Akhirnya penantian membuahkan hasil yang sangat mengujakan. Ini adalah cerita pada hari Isnin, 3hari lepas. Aku baru sempat untuk menceritakan. Apa lagi kalau bukan pasal DURIAN CREPE !! Sekarang ini bukan pakaian sahaja menjadi trend ye, sebenarnya jenis makanan juga memainkan peranan dalam trend masa kini. Cewahh ayat kemain miang lagi. Alhamdulillah penantian bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Sepatutnya tarikh untuk collect Durian Crepe ni adalah hari jumaat yang lepas. Tapi disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan dari pemilik makanan ini, jadi kene ditangguhkan sampai ke hari isnin. Boleh la nak dari xmerasa langsung kan. Lepas jugak dapat makan makanan yang jadi bualan hangat di facebook dan dikhabarkan. Tengoklah warna kuningnya menjadikan tidak keruan. Bukak je bau durian kemain mengibo sekali. Sangat sedap. Aku beli sebab nak merasa. Dapat la dibahagikan untuk orang dalam uma. Sikit sama sikit ye tak.
Ini pulak gambar selepas dibuka dalamnye. Fuhhh. Lagi la terangkat kan. Memang betul-betul mengujakan hai dan sanubari ini. Sekali ngap, cair saja dimulutnye. Untuk percubaan pertama aku membeli 1packet sahaja. Dalamnya ada 6pcs yang berharga RM10. Sangat berpuas hati. Untuk melepaskan tekak yang teringin ni ok la. Kalau mengikut nafsu makan ni boleh jadi pokai jugak dibuatnye. Saya memberi 5bintang untuk Durian Crepe. Anda bagaimana????
No comments:
Post a Comment