Tuesday, July 23, 2013

Kami BUDDYZZ. Kami tak akan terpisah







Kemaruk Katira Abu Bakar


macam biasa. tiba bulan ramadhan memang katira abu bakar di johor ni memang akan menjadi popular. die punye pemes tu macam murtabak la jawabnye. tapi die sesi minuman kan. katira abu bakar ni memang available dekat johor je setau aku. kalau yg tempat lain memang banyak katira. tp xsesedap dan semantop katira abu bakar ni. hehehe


tengok la kelaku abang aku. dapat katira. sepanjang die balik kampung ni memang keje melantak je la. naik berat aku sebab layankan abgku sayang ni. die memang antu kalau minum air. xkire la air ape. abis di sapu. bulan2 puasa ni letak air katira yang sejuk atas dahi memang paling heaven. okbai !!!


Camwhore-ing Office Baru


macam lambat je nak update. kalau gamabr ni berdesup keluar dekat pesbuk aku. tapi kalau blog ni memang lambat sikit perjalanan nak meng update. sebab tengok mood la kate kan. hahahah... ni kes selepas penat mengemas. jadi aura untuk mengambil gambar memang membuak2. pulak memang suka bergambo yaklah. pantang free memang keje bergambo je la. ce tengok muka aku. nak kene kaki ke nak kene lempang. hahaha...


Friday, July 19, 2013

New Factory



Alhamdulillah akhirnya kamk berpindah ke rumah baru. Hehehe. Skang dh xmasuk LA lagi. Leceh nak masuk LA. Banyak sangat syarat dan termanye. Skang dh kilang sensdiri. Senang sikit semuanya. 

Nampaknya kami beraya dekat kilang baru la tahun ni. Hehehe

Diet Yang Paling Baik



Alhamdulillah nampaknya diet seimbang dengan pengambilan nutrisi ini sudah memberi feedback yg baik utk aku. Alhamdulillah sudah turun 6kg setakat ini. Esok puasa. Dh beli produk. Boleh minum masa berbuka dan sahur. Target lagi 10kg untuk turun. Sekarang aku dah jadi independent distributor. Sesapa nak kekal siha, turunkan berat badan, tambah berat badan. Boleh jumpa saya. 

Terimakasih Herbalife
Terimakasih Allah

Kadar Bayaran Zakat 2013


Ramadhan datang lagi. Marilah kita sama2 memanfaatkan bulan mulia ini. Aku org johor. Paling mahal. Selamat membayar zakat. 

Thursday, July 11, 2013

Tempahan Kerepek Bawang masih dibuka


Mari3 !!! Tempahan masih dibuka untuk dimakan masa bulan puasa atau pada hari raya. Buatan tangan dari ibu saya. Hanya membelanjakan rm20 anda mendapat sekilo kerepek bawang di dalam botol. Kelihatan menarik bukan?? Tempah lah sekarang. 

Wednesday, July 10, 2013

Salah Set Alarm


Memang xkan bunyi la kan. Selamat emak kejut sahur tadi. Aku boleh pulak semalam set alarm pulul 4.40 ptg. Mmg stanby nak berbuka je la

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah. Ramadhan menjelang lagi. Esok bermula la hari pertama berpuasa. Sedar tak sedar sekejap je ramadhan drg lagi kan. Tak sangka. Cepat masa berlalu. Bermacam masalah, dugaan, keseronokan, kebahagiaan, derita, perpisahan aku jalani dan alami. Tapi masih tabah. Semoga Allah memberiku kekuatan utk terus tabah menjalani segala liku2 hidup di dunia pinjaman Allah ini. 

Sempena bulan Ramadhan yg mulia ini, sama2 la kite upgrade segala amal kebaikan. Hindarkan segala perkara yg mengundang kejahatan dan maksiat. Sesungguhnya bulan ramadhan adalah bulan utk menyemai dan menambahkan amal ibadah. 

Target bulan ramadhan nak turun 10kg. InsyaAllah. Kene bekerja keras la nampak gayanya. 

Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di dunia ini. Jangan lupa niat ye esok. Bubye ;)


Tuesday, July 09, 2013

Testimoni Selepas 2Bulan



Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara


Peringatan untuk diri sendiri. Bersama la mengingati sesama islam. InsyaAllah. Esok dah puasa kan. Selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah swt. Aminn. 

Friday, June 21, 2013

Haze is Getting Worse



Semoga kita hadapi jerebu dengan tabah. Semoga semua kita menjalankan kehidupan yg baik. Sentiasa menjaga kesihatan yang penting. Yang penting pakai mask, banyak kan minum air masak. Jadikan air mineral sebagai teman sejati kita semua. 

Take a good care semuanya. Jerebu yg sangat teruk dikawasan tempat aku tinggal dan tempat aku bekerja. Memang teruk la. Harap2 semakin ok keesokan nya. 

Tuesday, June 18, 2013

Dinner @ Tong Pak Fu, Sutera Mall


Handal ke tidak dinner malam ni. Aku dengan aja baru balik gym pegi kelas zumba tadi. Pastu selesai je teman kan lim pulak dekan aeon bukit indah nak beli kemeja. Berkobar2 orang tu nak pakai cecantik kan. Nak pegi USS minggu depan. Layankan je la. Die la pengaruh utama dan die la jugak yg memaksa aku suruh buat passport utk pegi ke USS. 

Ok sekarang bukan nak cerita pasal trip uss kami. Nak cerita kami dinner dekat Tong Pak Fu. Kedai cina ok. Tp halal la kot. Hahaha. Kami minum snow ice pastu makan rice ball dengan fish taste dumpling. Sedap la jugak. First time try makanan ni. Kalau snow ice memang sedap giller la. Mcm nak suruh suggest korang pegi sini pulak. Memang sedap la. Yeay !! Berjaya update blog ontime. Kalau tidak bertangguh. Misi utama. Hahaha

Wednesday, June 05, 2013

90MIN ZUMBA® FITNESS MASTER CLASS LEAD BY ZIN™ JOHNSON, ZIN™ VERONICA, ZIN™ PEGGY WITH THE 1ST BATCH ZUMBA® INSTRUCTORS FROM JOHOR BAHRU


 bak kata orang sharing is caring kan. aku saje nak share information pasal zumba ni. suka tgk org menari zumba ni. babat terkeluar pon xde hal. yang penting menari. hehehe.


ade event zumba ogos ni. jadi aku nak join la. ticket pon blm bayar lagi sebenarnya. hahaha. tp nak excited terlebih. siap nak tempah baju nak berzumba. 


ni semua aja,lim dengan wani punya pasal la. dah aku excited. tengok cmne. minggu ni akan aku bankin untuk bayar die punye registration + ticket. 


Friday, May 31, 2013

Pertama Pada 25tahun


ini adalah gambar terbaru semasa berusia 25tahun. 24.05.2013 gambar pertama diambil feeling2 tunggu kengkawan amik nak keluar tgk wayang katenye !!!! last2 kene prank diorg buat surprise birthday party utk aku. yeay !!! suka. makan sampai muntah. pastu berat naik jadi risau !!! tahniah. 

HAPPY BIRTHDAY TO ME.



Happy Birthday Puan Ezzani Yang Ke-25


selamat pagi. sesungguhnya sungguh banyak sekali entri yang tertangguh. hati ini membuak untuk menulis. tapi tetibe datang kemalasan nye memang menangguh semuanya. sebelum post entri yang lelama. mari post entri yang paling baru. baru pon xbape nak baru sangat la. semalam punye cerita. 

semalam adalah birthday Puan Ezzani. bff saya. kami memang sama bulan kelahiran dan sama tahun kelahira. aku 24.05.88 die pulak 30.05.88 jadinye aku tua sikit la kekdahnye. hehehe... semalam kekonon nak post ape ek. xtau nak buat aku. aku kumpul je la gambo dengan die. pastu wish. kelasss tak. hahaha. dekat office xtau nak buat ape. itu je la yang termampu. akhirnye si besday girl terharu. jadilah nak. nanti kita kua saya banje awak ye. 

marilah memulakan ucapan bagi bulan mei yang sudah ke penghujungnya ini. Happy Birthday kepada kawan baik saya Puan Ezzani. semoga kamu sentiasa dilindungi Allah. dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki yang halal dari Allah dan sentiasa sihat dan bahagia selalu. semoga segala apa yang diimpikan tercapai. love u so much. dia adalah pendengar dan penasihat yang paling baik untuk saya. sangat memahami saya. mendengar dan memberi nasihat tanpa rasa jemu. bagus kan kawan mcm ni. semoga kita berkawan sampai akhir hayat. insyaAllah. cecepat la dapat baby. nak dukung anak ko. hahaha... 

 

Friday, May 10, 2013

Kelebihan Bulan Rejab

Beberapa hadist Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan Rejab:


1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran keatas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan iberi
minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang ber puasa i. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu derjat, dihapus seribu kejahatan

“Dan barang siapa berpuasa pada tgl 27 Rejab/ Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.”

- “Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.” “Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tgl 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat.”

- “Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaannya akan dikabulkan.”

- “Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga.”

- “Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Amalan dan Dzikir Di Bulan Rajab

Di bulan Rejab terdapat amalan khusus dan amalan umum. Amalan khusus adalah amalan yang dilakukan pada hari atau malam tertentu di bulan Rejab. Adapun amalan umum adalah amalan yang dilakukan selama di bulan Rejab. Amalannya sebagai berikut:

Pertama: Rasulullah saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan permohonan pengampunan bagi ummatku, maka hendaknya mereka memperbanyak istighfar di dalamnya.” Yakni:

" Astaghfirullâha wa atûbu ilayh "
Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya

Kedua: Dalam suatu riwayat disebutkan: Bagi yang tidak mampu berpuasa agar memperoleh pahala puasa di bulan Rejab, maka hendaknya setiap hari ia membaca tasbih berikut 100 kali:

" Subhânal ilâhil jalîl, subhâna Man lâ yanbaghit tasbîhu illâ lahu, subhânal a’azzil akram, subhâna Man labisal ‘izzi wa huwa lahu ahlun."

Mahasuci Tuhan Yang Maha Agung, Maha suci yang tak layak bertasbih kecuali kepada-Nya, Maha suci Yang Maha Agung dan Maha Mulia, Maha suci Yang Menyandang keagungan dan hanya Dia yang layak memilikinya.

Ketiga: Membaca:

" Yâ Dzal jalâli wal-ikrâm, yâ Dzan na’mâi wal-jûd, yâ Dzal manni wath-thawl, harrim syaibatî `alan nâri."

Wahai Yang Maha Agung dan Maha Mulia, wahai Pemilik kenikmatan dan kedermawanan, wahai Pemilik anugerah dan karunia, selamatkan putihnya rambutku dari api neraka.

Keempat: Rasululah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca di bulan Rejab Istighfar berikut sebanyak 100 kali dan mengakhirnya dengan bersedekah, Allah akan mengakhirinya dengan rahmat dan maghfirah. Barangsiapa yang membacanya 400 kali, Allah memcatat baginya pahala 100 syuhada’:

" Astaghfirullâha lâilaha illa Huwa wahdahu lâ syarîkalah, wa atûbu ilayh."
Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan kecuali Dia Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagi-Nya, aku bertaubat kepada-Nya.”

Kelima: Membaca Lailâha illallâh (1000 kali).
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca di bulan Rejab Lâilâha illallâh sebanyak seribu kali , Allah mencatat baginya seratus ribu kebaikan dan membangunkan baginya seratus kota di surga.”

Keenam: membaca Astaghfirullâh wa atûbu ilayh, pagi dan sore sebanyak (70 kali), dan diakhiri dengan membaca doa:

" Allâhummaghfirlî wa tub `alayya "
Ya Allah, ampuni aku dan bukakan pintu taubat bagiku.

Dalam suatu hadis dikatakan: Barangsiapa yang membaca Istighfar pagi dan sore sebanyak 70 kali dan kemudian diakhiri dengan doa tersebut dengan mengangkat tangannya, jika ia mati di bulan Rejab matinya diridhoi oleh Allah dan tidak disentuh oleh api neraka karena berkah bulan Rejab.

Ketujuh: membaca istighfar berikut sebanyak seribu kali agar diampuni dosanya oleh Allah Yang Maha Penyayang:

" Astaghfirullâha Dzal jalâli wal-ikrâm min jamî`idz dzunûbi wal-âtsâm "
Aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung dan Maha Mulia dari semua dosa dan kesalahan.

Kedelapan: membaca Surat Al-Ikhlash sebelas ribu kali atau seribu kali atau seratus kali.
Dalam suatu riwayat dikatakan: “Barangsiapa yang membaca Surat Al-Ikhlash seratus kali pada hari Jum’at bulan Rejab, ia akan memperoleh cahaya yang mengantarkan ke surga.”

Kesembilan: Dalam suatu hadis disebutan: “Barangsiapa yang berpuasa sehari di bulan Rejab, dan melakukan sholat sunnah empat rakaat (2 kali salam). Rakaat pertama setelah Fatihah membaca ayat Kursi seratus kali, dan rakaat kedua setelah Fatihah membaca Surat Al-Ikhlash dua ratus kali, maka saat matinya ia akan menyaksikan tempatnya di surga atau diperlihatkan kepadanya.”

Kesepuluh: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang melakukan sholat sunnah empat rakaat (2 kali salam) pada hari Jum’at di bulan Rejab antara sholat Zuhur dan Ashar; setiap rakaat setelah Fatihah membaca ayat Kursi tujuh kali dan Surat Al-Ikhlash, kemudian sesudah salam membaca Astaghfirullâhalladzî lâilâha illâ Huwa wa as-aluhut tawbah (10 kali), Allah mencatat baginya dari hari itu (hari ia melakukan sholat) sampai hari kematiannya setiap hari seribu kebaikan; memberinya untuk setiap ayat yang ia baca satu kota di surga dari yaqut merah; untuk setiap hurufnya satu istana di surga dari mutiara; diberinya pasangan bidadari dan diridhoi tanpa sedikitpun murka; dan Allah mencatatnya sebagai orang-orang ahli ibadah, dan mengakhiri hidupnya dengan kebahagiaan dan pengampunan yang terbaik.”

Kesebelas: Puasa tiga hari: hari kamis, Jum’at dan Sabtu.
Dalam suatu hadis disebutkan: “Barangsiapa yang berpuasa pada Kamis, Jum’at dan Sabtu di bulan-bulan yang mulia, Allah mencatat baginya ibadah sembilan ratus tahun.”

Kedua belas: Sholat enam puluh rakaat selama bulan Rejab; setiap malam dua rakaat, setiap rakaat setelah Fatihah membaca Surat Al-Kafirun (3 kali) dan Surat Al-Ikhlash (sekali). Sesudah salam membaca doa berikut sambil mengangkat tangan:

Lâilaha illallâhu wahdahu lâ syarîkalah, lahul mulku wa lahul hamdu, yuhyî wa yumît, wa Huwa hayyun lâ yamût, biyadihil khayr wa Huwa ‘alâ kulli syay-in qadîr, wa ilayhil mashîr, walâ hawla wala quwwata illâ billahil `aliyyil `azhîm. Allahumma shalli `alâ Muhammadin an-nabiyyil ummi wa âlihi.

Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Dialah Yang Menghidupkan dan mematikan. Dia Yang Hidup dan tidak mati, di tangan-Nya segala kebaikan, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, kepada-Nya kembali segalanya, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah Yang Tinggi dan Maha Agung. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad Nabi yang ummi dan keluarganya.

Diriwayatkan dari Nabi saw bahwa orang yang melakukan amalan tersebut Allah mengijabah doanya dan memberinya enam puluh pahala haji dan umrah.

Ketiga belas: Rasulullah saw bersabda: “orang yang membaca Surat Al-Ikhlash (100 kali) dalam sholat sunnah dua rakaat di malam bulan Rejab, nilainya sama dengan berpuasa seratus tahun di jalan Allah, dan memberinya seratus istana di surga, setiap istana bertetangga dengan para Nabi (as).”

Keempat belas: Imam Ali bin Abi Thalib (as) berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca setiap hari dan malam di bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan Surat Al-Fatihah, ayat Kursi, Surat Al-Kafirun, Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Nas masing-masing (3 kali), kemudian membaca masing-masing (3 kali):

Subhânallâhi wal-hamdulillâhi, wa lâilâha illallâh wallâhu akbar, walâ hawla walâ quwwata illâ billâhil `aliyyil `azhîm.
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan kecuali Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung

Allâhumma shalli `alâ Muhammadin waâli Muhammad
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Allâhummaghfir lil-mu’minîna wal-mu’minât
Ya Allah, ampuni kaum mukminin dan mukminat

Kemudian membaca istighfar berikut (400 kali):

Astaghfirullâha wa atûbu ilayh
Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya,

maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosa hamba-Nya walaupun sebanyak tetesan hujan, daun-daun pepohonan, dan buih di lautan.”

Tuesday, April 30, 2013

Pengguna iPhone 5 Maxis Sudah Boleh Menggunakan LTE

 
Pengguna iPhone 5 yang menggunakan data Maxis, anda kini sudah boleh menggunakan LTE 4G jika anda berada di kawasan yang mempunyai coverage.

Untuk menggunakan LTE, anda perlu kemaskini setting karrier dahulu. Buka setting, klik pada general, dan klik about. Akan keluar satu arahan untuk anda mengemaskini setting karier. Tunggu beberapa minit sehingga selesai.
 



Setelah kemaskini, restart iPhone anda. Jika anda berada di kawasan yang menyokong LTE, logo 3G pada iPhone 5 anda akan bertukar kepada logo LTE.

Kami mencuba LTE Maxis di Cyberjaya dan kelajuannya adalah amat baik, hampir 30 mbps.


jangan xtau ye. kawasan gelang patah sudah pun menyokong LTE ini. Sekian...

sumber : ohgeekz.com

Saturday, April 27, 2013

Koleksi Terbaru Drama Korea | March & April 2013

Missing You / I Miss You

Queen Inhyun's Man

Queen of Amibition

That Winter The Wind Blows

To The Beautiful You

Gentlement Dignity

menggila kan. banyak drama aku beli sepanjang 2bulan ini. marilah sambung menonton. nanti nak beli drama baru. tp skang sedang usaha mencari dvd yang lama. mane pulak perginya. ilang ke??? cissss



How To Use :)

ehsan encik google

Tergelak tengok gambar ini. macam pengalaman aku pon ye jugak. tp dedulu la. skang mcm dh terer sket walaupon mengidal menggunakan chopstick ni. hahaha. aku pernah je try pakai ni. memang memula terkial2 la. last2 give up. terus capai garfu senang keje. xde sakit kepala kan. hahaha

skang handal sket la. bukan handal bebeno. sebabnye berkecimpung dengan dunia sushi yang aku menggila kan. tu yang kekonon belajo dengan handal dan terernye. tp berkuis jugak kekadang. hahaha.


Demam PRU13 | Pilihlah Calon Pemimpin Yang Layak !!


demam Pilihan Raya 13 sudah sampai ke kemuncak barangkali pada firasat aku. tinggal seminggu je lagi untuk menentukan siapakah yang bakal memimpin negara Malaysia. samada masih kerajaan Barisan Nasional ataupun servis bertukar tangan kepada pihak pembangkang. aku akui aku bukanlah arif untuk isu politik ini. tapi aku ada juga membaca mengenai info yang berkaitan. mungkin juga keterujaan aku yang semakin menebal untuk melaksanakan tanggungjawab untuk negara buat pertama kalinya. ye !!! aku adalah pertama kali akan memangkah dan mengundi untuk negara. sebab tahun sebelumnya belum cukup umur. dah cukup umur ni memang haruslah memangkah dan mengundi kan. xguna kalau umur sudah cukup tapi tidak mengundi. sayang sekali.



nampak seperti aku pro kerajaan kan. ye memang benar. aku memang menyokong kerajaan. Barisan Nasional. nampaknya undi aku bukanlah rahsia lagi kan. xperlu nak berahsia lagi sebenarnya. sebab kita sendiri sudah ada akal fikiran yang waras menentukan mana satu parti yang memberi keuntungan kepada rakyat. dan menjaga segala kebajikan rakyat. rujuk sahaja perbezaan antara pemimpin BN dengan PKR. sangat berbeza. 



setiap orang akan menerima slip macam ni kot. untuk menyemak nama dan ic kita betol ke tidak. aku sudah semak ic dan nama aku betol. ini untuk memudahkan proses mengundi nanti. kalau ic dengan nama salah macam mana kita nak mengundi kan. kesian je kalau dh daftar xboleh nak mengundi pulak. 

 

yeay !! aku memang sudah mendaftar. nama dah masuk dalam sistem pon. Parlimen Gelang Patah dan DUN Nusajaya. harap2 BN akan perolehi kejayaan yang cemerlang di DUN Nusajaya dan Parlimen Gelang Patah. marilah sama2 mendoakan kejayaan BN ini. insyaAllah. tempat mengundi aku dekat sekolah rendah aku dulu. dah macam boleh reunion je ni. mesti ramai jumpa kengkawan kan. seronoknya. 

SELAMAT MENGUNDI SEMUANYA. PILIHLAH CALON YANG LAYAK MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA. SAYA PILIH MENGUNDI. SAYA PILIH MALAYSIA. SAYA PILIH BARISAN NASIONAL


Thursday, April 25, 2013

Calon Menantu Pilihan Diperlukan Segera !!


Iklan : Saya memerlukan calon menantu dengan segera. Ianya merangkap Pak Sanggup kepada kucing betina saya. Si dak monel ni suda berbadan dua. hahaha. padan muka ko monel aku iklan kan cari laki untuk ko. kesian ko kan monel. inilah gambar terbaru si dak monel ni. kesian la melepek je keje die. nak kate morning sickness. macam hari2 je gitu. kemain pemalas lagi. itu la, yang si jantan entah kemane. kesian die kene menjaga diri dan kandungannye. xpe monel, aku ade. aku akan menjaga ko. ko adalah kucing bawah umur yang teraniaya. hahaha.

Semalam kemain lagi nak tido dengan aku. takot aku tertendang die je. aku dah la tido ganas. mintap maap la kalau aku tertendang perot ko ke kan. tp aku sayang ko. sebenarnya aku xtau sejak bila aku berjinak2 dengan si kucing. padahal dulu bukan main xsuka aku dengan kucing. tp mungkin monel ni menyedarkan aku. aku jadi kesian dengan die. lagipon die adalah kucing yang paling baik. serius !!! xtipu. paling baik. 

Sebab kan abah dah bela kan. aku jadi kesian n sayang pulak dekat die. memang jenis makan makanan die je la. abah makan ikan ke ape, memang xpenah kacau. sangat behave dan sangat baik. bagus kan dak monel ni. sebab tu la salah satu sebab aku sayang die. memang xmenyusahkan orang. emak yang xsuka kucing pon jadi kesian dan sayang dekat die. 

marilah doakan monel beranak dengan senang. xpayah pembedahan. hahaha.. poyo je kan. natang beranak xpayah bidan. pandai die beranak sendiri ek. haha

 


Throwback : Kenangan Mengusik Jiwa

Nampaknya kenangan nostalgia memang susah nak dibuang. memang mengusik jiwa betol la. minggu lepas. macam musim pulak pakcik mengupload gambo kekecik dan gambo lelama. memang mengekek la tengok gambo sendiri. jom layan muka aku mase kecik. koreng ke cantik ?? hahaha

 
ini gambar masa kecik dengan sepupu-sepupu yang comot sekelian. aku haruslah yang belah kiri depan tu. memang muka xberubah kan. sama je. comel la semua. lela, nor, nanie, ipah. semuanya comel belaka. rindu zaman kanak2 gamaknye.

 ni pulak mak kate gambar die dengan abah lepas bertunang ke masa bertunang gitu la. tengok la muka abah aku. memang sebijik macam artis kpop. patot la aku iras2 muka korea jugak kan. korea ke koreng. hahaha. perasan lebih ni. tp yang penting abah ensem. emak cantik. memang sepadan betol la.


ni gambar emak dengan family dan adik beradik. comel jugak kan. emak yang baju gelap kecik tu. kalau tengok sekali imbas memang cucu die skang ni ade mengikot muka die jugak sket la. dah nama keluarga kan. mesti la ade amik muka nenek sket.


ni pulak gambar abah dengan adik beradik dan sedara die kot. xsure la. tp abah yang depan yang duduk tu. time ni umur abah 21 tahun xsilap. memang ensem gile kan. mau nye emak xterpikat. memang molek bebeno. artis kpop dan hero malaya la katekan. haha. paksu, pak uda, makcik ani dengan maklong pon canti dan comel. memang adik beradik yang cantik dan ensem. tidak dinafikan.
 

ni gambar emak dengan longne. memang suka sopan, comel je semua kan. 
 

tengok ni. tengok ni. muka abah masa muda. memang bergaya abis la. ensem bebeno la. artis kpop malaysia. fuhhhhh...

 
haaaa.. yang ni sape ? cuba teka. ini lah aku, muka mencos je kan. tp yang penting comel lagi mencomelkan. kekadang tengok gmbar masa kecik macam xkenal diri sndiri je. sebab yang ni baby lagi kan. muka pon blm tau ikot muka sapa. tp yang ramai cakap muka aku banyak ikot muka abah. 

 

Student Life : Tamat Sudah Semester 1




Salam untuk semuanya. Lama xberceloteh di dalam blog ni kan. Lagi pon berceloteh sensorang. Ade ke orang yang membaca blog ko ni combi? Ah ape aku kisah. Yang penting untuk kepuasan diri sendiri kan. itu la yang paling penting. arini nak bercerita pasal student life katenye. Aku sebenarnya baru memulakan perjalanan untuk menyambung buat degree. selama ni pendidikan hanya setakat diploma je. jadi entah ape pulak tetibe nak sambung belajar. tapi sayang nak berhenti keje. Alhamdulillah OUM dapat membantu diriku ini. aku buat distance learning. part time study la kekdahnye. study cuma weekend je. jadi tidak mengganggu waktu bekerja aku.

Mula mendaftar bulan Januari 2013 aritu. semalam selesai semester 1 untuk aku. semalam adalah hari terakhir aku exam. alhamdulillah nampaknye semua soalan dijawab mengikut arahan yang diberikan. bab betul ke tidak sama2 la kita menunggu keputusan nye nanti ye. doakan aku sukses ye. kalau boleh semester 1 ni la nak score kaw2 punye kan. nanti pointer cantik je sampai abis semester. insyaAllah. pokok pangkalnya hati ini yang perlu sentiasa rajin berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan. 

Semester 2 akan bermula bulan depan Mei 2013 nanti. nampaknya kene abiskan mengundi dahulu. pastu baru sambung kuliah dan tutorial. nampaknya sekejap sahaja bercuti yang membolehkan kepala otak ini berehat. aku sudah pasang niat, nak layan semua cerita korea kekonon cuti sem ni kan. hahaha. poyo je kate cuti sem. padahal keje kt office berlambak. alaaa, ape la sangat. kalau keje kat office kan memang xpernah abis. 

harap2 result sem1 ni cemerlang la. baru la bersemangat nak sambung sem2. kalau tidak terasa macam malas je nak sambung kan. tp dah dapat warning, kalau sambung belajar, pastikan buat sampai jadi dan sampai abis. hehehe. doakan yang terbaik untuk aku kan. insyaAllah. hanya kepada Allah aku memohon.

 ps : segalanya sudah ditentukan. memang ada hikmah semua benda terjadi membuatkan aku kembali bersemangat untuk sambung belajar semua. R.E.D.H.A


Tuesday, April 23, 2013

memang seorang je yang sangat2 memahami saya. terimakasih BFF


true !! Sebaik-baik yang merancang itu adalah Allah swt

Gwiyomi Guide

credit to google

yeay sudah dapat gwiyomi guide. sesapa yang menggila dengan aksi gwiyomi ni sila la ikot guide yang sudah diberikan. sila lah. sila lah. hahaha. rajin betol semua orang membuat video tu kan. gigih !!!