Thursday, November 15, 2012

Happy Belated Birthday Amy Amira | @amyzakaria

mari bercerita kejadian pada hari ahad lepas jugak. nampaknya banyak cerita yang terbengkalai. dua hari berturut2 mempunyai aktiviti. nampaknya masalah ujan tidak membeban dan menghalang perjalanan dan kekeluaran kami. hahaha. ayat kemain berterabur sekali. ini adalah disebabkan si mira ni nak sangat tiup lilin. dah ade lilin xditiupnye jugak. aku yang tiup. over. padahal besday mira.


biasela. kejadian yang tanpa plan dan program yang bersepah. kekonon nak sempoi la kan. puan saliha mengajak dan kami semuanya ikot. mau pergi makan mekdi. padahal malam tu kepala ni berdenyut gila. mignrain pon ye. dengan laju aku makan pandaol 2biji, pastu mandi dan bersiap. terus berdesup keluar. amekaw, kua pukul 8pm, sampai rumah jejak pukul 2am. tahniah combie dan kawan-kawan.


memula memang nak pergi makan mekdi je. pastu beli kek untuk mira. beli kek slice je. untuk sebiji macam banyak no pulak. sebab dh belated sangat kan. haha. mujur ada SR. makan mekdi dekat bukit indah depan jusco. senang keje. aku menemani mira makan manakali leo dengan fyza berdesup pegi jusco beli kek. ape lagi aku keje menipu mira saje la. selamat die percaya. kah3...


selesai makan. terasa ingin test vocal pulak. kekonon macam vocal bukan sekadar rupa kan, terus berdesup pegi Ali Baba. memang regular customer jugak la. kami sudah sebati dengan tempat vocal disini. sound yang sedap, tempat yang cantik. jadi memang dah sangat sebati dengan hati dan sanubari. kelasss kan. 


alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sumenye sudah bersedia untuk memekik. dah terbaru lagu kami pilih. gangnam style. ok kesilapan besar adalah memilih lagu gangnam pada pertengahan karoke. patutnye kene ambil last kan. dah semput sumenye. die punye tarian azab nyawa ni.


tengoklah besday girl yang keriangan. sama jugak dengan kami. memang suke meriangkan diri sendiri. kekadang orang yg xsambut besday lagi exsaited dari tuan empunya. hahaha


malam itu jugak kami adalah geng budak kacamata. senang citer geng si rabun la. kami berkawan sejak ari sekolah menengah lagi. lain la kalau aku dengan fyza, kami berkawan sejak dari dalam perut. haha


diharap mohom maaf atas entri yang bersepah ini. macam tangkap muat je kan. dah ini je yang termampu. terima la seadanya. kepada Amy Amira ku sayang. happy birthday to you. semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu. semoga menjadapt jodoh yang baik. insyaAllah. diharap kita akan berkawan sampai bila2 dan tidak berkongsi laki yang sama. kah3.


next birthday is fyza. apa nak prank kan budak ni ek. ni terejal sorang ni. nampak sopan. tapi nauzubillah. tidak memepercayainya pun. marilah memerah otak untuk mengenakan si fyza. hahahahaaa.


comelkan gambar kami bersama. sesuai begitu nampak gambarnye perfecto. hahaha. berangan sendiri. tahniah combi. sekian entri yang terbengkalai memang akan mengundang ayat2 sampah yang merepek. 


No comments: