Saturday, November 10, 2012

10.11.12

selamat petang semuanya. nampak gayanya tarikh yang bermakna dan unik ini tidak memberi tuah kepadaku. kerana ape, sebabnya kena ganti keje sampai ke petang. memang la tidak membawa tuah kan. nak buah camne, sebab ganti nanti cuti deepavali boleh lebih sehari. biase la tak kan company nak rugi. mesti la nak untung kan. walaupon aku ni kalau arini xdtg pon xpe. disebabkan hal yang sama, AL sudah abis. jadi marilah meringankan tulang untuk pergi bekerja. sekarang sudah pukul 3.00pm, jenuh rasanya nak sampaikan pukul 5.30pm. kan3.

ok berbalik kepada cerita dan tajuk asalnya. mau menceritakan keunikan tarikh pada hari ni. memang tidak dinafikan memang cantik tarikh hari ini. dan memang tidak dapat dinafikan jugak berebut2 orang menikah dan melangsungkan perkahwinan disebabkan tarikh yg cantik ini dan ingin mencipta sebuah sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila. tahun depan memang xkan dapat la tarikh yang cantik sebegini lagi ya. owh ye, ade tak orang sambut anniversary hari ini? ada tak orang declare bercouple-couplean hari ini. kalau ada selamat la aku ucapkan ye. sesungguhnya bukan korang saja yang ingin mencipta sejarah pada hari ini. tapi aku jugak dengan membuat entry untuk tarikh ini. esok tak boleh. tak sama tarikh dah. 

hari ini jugak, classmate aku Azrul Rashid (acit) dan pasangannya menikah. pandai jugak diorang ni memilih tarikh kan. sebab memang teruja dengan tarikh tesebut. alhamdulillah pagi tadi dah dapat berita dengan hanya sekali lafaz, kawan aku acit ni dah selamat menjadi suami orang. nampaknya bertambah tanggungjawab yang akan digalasnya. tahniah kepada acit dan isteri. esok majlis resepsi belah perempuan dekat masai. kalau ada masa terluang dan ada kawan boleh la pergi kan. meh aku tepekkan 1gambar credit dari fb adik acit ni, si faris. pinjam 1 gambar ye faris untuk meraikan dan mengucap tahniah utk abgmu ini.


kepada acit dan isteri, selamat pengantin baru aku ucapkan. semoga mahligai yang baru dibina akan harmoni, kekal dan bahagia hingga hujung nyawa dan insyaAllah sampai ke syurga. kawan-kawan hanya mampu mendoakan kebahagiaan korang. semoga menjadi suami yang baik untuk isteri ko. semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. InsyaAllah. dan tolong doakan aku untuk menjejaki ko pergi ke fasa yang seterusnya ini. Aminnnn..


No comments: