Monday, July 30, 2012

Ramadhan #8 | Berbuka With Big Family

Salam Ramadhan untuk semuanya. Hari ini masuk ramadhan hari yang ke-10. Alhamdulillah hampir separuh bulan ramadhan sudah berlalu ye. Tetiba macam tak sabar nak beraya pulak kan. Kali ini nak bercerita pasal majlis berbuka puasa kekonon buffet / ala bazaar la kan dengan family besar Tok Razak dan Tok Leha. Akhirnya terjadi jugak apa yang dihajatkan.


Perbincangan yang hanya sekejap saja. Ketu perbincangan kita adalah Puan Norizan. Sekejap berdesup je semua setuju kan. Yela, sape tak setuju kalau bab makan. Kami decide buat hari sabtu lepas. 28.07.2012 Ramadhan yang ke8 kami berkumpul untuk mengadakan majlis berbuka puasa.


Bertempat di Perkarangan Uma Pakcik Jamal, akhirnye sudah tersedia semua juadah untuk kami menyantap nye. heeee. Masing-masing bawak makanan sendiri dari rumah untuk di kongsi dan bertukar-tukar makanan. Syok kan buat cmni. Meriah sesangat. Sebenarnya yang attend majlis ni baru suku je kot. Macam tak sampai separuh je. 


Penuh makan satu meja panjang beratur. Time ni la gasak snap gambo untuk dimasukkan dalam blog usang aku ni. Sementara nak menunggu waktu berbuka puasa kan. Tengok lah makanan yang telah dikumpulkan hasil Rumah Pakcik Jamal, Rumah Cik Senah, Rumah Cik Net, Rumah Oteh Eton, Rumah Long Ne. Banyak kan. Ruma Pakcik Jamal main makanan die Bihun Sup dan Rojak. Rumah Cik Senah pulak buat Bihun Goreng Putih, Rumah Oteh Eton buat Spageti, Rumah Cik Net buat macaroni, dan uma Long Ne pulak buat pengat,popiah.


Sangat jimat sebenarnye buat camni. Sebabnya cuba dikira kalau nak beli semua dekat bazar. Mau abis duit dibuatnye. Camni boleh la sorang sikit dari uma memasing menyumbang makanan kan. Plan untuk Open House untuk sedara mara untuk Majlis Hari Raya kemungkinana akan dibuat cmni jugak. Meriah kan. Tu yang tak sabar nak tunggu Hari Raya pulak. 


Berbuka puasa hari ke-8 kali ni memang sangat mengenyangkan. Boleh jadi meletop perot dibuatnye. Dengan air yang banyak, kuih yang banyak, makanan yang berat-berat. Memang semuanya tokoh kuat makan. Pastu gemuk menyalahkan orang. hahahah.. I LOVE MY FAMILY :)

Jom kite jengah gambar-gambar candid yang menyertai perhimpunan makanan kami. 


Mari kite tengok gambo-gambo semua orang yang lapar. Yang si kecik pon boleh tahan makannye. Meriah kan. Ni belom raya lagi dah meriah cmni. Kalau raya lagi best !!! Si Ujang dengan kengkawannye, Mel,Rafiq dan Faisal. Membawak makanan untuk dikumpul kan kat uma pakcik. Si kecik Ammar kemain lagi possing. Tak nak kalah semuanya. mayang dengan Ujang kemain menangkap lagi lepas dengar azan. heeee


Ayie jadi orang jual air la time ni. Memula je kan. Pastu pepandai la amik sendiri. Kemain senyum lagi mukenye. Macam tak puase je Ayie ni. heeee


Ni gambo sesi memberi harta pusaka. heee. Lepas abis majlis ni, ade lebihan makanan diagihkan untuk dibawak balik .Riuhnye macam dapat tanah gitu kan. Harta Pusaka la jawabnye. Ammar dengan Ibu die posing. Ibu men hp, Ammar pandai berdikari sendiri minum air. heee.. 


Si Ammar je la yang paling potogenik time tu. Die saje yang senyum dan buat aksi. Orang lain tidak. hahaha. Yum pon boleh tahan jugak. :)

Akhirnya selesai jugak. Selamat ade bawak khemah kan. kalau tidak basah gitu saje sebabnye mase tengah berbuka hujan lebat pulak. Yang penting kenyang. Majlis nak bersurai pon riuh lagi. heeee.. Best3... Jangan tak jadi untuk Open House Hari Raya pulak ye :)


Saturday, July 28, 2012

Ramadhan #7 | Pulai Springs Resort

Bak kata orang tua. Rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Alhamdulillah aku mengikut kata orang tua dulu-dulu. Cewahhh. Ayat tak boleh blah kan. Alkisah semalam punye cerita. Tengah-tengah email dengan BFF saya Ezzani, cerita la pasal nak berbuka puasa sesama. Macam tu la kalau email mesti cerita pasal makan dulu.

Kami bercadang untuk berbuka puasa sesama minggu depan. Disebabkan financial constrain kan. Kene la minggu depan. Sebabnya aku belum gaji kalau hujung-hujung bulan camni kan. Kami dapat email senarai buffet yang sedap-sedap. Sehingga mengiurkan kami. Dah la puasa kan. Tetibe ape kene entah semalam die ajak aku berbuka dekat Pulai Springs Resorts. Sebabnya kawan office die ajak berbuka puasa sesama.


Kekonon nak gerak awal. Dek kerana berbual pulak dengan bos semalam. Aku balik pukul 6.00pm jugak la. Sampai rumah dalam pukul 6.15pm terus berdesup siap. 6.30pm Puan Ezzani sampai amik aku kat rumah terus kami gerak kesana. Memula die cakap x payah booking. Boleh walk-in saje kan. Tapi disebabkan kelambatan kami, baru terhegeh-hegeh nak gerak kan. Memang terus call resorts tu untuk booking meja untuk 5orang. Alhamdulillah masih menerima tempahan :)


Kami tiba di resort dalam pukul 7.30pm la camtu. Orang dah sibuk bersilat mengambil juadah memasing. Kalau korang nak tau dekat Pulai Springs Resort ni die mengamalkan buffet ala bazaar. Jadi memang banyak la juadah yang die sediakan. Memang tidak menghampakan la. Rambang mata dibuatnye. Buffet ni akan membuatkan semua orang rajin bangun duduk kan sebab nak amik makanan. Amik bebanyak sekaligus tak sedap pulak. Jadinya memang exercise la kan. Hehehehe...


Terdapat banyak sangat judah. Aku sempat snap sikit je gambarnye. Memang jenuh la nak snap sume gambo makanan kan. Boleh jadi reporter tak bertauliah gitu. Dan boleh jadi lapo la keje amik gambo makanan je kan. Heee.. Antara makanannye makanan tradisional, rojak, nasi, ayam, tomyan, daging, yong tau foo, makanan thai, segala bagai grill, kukus grill panggang, desert yang akan membuatkan rambang mata, dish yang membuatkan mata juling, abcdefg lagi, fuhhhh banyak lagi la. Penat dan jenuh nak bagitau sesatu. Yang penting memang banyak lagi la.


Bayaran buffet ini memang agak mahal la sikit. Buat dan makan dekat resort kan. Kene la berhabis sikit. Tapi Puan Ezzani sponsor saya semalam. Minggu depan turn saya sponsor awak pulak tau. Janji harus ditepati. Kira boleh jadi recommended jugak tempat ni. Sangat kenyang dan banyak juadah yang disediakan. Sorang lebih kurang RM70 la. Tapi konsep buffet kan. Makan la sampai muntah dan kenyang. Kami gerak palik dalam pukul 9lebih. Lama kan duduk siti. Tunggu perut kosong bangun pegi cari makanan lagi. 


Kalau sesapa nak pegi berbuka puasa dekat sini. Korang tengok je die punye iklan kat atas ni. Kalau nak lebih selamat baiklah call dan buat tempahan dulu. Nanti korang senang kan. Datang-datang xde la terpinga-pinga sebab dah ade tempahan kan. Sangat berpuas hati dan disyorkan :)

p/s : minggu depan katanya company tempat abah keje nak buat majlis berbuka puasa dekat Horizon Hills,Bukit Indah. Marilah kita serbu kesana pulak. Mencari makanan berbuka puasa yang free je skang ni. heeee 

Kbai... :)


Friday, July 27, 2012

Kelebihan Surah Al-Kauthar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

PrelaunchX 27.07.2012


**nampaknya ia bertambah dari sehari ke sehari. alangkah bagus kalau ini menjadi kenyataan. akan aku berikan sorang seposen.heee. doakan ia menjadi.try la kalau korang nak try**

klik link kat bawah ni



Kenapa Air Cincau Sedap ???

Diari di malam hari sudah bermula. Dek kerana kebosanan yang melampau. Mata pula tidak ada tanda-tanda mau lelap. Tanda-tanda untuk lebih mengarut akan dilihat semakin cerah. Apakah yang akan mengarut dimalam hari sebegini? Owwh ye, mari bercerita berkenaan air cincau. Apakah yg membuatkan cincau ini sangat popular pada bulan puasa. Tahap populariti cincau setandin populariti kurma. Betulkan? Itu pada pendapat aku la. Adakah ade jugak yang setuju. Marilah bersetuju beramai-ramai. 

Kenapa air cincau sedap? Pernah kan ada orang tertanya-tanya mcm mana cincau ini terhasil. Yang aku tau sesikit la kan, die dari pokok cincau. Ade ea pokok cincau. Adalah kot. Air rebusan cincau tu yg jadi hitam rupanya. Pastu cara buat cincau tu die ade pakai tepung ape entah. Cmtu la. Pandai kan org zaman dahulu mempelbagaikan makanan dan minuman. Cincau sangat laku untuk kt uma bila waktu berbuka. Kerana cincau membuatkan tekak terasa sangatlah sejuk. Bagus kan. Kesejukan dan kelegaan air lain tidak dapat menandingi sang cincau. Yeay!! Mengarut sesi pertama sudah berakhir. 

Kbai :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Thursday, July 26, 2012

PrelaunchX 26.07.2012


**kalau la betul duit bertambah begini cepat dari semalam sampai harini mcm ni punye tambah,uish mau kayo makcik ni ha. buleh kawin terus. tak payah tunang2 bagai. heee. makcik ni memang mata duitan**




Wednesday, July 25, 2012

PrelaunchX | combiemohtar

Welcome! prelaunchX (PLX) is a referral engine for websites, products and services. You can use our service for fun and profit whether you are an individual or a stakeholder in a company with a product, service or website you are working to promote.


Main forex diberi modal 100 $ percuma, tugas anda hanya mengajak teman untuk join ke lingkaran anda , dijalankan oleh perusaan PLX masih soft opening dibuka 27 Ogos 2012 dana anda baru di transfer ke akaun forex anda yang baru jumlahnya cukup besar kerana tiap hari bertambah, jangan berfikir ini sampah anda tidak ada yang dirugikan, apa salahnya menncuba lagi pon free kan. korang klik je ikot link ni 


*sign up for free*

*ini contoh akaun saya sehingga hari ini 25/07/2012*

IKUTI LANGKAH-LANGKAH SEPERTI DI BAWAH

01) Pertama sekali..klik link penaja anda..sebagai contoh saya adalah penaja anda.. http://prelaunchx.com/x/combiemohtar  anda cuma perlu klik link ini untuk info dan daftar percuma sehingga 27/08/2012.. kemudian klik 'Sign Up' pastu isikan Username anda suka..pastu isikan email anda sendiri serta password anda..selepastu isikan sekali lagi password anda di kotak verify password..pastikan password anda adalah sama dgn password semasa anda isikan password mula2 tadi dan mudah diingat..selepas tu Sign up..anda akan masuk kembali ker log in page..taip username anda dan password anda sama seperti yang anda taip di page sign up tadi.. 

02) Kedua bila anda Login, anda akan masuk ke Page akaun anda sendiri....anda lihat $100 tu milik anda. anda lihat sebelah atas kanan page akaun anda di mana ada tertulis "TASK". anda klik Task tu dan masuk ke page Task List. anda klik "click here" di area "Task: Subscribe to email updates." Isikan email anda tadi utk " FeedBurner Email Subscription Request" dan kemudian verify subscription. 

03) ketiga,Klik petak I have subscribed dan klik "clear task". Kemudian "click here" di area "Task: Enter your payee information." Isikan email anda di kotak "Payee Email Adress", "Payee Full Name" iaitu nama penuh anda ikut Mykad" dan isikan juga di kotak "Payee Physical Address" iaitu alamat rumah atau pejabat anda. anda kena isi nama dan alamat yg tepat dan betul krn maklumat tu akan di tulis ke dlm check anda nanti utk hantar bonus. kalau isi nama samaran atau alamat tak betul, check tu akan bermasalh bila nak masuk ke akaun bank anda nanti atau check tu tak sampai ke rumah anda. dah selesai semua tu anda klik "Update Information". Kemudia di page Task lIst tu anda klik di kotak "I have entered my payee information! dan kemudian klik "clear task. 

04) anda akan masuk semula ke Main Page akaun anda, kemudian lihat di bawah Page bahagian "Your Referral Link". Skrg link tu dah jadi milik anda. anda dah boleh promosi link anda. Copy paste link anda dan letakkan di wall FB anda. kalu ada tweeter, blog, website sendiri, lagilah bagus krn lebih ramai org akan lihat dan klik link anda utk daftar sptmana anda buat tadi. Setiap org signup melalui link anda, anda akan dapat bonus dan commision bulanan. Lagi ramai org join melalui link anda, anda akan dpt lebih banyak bonus dan komisen. Sekiranya anda dapat 3 org signup direct melalui link anda. Lock Level 1 hingga Level 5 akan terbuka secara automatik dan anda dah layak utk menikmati bonus setiap level 1 hingga Level 5.


**kalau tipu ke apa salahnya kita mencuba kan. cuma sign up for free sahaja. kalau betol alangkah bagusnya mendapat sebegini wang. aku kaya.. aku kay.. aku kaya.. hehehe**


Wordless Wednesday #1


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Gambar Koktel Yang Tertunda :)


Aritu tak sempat nak snap gambar koktel nye kan. Dalam gallery lelama. Terlupa nak update. Ini lah die. Sekian.

Kbai ;)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kangkung Belacan Di Sahur Ke-5


Salam. Selamat pagi untuk semuanya. Baru selesai bersahur untuk meneruskan perjuangan puasa hari yang ke-5. Diharap semuanya berjalan dengan lancar. Counting for raya. 25days to go. Pepagi morning ni bukan nak citer pasal raya pon. Nak citer alkisah kangkung belacan. Sahur2 aku memang menangkap kangkung ni dulu. Emak masak pepagi. Mmg sodap la dgn kerangupannye.

Tadi ade 2trip bersahur. Pertama aku,abah dan emak. Jadinye meninggalkan lauk untuk org 2nd trip mayang dengan laki die,hazlie. Selesai diorang sahur, kangkung masih berbaki. Ape lagi,ngap je la. Kalau tak sape nak makan kan. Siang nanti terbuang. Yeay!! Arini akulah yang vegetarian.

Kbai :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 24, 2012

Wordless Tuesday #1


Keistimewaan Bulan Ramadhan Bahagian III

21. Doa mustajab di bulan Ramadhan

Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).

Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)

22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji

Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).

23. Pahala i’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:”Barang siapa menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)

24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)

Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).

Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.

25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan

Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.

26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan

Rasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).

27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan

Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.

28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan

Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.

Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).

Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.

29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan

Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (Al Fath:1).

Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.

Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.

30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan

Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam.


Keistimewaan Bulan Ramadhan Bahagian II

11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah

Rasulullah Saw. bersabda:”…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).

12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini

Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…” (HR. Baihaqi).

13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri

Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).

14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini

Rasulullah Saw. bersabda: ”…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)

15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu

Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).

Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.

16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan

Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? Rasulullah Saw. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda

Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

18. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan

Rasulullah Saw. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa

Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw. bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).

20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan

Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi) 


Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.


Keistimewaan Bulan Ramadhan Bahagian I

1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al Baqarah: 183).

Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.

2. Ramadhan bulan mujahadah

Para ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.

3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah

Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala

4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin

Puasa juga melatih diri berdisiplin , Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.

5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim

Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan yang satu.

Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.

6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran

Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)

7. Puasa Ramadhan menyihatkan

Rasulullah bersabda: ”Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).

Tapi makna hadist masih boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah menyatakan:”Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.

8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini

Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.” (HR. Malik).

9. Ramadhan bulan ampunan

Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)

10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya

Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).

Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.


Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012/1433H

Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan

Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri

Panduan membayar Zakat
  • Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  • Pastikan anda mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri
  • Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya

*Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan*


Ibnu Umar meriwayatkan : "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada setiap orang muslim, samada dia merdeka atau hamba, lelaki mahupun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Pada Bulan Ramadhan

Wajib - Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
Paling Afdhal - Sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri
Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh - Selepas solat sunat hari raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari 1 Syawal
Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Kadar Zakat Fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu bersamaan 2.3 kilogram atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri


Kelebihan Dan Cara Mencapai Kesempurnaan Bulan Puasa

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.


Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.


Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
(Surah Al-Maidah:42)


Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.


Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.


Monday, July 23, 2012

Solat Tarawih


Alhamdulillah semalam masuk solat tarawih malam ke3. belum ade yang aku miss lagi untuk pergi. ini lah geng surau aku. heee. kekonon nak ade geng surau jugak kan. taraaaa... terdiri daripada anje,melor,mayang dan aku.


kami sampai surau paling awal untuk perempuan la kan. jadinye memang belum ade jemaah lain yang datang. posing sekejap. boleh kan. belum terkentut lagi ni.


dak anje kekonon berdoa gitu kan. berlakon lebih semuanya ni. tapi comel jugak kan. layankan saje la bebudak ni. sbb aku pon boleh tahan mcm bebudak jugak. haha


si melo budak taring pon enterprem jugak. semoga kami semua berjaya menghabiskan solat tarawih sampai ke malam terakhir la kan. kalau penyakit perempuan tu datang x dpt la nak berterawih. selagi suci lagi menyucikan akan ku pergi berterawih walaupon 8rakaat kami semua berdesup pulang :)


Puding Jagung & Koktel



mari-mari jengah ke dapur combie. tetibe angin mane yang datang aku kerajinan nak membuat puding koktel. ala puding jagung yang berkuah tu. sodap kan. heee. memacam je tekak ni kalau time bulan puasa kan. ade je yang mengidam kan nye. dengan pantas puasa pertama dengan panas berdenting aku berdesup start moto pegi kedai izam membeli semua barang yang seperti gambar di atas. ada tepung kastard,susu cair,santan kotak,jagung krimer,laici tin,koktel.. total dalam rm25 la semua sekali. kedai runcit ni barang agak kemalah sikit la. kalau korang beli dekat pasaraya besar mesti murah sikit la. ni barang untuk puding dan kuah nye sekali ye.


ok memula nak buat puding nye dulu. untuk memasak pudingnye aku masukkan 2cawan tepung kastard, 1 kotak santan, 1tin susu cair dan 5cawan air putih ye. senang saje kan. ok untuk menambah perasa kemanisan, letak la gula secukup rasa. selepas itu, panaskan di atas dapur dan kacau tanpa jemu untuk mendapatkan hasil yang baik. tips ye, sebelum memasak puding ni, better gaul dulu dgn tgn ramuan tu. sbb tkot die berketul2 pulak nanti kan. susah pulak nak mengacau dlm periuk tu nanti. sila kacau dengan api yang sederhana. kacau je sampai lenguh sebabnye kalau biarkan nnti die berketul dan mlekat kat bawahnye. kang nnti jadi puding berkerak pulak. :)


ok step terakhir untuk puding jagung ini adalah meletakkan hasil kacauan yang sampai pekat dan masak ke dalam loyang ye kengkawan. ok dengan bancuhan tadi aku dpt 2loyang. sedapnye la hai. sampai terasa mcm nak berbukan terus. tapi ingat puasa kan. heee. ok dh siap puding jagungnye. skang tunggu beku sahaja. kalau letak dlm peti sejuk lagi sedap. sbb sejuk2 makannye kan :)

Untuk kuah koktel nye kan aku xsempat la nak snap gmbonye. sebabnye kuahnye aku buat lambat sikit la dalam pukul 5pm. sbbnye nak abiskan tengok hindustan pulak time tu. tetibe dpt pulak mesej encik kekasih ajak pegi bazar,memang lintang pukang la membuat keje. terserempak pulak anak sedara,abg n akak ipar dh sampai uma. memang bertambah la huru hara. ok untuk ramuan kuah nye senang saje. memula panas kan susu cair tu. letak gula. letak tepung kastard sket untuk pekatkannye. dah masak. biarkan sejuka sekejap. masukkan laici,koktel,sumi dan memacam lagi la. ok dh siap untuk dimakan :)


Dating Bersama Orang Pulau ;) Part 2

ingat lagi tak entri yang Dating Bersama Orang Pulau ;) yang kami beromantika de' amour tu. ok hari ini baru nak selitkan gambar yang x berapa nak HD ni. sebabnye gambar ni pada encik chenta. biase la. sorang guna BB sorang gune iphone, jadinye kene la tunggu encik chenta ade tenet dulu baru boleh bump. susahkan iphone xde pelan cam BIS untuk pengguna yang menggunakan prepaid. sume nak line je pulak kalau si maxis ni...


nampak tak betapa lama entry ni dalam draft. sebabnye takde kesempatan untuk update. jadinye terbengkalai la cmtu je. kekadang datang kemalas aku ni, yg dlm draft aku delete je. tapi tetibe angin mane entah arini aku rajin pulak nak mengemas blog ni.


jadi terhasil la entry yang sudah kulapuk ni. hehe. ok la kan janji kerajinan tu ade. sebabnye sudah kemalasan nak buat keje dalam office ni. memang ini je la kejenye kalau malas buat keje. memang update blog je la keje aku ni.


layan je la gambo yang lelame ni. comel kan gambo kami. mcm orang terencat pon ade jugak. tapi ok la comel dan cantik kan. sesuai. haha


ok yang gambo ini kan si acet dengki aku. orang nak gmbo memolek die boleh pulak buat muke kurang sifat kat situ. tapi xpe, sayang jugak. haha


biase la kan kalau dh xde arah nak dituju duduk satu tempat buat2 amik gmbo la. kekonon buat keje sndiri. jadinye orang tak nampak pelik sangat dengan kami :)


Saturday, July 21, 2012

Selamat Bersahur #1


salam dan selamat pagi. Pagi ni bangun pukul 4pagi tolong mak siap2 kan makanan. Alkisah aku siang sayur dan goreng sayur je. Yang lain emak yang buat. Heee.. Alhamdulillah kenyang dengan rezeki yang Allah bagi.

Menu simple di pagi hari, telur dadar, sambal udang dan sayur boncis. Selamat bersahur semuanya. Arini aku pecah rekod bangun kedua awal dari semua. Kemain liat pulak nak mengejutkan sesorang. Sumenye menyahut tapi mata pejam lagi. Heee..

Selamat Bersahur. Salam Ramadhan ;)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 20, 2012

Kelebihan Solat Terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar. 

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Thursday, July 19, 2012

Selamat Berpuasa


Selamat malam untuk semuanya. Selepas makan malam, berdesup je tengok berita. Sebenarnya kalau muka aku ni jangan harap la nak tengok berita. Memang tidak lah kan. Tapi malam ni berkobar sebab nak tunggu pengumuman puasa mula bila. Padahal memang dh tau hari sabtu kan kalau ikot kalendar. Tapi kan memang wajib tgk anak bulan. Dan sudah mendapat pon keputusannya. Alhamdulillah puasa jatuh pada hari sabtu, 17hb Julai 2012. Nampaknya esok boleh berjimba ramba makan siang2 hari kan. Pastu bulan puasa mana boleh nak makan lagi.

Aku harap tahun ini dapat la puasa penuh. Walaupon sudah tau setiap bulan untuk perempuan mesti mis kan. Nak buat cmne, tu la keistimewaan perempuan. Semoga tahun ini dibulan ramadhan sentiasa dan lebih mendapat manfaat dan keredhaan dari Allah Taala. Sama2 la mendoakan yang terbaik untuk sesama islam kita kan. Niat dihati ingin memenuhkan rutin setiap hari bulan puasa dengan aktiviti yang baik dan bermanfaat. Mane tau tahun ni timbul kerajinan nak berterawih pulak kan. Mane la tau kan. Doa-doakan lah ye.

Selamat Menyambut Bulan Puasa yang bakal menjelma lusa nanti. Aminn ;)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wordless Thursday #4


Wednesday, July 18, 2012

Petua Untuk Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tetapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


Tuesday, July 17, 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

SELAMAT MENCUBA :)


Aizat Amdan - Jerrypah (with Lyrics)

Sayangku, aku pasti
Kau sebahagianku
Sayangku, aku yakin
Takdir kita bertemu
Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya
Sayangku, aku pasti
Takdir kita bertemu
Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah
Biarkan semua berlalu
All i know i always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya
Selama-lamanya
Selamanya

The Famous Curry Fish Head in JB at Kam Long Restaurant

dah nak masuk tengahri. elok sangat la kalau bercerita pasal makan kan. yummy. sodapnye la hai kalau dapat makan nasi panas2, lauk yang fresh seperti kari kepala ikan merah ini. hadoii, xtercakap la dibuatnye. dengan lada hiris yang diletak kicap. mau ternagkat gitu je. silap2 lepas makan xde nye nak masuk office semula. mau balik membongkang je kan. heeee..


ok mukadimah jangan pepanjang sangat. nanti boleh jadi terlebih pulak karangan nak bercerita pasal keenakan kari kepala ikan ni. fuyyooo. sapa suke kari kepala ikan. sila angkat tangan. kali ini aku selaku pengacara Jalan Jalan Cari Makan yang tidak diiktiraf telah mengangkat sendiri nama untuk dijadikan pengacara. betol la orang kata, kalau sedap btau kawan, kalau xsedap btau tuan kedai tu kan. jadinye ni memang mabeles sesangat la ni sebab dok bercerita dengan kawan. siap femes lagi kedai ni masuk blog aku yang bersawang ni. kelass ko jah !


korang dapat bayangkan tak orang kemain ramai menunggu angka giliran untuk masuk ke dalam kedai ni untuk menyantap makanan kesukaan semua. ramai kan beratur. tanpa disuruh pon pandai beratur sendiri. kalau kite la kan, kalau kedai dh nampak ramai orang mesti la kite beralih dan mencari kedai lain kan. 


disebabkan kedai kari kepala ikan yang femes ni, orang ramai sanggup beratur menunggu untuk meja di dalam kedai kosong untuk makan pula. gila kan. memang sangat2 kagum la dengan kedai ni. walaupon kedai ini kedai cina, tapi ramai je melayu yang makan kat sini. agknye akak2 opis yang dekat dok keje kt situ, singgah la makan kat situ kan. aku sudah pernah merasa menunggu giliran seperti ini. tanpa segan silu beratur menunggu untuk dipanggil masuk ke dalam kedai ye. pengalaman yang sangat best !


ok setelah berjaya mendapat tempat duduk di dalam kedai, biasalah. tanpa diberitahu orang itu akan serve mengikut berapa yang kite datang la. kalau macam aritu aku pegi dua orang. memang die bagi claypot yang beso sikit la. untuk dua orang kan. 


semuanya die sediakan dekat depan. memang xde makanan lain yang die bukan melainkan kari kepala ikan ni saje. jangan was-was untuk singgah ke sini. memang halal bi halal la. memula kekonon aku macam xbape nak yakin sangat la makan kt sini. sekali nak masuk pertama kali, kemain ramai akak2 yang bertudung serta pakai baju kurung menyantap kat sini. jadinye dengan penuh yakin makan makanan yang dipesan. :)


sabar je menunggu ikan dimasak kan. dengan sayur yang fresh semua. ikan yang sodap. haiiyoo, memang menduga kesabaran betol la kan. kalau bulan puasa mau jadi berbuka kalau singgah depan kedai ni. serve dan layanan pon bagus. sebab baru sekejap duduk xsampai 10minit kita akan dilayan dan semuanya akan siap. siap dengan nasi putih, air, lada potong, yang utama kari kepala ikan dengan panas2 lagi dihidangkan.


inilah hasilnye yang sudah lama dinantikan. terliur tak korang tengok. kalau tanya aku memang akan terliur la. sangat la sedapnye. murah pon murah la. kalau dua orang makan paling-paling pon dalam rm25++ la cmtu. murah kan. memang akan puas hati la kalau makan kat situ.


tapi kalau nak datang pertama kali tu datang la awal sikit. sbb kalau btol2 datang masa lunch hour memang akan beratur dengan panjangnye la kan. aku dah pegi makan kat sini dua kali. dua bulan berturut2 pegi makan kat sini. pertama kali cepat sikit. jadinye xmerasa la beratur panjang. tapi minggu lepas masa pegi terlambat memang ngam2 waktu lunch hour kan. ape lagi, terpaksa la beratus. selamat aku org depan2 jugak la beratur.


sekali dah dapat tempat duduk toleh ke belakang, kemain ramai lagi kt belakang aku yang beratur. ni confirm2 kalau yang pegi lunch kt situ memang lambat sikit la masuk keje. sbb nye kene beratur dulu kan. ala bukan selalu. tapi tempat ni sangat2 la recommended !! try la baru tau camne peginye.


mendealah ini dimasukkan dalam kari kepala ikan tu. sangat sodap. kalau nak bercerita pasal makanan ini memang x abis la. try la ye. restaurant nye dekat jalan wong ah fook. die memang style kedai cina lama. ala2 baba dan nyonya. memang kedai turun temurun la tu. bape la agknye income kedai ni dapat dalam masa sehari. masyukk betol ni. 


tengok la semua orang tekun menikmati makanan yang dipesan. memang riuh la kedai ni. biase la kedai cina kan. agak2 sape yang bawak aku dan nak banje tu jangan segan2 roger aku ye. memang sodap !!!