sweet tu kat KL Pac Sentul. dapat la tengok. memang sgt best. dan tahniah sebab dapat masuk final. dan hari keesokannye final dapat no1. tahniah sekali lagi untuk abg aku. terer dan handal la korang. xsia-sia semua penari dibotakkan. hehehe.. ok selesai cerita hari sabtu. mari kite beralih ke ceria hari ahad pula.


seperti yang dijanjikan aku suruh abg aku hantar aku ke klcc untuk jumpe cieka dengan sha. jumpe kat klcc sebabnye si cieka yg duk sibuk bekerja pada hari minggu. jadinye aku ngan sha terus ke klcc je la untuk jumpe cieka. sampai tepat pukul 12tghri macam biase. orang dah lama x jumpe kan. dah 3tahun tak jumpe. mesti la kene jejak kasih dulu. peluk2, dh borak2 sket kami pergi lunch pulak. dalam situ jugak. makan makanan vietnam. lantak, janji kenyang. tp memang sedap la sebenarnya. 


selesai makan tengahri kami pergi mkan untuk desert pulak. makan ice-cream. sepatutnye cieka kene masuk keje semula sebabnye die kebizian kan. last2 die pegi office kemas barang dan mengikut aku dengan sha berjalan. hehehe. lokasi pertama kami ke H&M. saje mencuci mata. yang membeli cieka je. die beli tshirt. selepas itu kami ke Kenanga Wholesale. ok dekat sini aku dah start menggila membeli segala macam baju. sebab tempat borong kan. baju pulak yg aku suke. memang aku amik je la. kesemua kedai sama. memang rambang mata. dapat la sambar beberapa helai baju dan seluar. sudah kepenatan walaupon x abis round kt situ. kami keluar pergi mencari tempat untuk karoke pulak .memang keje berjalan je la time tu. aku memang mengikut je la. sbb bukan tempat aku kan. jadi memang xtau. sedangkan tempat sendiri tu pon kawan aku duk sibuk pakai gps. hehehe...


selesai segalanya. dalam pukul 11malam kami makan dekat one station pulak. sebabnya sha kene hantar aku ke klpac. jadinye one station tu dekat je ngn klpac. yg penting sudah menjumpai klpac senang la sket kan. aku kene tunggu abang aku selesai semuanya baru la dorg hantar aku. kalau tidak aku xde kawan. yeay!!! akhirnya tamat jugak entri yang sekian lama duk dalam draft je.

akhirnya kami dapat berjumpa semula. ingtkan dh xdpt jumpa dah. sebab masing2 jauh dan bz selepas belajar kan. aku kat johor, dorg kat kl. jadi memang kalau nak jumpe aku kene datang kl la. thanks korang sebab hepi giller kot jumpe dak 2orang ni. dua2 kenal sejak 2006 masa diploma kt uitm segamat. cieka rumet aku dan sha bilik die depan bilik kami. memang ktorg close giller. sayang korang. mmmuahxxx


No comments: