Sunday, January 20, 2013

Jiwa Kacau

Selamat malam org2 yg mata mcm burung hantu malam ni. Termasuk juga aku. Malam ni terasa sesangat kesunyian yg menyelubungi diri. Emak dengan abah dah lama berlayar. Tido dengan nyenyak nya. Nampaknya tinggal aku seorang saja yg tidak dpt melelapkan mata. Mengapa?? Sediri pon tidak tahu. Berbalik kepada tajuknya Jiwa Kacau. Betolkah?? Errrmmmmm

Kadang2 kita sendiri tak tau apa makna jiwa kacau. Kadang2 kita sendiri tak tau kenapa menyebabkan sesorang itu jiwa kacau. Jiwa kacau yg heavy boleh membawa kepada ketidakwarasan akal. Tp aku setakat ni belom sampai ke tahap itu la sekali kan. InsyaAllah dapat mengawal dan mengelak diri dari menjadi sebegitu. Persoalannya, mengapa sesorang menjadi jiwa kacau. Entahlaaa, aku sendiri xtau apa masalah yg ditanggung. Apa kena dengan mood yg selalu kelaut, yg selalu tidak tentu arah. Mslh nye aku xtau. Mane silapnya.

Betola kekadang tu kita rasa mcm diri kita betol kan. Padahal sebenarnya diri kita ni salah. Sebab itu wujudnya muhasabah diri. InsyaAllah. Aku terus mencari diri ini yg sebenarnya. Tapi aku perlukan manusia dan orang2 yg penting dalam hidup aku dan di sekeliling aku. Harap2 segalanya akan berjalan lancar. Kurangkan stress diri ini. Perkara utama, berbalik kepada akar. Islam dan agama. Kembali la kepada Yang Esa. InsyaAllah akan dapat jalan dan petunjuk kepasa hambaNya yg dalam kesusahan.


Sent from my iPhone

Tuesday, January 15, 2013

Shaklee GLA Complex



bermula minggu lepas, saya adalah salah seorang pengguna produk Shaklee GLA Complex. langkah penjagaan awal untuk diri sendiri. untuk kesihatan sendiri kan. bagus sebenarnya produk ni. terima kasih kak long sebab memperkenalkan produk ni. orang dekat senang la nak membeli kan. baru 4hari menggunakannya. setakat ni blm ada apa2 kesan lagi la. terlalu awal utk aku bagi testimoni kan. harga aku beli dengan Kak Long RM73.00 ada 60softgels. tahan selama 2bulan kalau memang disiplin je makan setiap hati sebiji. setakat ni belom pernah skip lagi la kan. insyaAllah akan meneruskan untuk kesihatan diri.

meh aku tepekkan kegunaan dan kelebihan produk yg aku makan ni :

# Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
# Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby! 
# Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain 
# Membantu dalam menangani menopus 
# Menguatkan kuku dan rambut 
# Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
# Membantu menangai ekzema 
# Melegakan simptom akibat artritis reumatoid 
# Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
# Menguatkan imuniti tubuh 
# Memperlahankan proses penuaan 
# Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
# Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
# Mengawal kolesterol 
# Untuk fungsi saraf


Majlis Menyambut Menantu


quickly update. hari sabtu majlis pengantin belah lelaki pulak. june dengan eddy. selamat pengantin baru untuk korang berdua. semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. dikurniakan cahaya mata yg comel. soleh dan solehah.



tepek gambo akak perantin. hahaha.


Tazkirah : CIRI CIRI ORANG MUNAFIQ

Terkadang, kita sendiri tidak menyedari bahawa hampir kebanyakan daripada amalan sehari-harian kita adalah merupakan amalan ciri-ciri golongan munafik. Jadi, sentiasalah Muhasabah dan prihatin dengan setiap apa yang akan dan telah kita lakukan.

50 Tanda-tanda Orang Munafik Mengikut Al-Quran Dan As-Sunnah


1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT 
Malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetehaun dan berat melangkah untuk ke majlis kebajikan.

2. Lupa Kepada Allah

3. Melalaikan Solat Fardhu
Sengaja melengahkan atau lambat menunaikan solat sehingga berada di akhir atau habis waktunya.

4. Mempercepatkan Pergerakan Solat
Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah, maka solatnya tidak diterima Allah. Itulah solat orang yantg munafik.

5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
Sihat dari segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangai masjid ketika mendengar seruan azan. 

6. Meninggalkan Solat Jumaat

7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramaai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT. 

8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Ma’ruff.

9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran. 

10. Mengamalkan Riyak

11. Hasad Dengki

12. Dusta

13. Mungkir janji. 

14. Bakhil 

15. Fitnah
Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramaai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Ia juga tergolong dalam sifat-sifar munafik dan dosa-dosa besar.

16. Mencaci maki
Menyakiti orang lain dan mencemarkan maruah seseorang itu.

17. Mengumpat

18. Mengungkit Pemberian Kepada Orang Yang Menyakiti Hatinya
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam.

19. Mengingkari Takdir
Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah

20. Mempersendakan Kesucian Agama
Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.

21. Enggan Berjihad

22. Menghina Sahabat Rasulullah SAW
Perbuatan ini dianggap melanggar larangan baginda, berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik

23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar 

24. Menangguhkan Pembayaran Hutang

25. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.

26. Ghasab 
Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta ( tanah ) orang laain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil Cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.

27. Bergauk Dengan Orang Yang Memperolok Al Quran

28. Memakan Harta Anak Yatim

29. Membuka Rahsia Orang Lain

30. Merasa Aman Dari Murka Allah Apabila Berbuat Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari murka dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.

31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai 

32. Menghalangi Orang Dari Mengamalkan Ajaran Islam

33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang Lain

34. Bermuka Dua
Sikap ini ialah apabila diajak untuk mengikut jalan Allah, sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu. Tetapi, apabila diajak ke jalan yang dimurkai Allah, dengan senang dan cepat mereka menurutnya.

35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenar

36. Sombong Antara Sesama Manusia

37. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim

38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.

39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

40. membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah

41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah 

42. Mengkhianat Sesuatu Amanah

43. Memutuskan Silaturraheem

44. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin.

45. Menghalalkan Yang Haram

46. Membuat Keosakan Di Muka Bumi

47. Menuduh Orang Beriman Bodoh
Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman bodoh atau kurangf ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.

48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah

49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT

50. Merasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman


Nauzubillah min zalik

Sumber : 50 Tanda-tanda Orang Munafik.


Walk-In Interview Traders Hotel



maafkan diri ini kalau entry nye bersepah tak mengikut turutan tarikh dan hari. ni men update mane yg ingat dulu je ni. hahahaa. hari sabtu seperti biasa la. kotek2 kaki kat uma. tetiba cik fyza ajak pegi walkin interview. are you sure fyza? rasanya mcm dh lama je aku xpergi interview. memang dah sangat lama. duk je kt company skang ni. fyza ajak sebab abang ipar die cakap ade walkin interview untuk banyak dan macam2 position. jadi kami pon tanpa berlengah lagi mengambil peluang la. mane tau nasib baik kan. sape tau. biase la apply position yg berkenaan diri sendiri la. mane yg kami kerja skang. tp mcm xdpt je. sebabnya position yg kami apply tu mcm nak yg lebih ke Fixed Asset la ape. kebanyakan banyak buat AP. ini die nak AR dan berkaitan FA memang terkial sket la. lagi pon hotel line memang xtau cmne kan. saje je mencuba nasib. yg betol nye nak berjalan. hahaha



selesai je interview tanpa berlengah lagi kami berdesup pergi ke jusco. sebab interview dekat Hotel Granda depan jusco dan sebelah McDonalds bukit indah je. kelaparan yg sangat tenruk. terus berdesup pergi Sedap Corner. siap cakap nak air sejuk kuat. kemain haus lagi awak. hahaha. yang atas ni gambar fyza dekat Sedap Corner tengah usha makanan meja sebelah. sebab makanan kami sampai lambat. penat menunggu. huhu. pastu baru jenjalan shopping. macam aku je yg banyak bershopping fyza banyak teman je. hehehe. 

Astro Yang Pandai Promote


tengok la astro pon pandai promote episod akhir Adam Dan Hawa. kelasss kan. mcm tetau je aku ni memang peminat setia drama ni. dari episod 1 sampai episod 80 yg akhir memang xpernah miss aku tengok. mesti akan follow citer ni sampai abis. minggu lepas dah abis dh drama ni. aku je la yang lambat nak update entry ni. hahaha. sebab utama tengok drama ni sebab ada Aaaron Aziz la. sape yg xkenal Aaaron Aziz kan semua orang minat die. macam xde org yg xminat kt die. 

sebab memang dh baca Novel ni. aku tau ending nye memang happy ending. jadi memang suka la tengok. memang mcm dalam novel. minggu depan ganti drama adaptasi dari novel jugak. Sehangat Asmara. karya Aisya Sofea juga. memang semua karya nya memang berkesan dan memang akan suka follow. pelakon pulak memang minat Adi Putra dengan Rita Rudaini. memang akan melekat depan tv lagi la nampaknya. siap dengan HD punya channel pulak. yeay !!! sekian :)


Weekend bersama Emak :)

nampaknya weekend sy pada minggu lepas sepertinya padat bersama cousin dan emak. selepas abis pergi majlis menyambut menantu untuk June dan Eddy. kami pon balik. aku,emak,lela dan omet tumpang nanie. kami naik 1 kereta pergi ke majlis kenduri kawin. 


balik2 je nani bercadang nak bawak ammar pergi klinik. sebab budak kecik tu demam,selsema dan batuk. selepas pergi klinik nak ke jusco pulak katenye. kemain lagi semua nak mengikot. selepas mendapat green light dari penjaga memasing la kan. bersiap sedia untuk berjalan pulak.


kalau nama berjalan kemain berdesup semuanya bersiap. baik yang kecik, yang besar sama je kuat berjalan nye. memang pantang di ajak dan dipelawa pandai je la semua nak mengekor. memane yg xdiajak pon pandai mintak diri dipelawa. kelassss kan. hahahaaa.
  

destinasi pertama macam biasa la, memang tujuannya nak membawak ammar ke klinik. pergi klinik yethin. tapi doktor belum masuk lagi. jadinya nani amik ubat je untuk ammar.


kami meneruskan perjalanan ke jusco la seperti yang dirancang. omet xjadi ikot. sebabnya melor nak ikot. jadi tempat omet diganti dengan melor. omet kirim barang je kat melor. destinasi pertama macam biasa, memang jusco tengah sale sempena tahun baru cina kan. 


sebabnya hari sabtu tu aku dah keluar dengan fyza. pergi ke jusco jugak. memang borong dan shopping sakan. sale sampai 70% sape yg xmau beli kan. banyak aku beli. bayangkan harga seluar yg RM129.90 cuma dapat dengan harga RM 38.90 tunggu apa lagi. serbu je la semua kan. aku beli sampai 3helai seluar. pastu pergi hari ahad membeli lagi sehelai seluar. gasak sangat la keje tukar seluar. hahaha.


hari sabtu tu pon aku dah beli baju sampai 2helai. pastu beli kasut sepasang. memang shopping sakan. hari ahad masa kua ngan cousin dan emak tu beli seluar saje. yg lain x beli. oppps terlupa, aku beli beg skali. yg dekat kisok kekecik jual tu. RM35.00 sahaja. tengok la beg yg aku gayakan itu. itulah hasil tawar menawar. akhirnye dapat harga yg inginkan. dan aku terus membeli. kekadang org cakap kalau nak membeli dan dah berkenan memang terus beli. jangan bertangguh lagi. nanti kalau xbeli dah balik uma menyesal la pulak kan.


memang hari ahad spent time dengan emak je. cousin aku cakap sesekali bawak mak sedara berjalan kan. kesian dekat ammar la sebab die kurang sihat. jadi biase la keje nak mengamuk je la kan. sabar je la ibu die melayan die. heheheee. nanti kite jenjalan lagi ye.... tunggu sale baru best berjalan. dan yang pastinya tunggu banyak duit baru best nak memborong semua barang :)



Friday, January 11, 2013

Cimbclicks Punya Cerita


Cantik kan cimbclicks dekat iphone. Suka sesangat. Kalau emergency memang mudah la nak kemana2. 



Yang penting ada line tenet. Senang dan mudah kan.


Lim Angkat iPhone5 laaaaaa

Kemain lagi semua. Dah tukar hp laaa. Kelas. Dah xde lagi hp si budak lim yg ikat getah. Hahaha. Ini apek adalah ape yg sgt lokek. Hahahahaaaaa


Sent from my iPhone

Dag Dig Dug



Subject xnak kalah. Kemain dag dig dug lagi kan. Permulaan tahun 2013 aku sangat rajin update blog. Betol2 menyahut seruan sendiri nak update blog. Sehari 1entry. Yela tu ko combie. Sampai bila bertahan pon xtau la kan. Kite tengok kan je la.

Sebenarnya bukan nak bercerita pasal entry yg kene update sehari 1entry. Ni nak cerita tadi pegi pejabat pos. Semalam aku dh apply progran ijazah part time dekat open university. Boleh tahan yuran yg sgt mahal ye. Aku try je la mane tau dapat. Dah fil up sumanye. Jadi tadi aku pos laju semua document yg die nak la. Mcm ic, transkrip diploma dulu, confirmatio letter, sijil diploma. Yg penting application fee rm30 ye.

Doakanlah diri ini berjaya. InsyaAllah. Selagi mampu aku nak sambung belajar. Degree part time nk antara target aku utk 2013 ni. Sama2 la berdoa. Kalau niat murni ni memang selalu akan Allah bantu. InsyaAllah.

Lagi Cerita Nasi Ayam Penyet


lagi cerita pasal Nasi Ayam Penyet kak wawa yang buat. hari ini sekali lagi order untuk delivery ke kilang. kalau aritu aku order 9pax je. tapi kali ni order meningkat ke 26pax pulak. terima kasih kak wawa. sebabnye sambal yang makin sedap. kurang kepedasannya. sbb aritu kemain pedas. tp rasa tetap sama sedap. Tapi guard LA boleh pulak sound tadi. menyampah betol la. mengade kan. menggedik je guard tu. suruh makan makanan kat kantin. sedap ke?? xsedap dan mahal. hehehe.

anggap je la makanan ni yg kite bawak bekal. ape susah kan. itu pon nak berkira. pasal makanan pon kecoh si guard ni. mengade. yang penting sedap. sesapa nak order boleh order dengan Kak Wawa fb die. RM 6.80 siap delivery kalau kawasan Gelang Patah la ye. hehehee.


Thursday, January 10, 2013

BR1M 2.0

first time BR1M 2.0 untuk aku. yeay !! mari mencuba nasib. mana tau ada rezeki kan. insyaAllah. sapa yang nak apply pegi ke https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx untuk memohon. sekian. 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

• Isi rumah yang layak (RM500):
(i) Warganegara Malaysia; 
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah. 

• Individu yang layak (RM250):
(i) Warganegara Malaysia; 
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Tuesday, January 08, 2013

Nasi Ayam Penyet Terbaik TQ Kak Wawa


ini adalah kisah semalam. pasal Nasi Ayam Penyet. Siap delivery sampai ke office. Terimakasih Kak Wawa. Harga siap delivery RM6.80 Ok la kan berpatutan. Nasi banyak, ayam beso, sambal sedap, memang tip top la. Cuma aku kurang makan pedas la. Tp orang johor kan popular denang masakan yg pedas. Memang sedap. Aku bagi 5bintang untuk Nasi Ayam Penyet Kak Wawa. Sesape nak tempah boleh je add facebook die Facebook Kak Wawa memang berbaloi makan nasi nye. Gudluck untuk bisnes ye Kak Wawa. InsyaAllah nanti order lagi. Tapi memang mabeles la. 

kelass Nasi Ayam Penyet Kak Wawa masuk facebook kan. terbaik !!!

Rindu Kakak & Ena

mingu lepas hari jumaat ini dua orang budak balik kampung. yeay!! dapat melepaskan rindu. sayangi anak buah sendiri. anak sendiri belom ada lagi kan. seperti biasa, belum masuk uma dah cakap, kakak nak men game dekat henpon cik combie. ena nak men game dekat tab cik combie. gasak la budak oi. time ni je la nak bermanja-manja kan. tau kalau abahnye memang xdpt la kan.



tengok la muka budak perasan. ni die amik gambo sendiri pakai henfon aku. pakai kamera depan. kemain dekat lagi die amik gambo kan. comel la yang pasti. tengok bulu mata dia. kemain lentik. macam pakai bulu mata palsu pulak rasanya. 



ni pulak aksi si Ena. kemain lagi kan. macam orang beso. men game dekat tab. menyandar sekali. psssst, tu baju tido baru die. aku belikan diorang bedua. sepasang. beli dekat Green Point je. terlanjur nak belikan hadiah untuk anak si momok kan. beli je skali untuk anak buah sendiri. xkan anak orang diberi hadiah, anak buah sendiri xdiberi kan. comel dan suka je tengok dak berdua ni pakai.

budak2 sekarang kan. teknologi juga dihujung jari. budak2 gadjet skang ni. pandai je semua kan. kekadang xpayah diajar dh pandai sendiri. kelasss. cik combi dulu kekecik men paloh, men cakar ayam, men baling selipar, men guli, men parit, men panjat pokok. korang bagus .sume permainan dlm uma. xmengotorkan langsung. dulu kemain penat mak menyental baju kotor. hahaha.



eMall by Karangkraf

eMall, changing the way you read! Latest product brought to you by Kumpulan Media Karangkraf. senang kan sekarang semuanya di hujung jari. bayar pakai online. terus boleh baca novel atau apa saja majalah yg kita suka dekat handphone. sangat2 canggih kan sekarang. teknologi menyenangkan kita.


semenjak kegilaan drama bersiri Adam Dan Hawa. aku menjadi gila mencari semula novel ini. padahal dulu dah penah baca pon. selamat eMall menyelamatkan. hanya dengan RM9.90 aku boleh baca novel ini semula di handphone.



antar buku dan bahan bacaan yang aku dah beli melalui eMall. semuanya boleh dibaca melalui android dan appstore. senang je kan sekarang.



tiada juga masalah untuk seseorang itu belajar masak. sangat banyak resipi untuk dipelajari. buku ini hanya RM3.90 sahaja, murah kan. macam2 jenis resipi ade dalam ni.



salah satu buku motivasi kesukaan. Rawatlah hati. memang banyak memberi panduan dan pertanyaan soal jawab yg memang kita akn musykil selalunya. memang cmtu la selalu kan. heheheee.



akan datang drama Sehangat Asmara ganti drama Adam Dan Hawa. aku dah abis baca jugak. sangat seronok dan menarik cerita ni. karya Aisya Sofea memang selalunya akan menyengat.

Terbaru aku beli Setia Hujung Nyawa. drama kat tv3 pukul 7pm setiap isnin-kamis. seronok tengok cerita tu. best jugak. sweet je. dah beli jugak melalui eMall. tapi belum abis baca. Akan diusahakan untuk tamatkan pembacaan. seronok membaca dlm hp kan. sebab kat mana2 memang boleh baca.

MEMBACA JAMBATAB ILMU

sesapa yang nak donlod pastikan hp anda Android dan Appstore ye. boleh pegi ke website ni. semua bahan bacaan ada. antara nak dengan taknak je membaca dan membeli. menjaga alam sekitar. tanpa ada kertas dan buku. harga juga jauh lebih murah dan jimat. sampai 50% perbezaannya. jom install kt henpon pastu beli bahan bacaan yg disukai.

http://emall.karangkraf.com/


Happy Birthday Emelia

sabtu aritu sepupu aku ada buat majlis besday anak die. emelia. tetibe dpt invite dari pesbuk. terus pk nak belikan ape untuk budak tu. die 5tahun je baru. ok, decide belikan baju je. senang kan. perempuan lak tu senang pilih baju. banyak pilihan. 



yang ini dua sepupu Ammar dengan Adeeb. kesian Adeeb time ni die demam. ammar mcm biasa muka tidak bersalah. org punye kek die sibuk nak potong. comel je kan. suka tengok budak kecik domok2 dan comel2.


ha ini la besday girl nye. yang belah kiri. emelia. yang sebelahnye tu adik die. comel jugak kan. Selamat hari Lahir Emelia yg ke5 tahun. Semoga menjadi anak yg solehah dan boleh membanggakan keluarga. 

ok dah. bye.


Monday, January 07, 2013

Selamat Belajar Adikku Sayang

Semalam 6.01.2013 hari ahad sesi menghantar adik bongus balik ke asrama semula. sesudah dekat 2bulan die cuti sekolah kan. kemain panjang lagi cuti budak sekolah kan. jeles je. tetiba rasa nak sekolah semula. sebabnya nak cuti yg panjang. sejak keje ni memang xde masa nak bercuti pepanjang. kalau asik cuti kang xde duit pulak. huhu.


sesi menghantar anje ke Sekolah Teknik Perdagangan Johor Bahru. tahun ni tingkatan 5, harap maklum la ye sebab tahun SPM. tahun lepas ok lagi la boleh lenggang kangkung. tahun ni kene belajar rerajin sikit la. kalau keputusan cantik kan boleh apply masuk universiti. mengikut jejak abg dan kakak2 semuanya. cewahh. 


eh ni sesaje posing masa dalam kereta. lambat no tunggu sampai sekolah anje kan. meh la tepek sedikit gambarnya. 


alhamdulillah tahun ni sekejap je antar anje. sebabnya tahun kedua ni pepandai la die daftar dan beli buku sendiri. kalau tahun lepas sebab baru masuk memang kene dengar taklimat dan daftar bagai. tahun ni tak sampai satu jam hantar anje. pastu balik. hehe...


emak mungkin akan lebih terasa kehilangan anje. sebab masa anje cuti sekolah sampai 2bulan anje tolong emak kat kedai. mulai hari ni emak kene sensorang la kan. yang lain dah keje. anje pulak dh naik sekolah kan. kesian emak sensrang jaga kedai. pelan2 la emak ye.
 

ini adalah favorite couple saya sejak 25tahun yang lalu. eh sy sudah 25tahun ke. dan inilah dia sumber dan segala pengalaman sy. emak dengan abah. tanpa mereka siapalah sy. cewahh. love both of u so much.


tengok. aku dah nak lebih kurang sama ketinggian dengan emak dan abah. sekejap je kan. lepas ni memang tinggal kami bertiga je la kat uma. anje dah balik asrama. mayang dengan hazlie dah sibuk pindah uma. dah berkeluarga kan. kena la belajar berdikari. ni maknanya pak mohtar dengan mak senah baru ada 1 orang anak la ni. hehehe. xmuai no kan. padahal tinggal aku je kat uma. yg belom kawin. lagipon keje pon dekat. memang duk ngan family la nampaknya.


perasan tak banyak2 gambor sumenya ada emak. kami gasak la berganti2 amik gambo. ade yg dh keluar dengan ada yg tlg amikkan. tp emak je yg xkeluar dari tadi. semua gambar yg ditepekkan ada muka dia. bagus betol kan. hahaha.


inilah adik aku anje yg duk asrama. belajar pepandai tau. banggakan keluarga. kalau SPM baik dan keputusannya cantik mesti ada habuan untuk kamu. itu janji ku. 1Malaysia. mestilah janji ditepati kan. hehehe. harap2 kamu berjaya ye adik manis.


gambar emak,abah dengan anak bongsunya. tp xberapa nak manja. nama je manja. comel je posing camtu sume kan. suka pulak aku. cantik jugak permandangan dekat sekolah teknik ni. landskap nye menarik la jugak. ok dah sekian :)

Friday, January 04, 2013

Sudahkan Anda Mengemaskini | ASB :)

nampaknya misi untuk membuat 1hari 1entry meleset la pulak. semalam tidak sempat untuk meng'update' pulak blog ni. sebabnya kebizian melanda. bizi buat keje sikit2, pastu bizi belakon. sebab bos dari pagi sampai ke petang xbebalik. jadi terpaksa la belakon dengan efficient sekali.

sumber : encik google

semalam aku halfday pulak tu. sebab apa. sebab saje, mau mengemaskini akaun ASB aku. tengok banyak ke tidak pelaburan yg telah aku laburkan. alhamdulillah sudah berhasil rupanya. sebenarnya aku membuat ASB Loan melalui CIMB Berhad. sebab itu bank yang paling dekat dan paling aktif aku gunakan. Jadi senang la kot. kalau xbuat loan ni kan, memang tidak membuat la aku buku biru ini.


sumber : encik google

semalam aku kemaskini dekat pejabat pos je. alhamdulillah sekali lagi sebab orang tidak berapa ramai. sebab aku pergi hari kedua kan. kalau hari pertama jgn harap la nak dapat giliran yg depan2. lagipon aku pegi awal jugak la semalam. takot kalau-kalau tetiba ramai orang berpusu-pusu kan. 

aku adalah salah seorang yg tidak terkecuali untuk mengeluarkan dan mengemaskini akaun itu. dan nampaknya tahun pertama sudah tersenyum lebat. berapa jumlah pelaburan aku itu adalah rahsia ye. jeng.jeng.jeng.... aku mengeluarkan dan memasukkan semula utk pembayaran loan. ada sedikit ye disitu aku keluarkan utk belanja. hahaha. xpe, first kan. next year, kena keraskan hati hanya untuk kemaskini. bukan untuk mengeluarkan itu dividen. tahun ini anggaran 8.9% tak silap la. agaknya. kalau salah betulkan aku ye.

yeay !! berjaya mengupdate. nampaknya hari ini kena bekerja keras untuk update lagi satu enti. nak cover untuk semalam dengan hari ini. gila kan. entah sampai bila la misi ini akan berjalan dengan lancar. xkan nak 365hari sama dengan 365entry. mati2. apa je la aku nak bualkan dan nak ceritakan. hahahahaa. tengok sajorlah nanti. dan tengok kerajinan tuan blog. selagi boleh dicover ok lagi la kan. insyaAllah.


Wednesday, January 02, 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah Kakak,Najmi & Acun

hari ini bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2013 kan. pagi ni best tengok timeline dekat pesbuk sebab mane yang bergelar emak dan bapak sibuk menyiapkan dan menghantar anak ke sekolah. comel je kan. suka tengok. untuk ada pesbuk ni. inilah kebaikannya, kita boleh tau apa perkembangan saudara mara baik yang kecik atau yang dewasa. 



ini anak buah saya Siti Nur Zahiran binti Khairul Anuar. gambar ini diambil dari pesbuk bapaknya a.k.a abang saya. comel kan. kakak baru nak masuk darjah 1. die sekolah dekat sekolah tahfiz. harap2 kakak menjadi hafizah yang cemerlang. insyaAllah. cik combie doakan untuk kakak ye.


comel je tengok kakak pakai jubah. yela masuk sekolah tahfiz kan. mesti la kene bercomel2an dan menutup aurat. suka tengok muka kakak. ada nur disitu. hahaha. dak kecik dah pandai kai tudung. makciknye?? jeng.jeng.jeng.


biasalahkan sesi persekolah hari pertama mestila ibu bapa risau kalau anaknya buat hal kat sekolah. tapi nampaknya mcm tidak untuk anak buah saya. sepuluh markah untuk dia. nampak muka gedik je. suka la tu nak sekolah kan. dapat jumpa kawan. lama dah bercuti mesti dia dah rindu nak ke sekolah. belajar rerajin ye budak comel. cik combie sayang kakak.



mari ke cerita budak najmi dengan acun pulak. comel jugak budak ni pegi sekolah arini. sekolah kemas. ensem kemain si dak najmi ni. comel je kan. 


acun muka macam takot je. baru 4tahun kan. ok la tu najmi boleh jaga acun. ada jugak kawan. semoga bersekolah dengan rajin dan bijak ye semuanya. 

tetiba teringat pulak zaman sekolah masa kecik2 dulu. lama dah meninggalkan zaman persekolah. dulu tadika kemas je. sbb tu yang paling murah dan paling dekat kan. aku siap 2tahun lagi dekat tadika kemas. nak pandai dan genius la katekan. hehehe. rindu pulak zaman kecik2. rindu sesangat :)

sumber : Pesbuk Abg Elo dan Pesbuk Noey

Tuesday, January 01, 2013

Goodbye 2012 | Welcome 2013

alhamdulillah nampaknya masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan hidup di tahun 2013. semalam, sudah tamat episod untuk tahun 2012. sepertinya setiap tahun semakin laju dan pantas masa berlalu. korang pon rasa camtu ke aku sorang je feeling2 pantas masa tu. hehe.

alhamdulillah tahun 2012 banyak mengukir segala kenanga pahit dan manis. pahit biarlah aku simpannya sendiri. download segala kesalahan sendiri dan mungkin akan berusaha untuk memajukan diri sendiri. tahun 2012 nampaknya bermula bisnes untuk body mist dan perfume victoria's secret aku. alhamdulillah. diberikan peluang untuk berniaga. insyaAllah seperti peniaga kecil macam aku. akan target untuk lebih yg tinggi setiap bulan. insyaAllah. usaha dan berdoa jangan pernah lupa. Allah sentiasa akan menolong hambaNya yang berusaha kearah kebaikan kan. 

dalam kemalasan untuk menghapdate blog, nampaknya angka entri dari tahun ke tahun bertambah. syabas kepada aku yang dalam diam ingatkan mala. tapi ada sedikit kerajinan disitu ya.


ok la kan. aku bermula dari tahun 2009 hanya berbekalkan 24entry. tahun selepas itu 2010 nampak kerajinan meningkat sedikit dengan 60entry. wahhh, tahun 2011 meningkat naik dengan mencanaknya. adakah disebabkan banyak episod sedih?? jeng.jeng.jeng.. tahun 2011 dengan 141entry. tahun lepas, alhamdulillah aku dapat mengekalkan carta yang semakin naik dengan 170entry. diharap tahun 2013 akan menjadi tahun yang paling rajin untuk aku update blog ni. walaupon xde orang nak baca. xpe, untuk diri sendiri. seronok kalau membaca yang lepas2 kan. time tu la kita ingat apa yang terjadi.

seperti manusia dan yang lain2 juga. kita mesti ada azam dan wishlist untuk aim setiap tahun kan. begitu juga aku. nampaknya banyak wishlist yang dari tahun 2012 harus di carry forward membawa ke tahun 2013. insyaAllah. usaha tangga kejayaan. xpe, nanti entri yang setrusnya kita cerita pasal wishlist yang kekonon la kan. padahal gaji secangkis. banyak no wishlistnye. memang jenuh lak sesapa nak membaca nanti. semoga tahun baru ini membawa segala kebahagiaan kepada kita semua. insyaAllah.

2012 : Terimakasih segala kenangan pahit dan manis. Segalanya akan menjadi kenangan yg tak akan dpt dilupakan.

2013 : Semoga tahun ini memberi segala kebahagiaan kepada kita semua. Harapan dan semangat yang baru utk menempuhi hari mendatang. 

"Be good, Be amazing, Be pretty, Be strong, Be smart, Be cool. But the most important things is be yourself" 

Happy New Year 2013
@combiemohtar