Wednesday, May 25, 2016

Happy 28th birthday to me !!

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt. Kerana dengan izinnya aku masih berkesempatan untuk menyambut kelahiran yang ke28. Ye jgn terkejut sgt memang 28. Tp muka awet muda. Tak bape nak nampak 28 dia tu. Bersyukur sangat aku masih ada keluarga yg sempurna, mak & abah masih ada. Adik beradik dan anak saudara yg sentiasa ada bersama. Dalam susah dan senang. 

Mulakan bercerita dimalam sebelum waktu kelahiran yg ke28. Tekak ni teringin nak makan Nasi Ayam rr. Kekonon tweet la. Nampaknya ada sambutan. Rupanya si Ameyy pon nak makan jgk kekdahnya. Sesampai rr je, hampa ye. Sebab nasi ayam dh abis & kedai dh tutup. Jadinya terpaksa pergi makan tempat lain. Sebelum kua keter kite dpt balloon. Ok memang teruja dpt belon sebab lama tak dpt belon. Bole jadi ralit main belon. Haha. Tak sangka ameyy wat surprise utk kita. Dpt belon. Pastu kita dinner kt gelang patah je. N kite dpt cake. Yeay. Pdhal bukan penggemar kek sangat pon, tp kalau besday je kan mmg org nak feeling2 tiup cake kan. Hahaha. Selamat ameyy ada, kite dpt cake pertama dari ameyy. I love you ameyy. Sgt terharu. Walau ianya nampak simple, atleast masih ada org yg menghargai dan mau celebrate diri ini. 


Monday, May 23, 2016

Syurga Lipstick


Segalanya adalah mimpi semata. Si combie sedang berangan kalau2 dapat segala lipstick ni. Memang heaven gila. Menarik kan. Semua color nude. Soft je color dia. Tak salah berangan. Mana tau akan datang kumpul sikit-sikit nanti jadi mcm ni. 


Setakat ni koleksi aku takde la mcm ni. Ada beberapa batang je. Aku suka lipstick dari Inglot, MAC, 3CE, TonyMoly, Kissproof. Rasanya ini sahaja koleksi lipstick aku. Tapi alltime favorite adalah inglot. Dan sebenarnya semua lipstick aku adalah jenis matte. Aku paling suka inglot disebabkan texture dia yg sangat ringan dan matte die cepat kering dan kekal & tahan lama. 



Okay. Inilah barisan lipstick aku. Akan menambah koleksi lagi nanti. Sebab aku ni jenis bukan yg sentiasa touch-up je. Once aku dh pakai sekali dari pagi, memang tu la jugak makeup & lipstick tanpa touch-up sampai ke malam. Memang tahan dan aku suka. 



love 💕

@combiemohtar


Saturday, May 14, 2016

Selamat Pengantin Baru | Haime&Linna

Assalamualaikum semuanya. Selamat berhujung minggu. Apa aktiviti korang harini? Aku mcm biasa, memenuhkan aktiviti mingguan dengan menghadiri majlis perkahwinan kawan. Kawan masa aku keje kilang 3G lagi. Rindu jugak la nak jumpa diorg and nak lepak2. Tp susah dah skang. Masing2 dengan life sendiri dan keluarga kan. Mana nak sama masa memuda dulu, yang duk sibuk nak gather and lepak dengan kengkawan. Family 1st.

Cantik kan baju diorg. Menarik. Suka tengok warna emerald green ni. Kekdahnya mcm tema baju raya aku 2tahun lepas. Hee. Saje nak selitkan baju raya. Dh nak raya ni kan. Haime ni kawan masa aku start bekerja. Dekat kilang 3G Precision Industry Sdn Bhd. Nampak tak betapa kuat ingatan sampai nama penuh company aku ingat. Sayang aku kt company ni. Lama berjasa kt situ. Time ni la dapat jumpa kawan2 lama masa kat kilang. Dulu kan minah kilang. Rindu budak2 production dan semua la. Diorg ni sume baik2. Dh mcm family. 


Tadi dapat jugak la jumpa exboss Mr Ng. Mcm biasa, die gaya bersahaja dan sempoi. Mcm tu jgk muka dia. Relax. Jumpa jgk Manager Production dulu Encik Omar. Pon masih maintain muda remaja. Siap dia puji aku cantik lagi. Bukan selalu orang puji kita kan. Selalu syok sendiri diri ni cantik. Kah. Dapat jugak jumpa kawan2 yg lain. Rindu.


Dapat jugak la ditepekkan bergambar dengan pengantin. Untuk jadi kenangan. Timekasih kat kawan baik sorang ni. Puan Ezzani. Rajin nak melayan sy mengikot sy pegi wedding. Supermom ni gigih. Kene btau awal sebab dia kena susun jadual kan. Weekend patot dengan family. Tp curi masa dia sikit la utk teman pegi wedding. Timekasih banyak2. Abaikan muka aku. Kembang semangkok. 


Untuk Haime&Linna selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Dh bole start production utk haime&lina junior nampaknya. Jgn lambat2. Semoga perkahwinan sentiasa dirahmati Allah. Amin. 

Pasni turn korang pulak doakan aku cepat sampai jodoh. 😍


Wednesday, May 11, 2016

Nasi Ayam power @ RR 2nd link



Assalamualaikum. Hari ini nampak rajin untuk membelog. Hari ini nak bercerita Nasi Ayam paling power di abad ini. Nasi Ayam RR 2nd link memang paling sedap. Bukan texture je yang menarik, nasi ayam dia, ayam dia yang lembut sedap semua la. Tapi paling menarik adalah sambal dia. Maap tak sempat nak snap picture sambal yg kebabom tu. 

Aku rasa sejak RR tu bukak aku memang peminat dan tegar makan nasi ayam ni. Memang tak bole ditandingi oleh Nasi Ayam lain. So siapa yang nak masuk Singapore tu bole la singgah RR 2nd link ni untuk menyantap nasi ayam yang sedap ni. Sapa nak masuk Gelang Patah pon bole rojer, hakak bole bawak pegi makan nasi ayam power ni.


love,
combiemohtar

Mengidam Ayam Tandoori @ Restoran Syed Alwi Gelang Patah


Assalamualaikum. Malamni nak bercerita pasal makanan. Tapi sebelum tu nak tanya dah ganti puasa ke belom? Aku sedang gigih untuk ganti puasa. Biasala dh nak masuk ramadhan ni kan. Kena sedar diri banyak sgt ponteng dulu. So aku masih berbaki 5hari ganti puasa. Cadangnya nak straight minggu ni nak puasa ganti. Semoga dipermudahkan. 



Macam biasa la. Malam2 pukul 1am aku kena start keter untuk amik adik aku iboq balik keje partime dekat rr. Sebab kakak syg adik gigihla jugak bersengkang mata xtido utk amik adik dia. Kalau dh tido, hi hi bye bye la nampaknya nak amik adik. So lepas amik adik je terus berdesup utk sahur. Tekak ni mengidam ayam tandoori syed alwi. Nampaknya perjalanan dipermudahkan walaupun jam menunjukkan pukul 1pagi. Ayam Tandoori Syed Alwi ni memang sedap. Jarang mengecewakan. Rempah die memang banyak n rasa.. Sebabkan mengidam, terus la sahur sekali. Selalu tak sahur pon, semalam pon makan roti 2keping sapu dengan "sambal sundal"



Nampak tak siapa yang teman aku sahur dekat mamak. Mesti la si iboq sebab dia baru je aku amik. Dh memang plan nak pergi syed alwi, aku siap bawakkan adik aku tshirt utk dia tukar lagi. Xkan la nak pegi dengan baju uniform dia kan. Kesian pulak. Tp nampak tak siapa yang beriya makan tu?



Alhamdulillah hajat mengidam da selesai. Sudah dapat apa yang dicari. Boleh bersahur begini. Tidak akan terfikir lagi. Permintaan isi perot ni kekadang bole la dilayan. Makan roti sardin, megi goreng, telur mata, ayam tandoori, air teh o ais dengan air limau RM20.70 Ok la kan. Mana nak dpt murah lagi. Si budak ayam tandoori pulak mahal kan skang. 


Ok dh bole tido dengan tenang. Harap dipermudahkan esok hari utk berpuasa ganti. Gigih dan gagahlah seorang diri. 


love,

combiemohtar

Tuesday, May 10, 2016

Korea, i miss you

dengan mata yang tak boleh nak lelap ni. Tetiba teringat dekat korea. Aritu janji nak update pasal itinery pegi korea pon tak sempat. Sampai dh terlupa dibuatnya. Haha. Biasa la manusia, penuh dengan janji-janji palsu. Sesungguhnya belom ada kekuatan dan masa yang sesuai nak update pasal korea. 

Perkara pertama yang aku rindu tentang korea adalah makanan nya. Korean food sebenarnya paling best aku makan. Feel makan makanan diorg memang aku dpt rasakan. Aku pulak jenis yg sgt menjiwai dan menghayati apa saja segala makanan yang aku makan. Itu lah aku. Nanti aku kumpulkan segala kekuatan utk update pasal makanan ye. Bersabar. 




Picture ni masa dekat Nami Island. Memang favorite dan hotspot kalau pergi korea ni. Memang Nami Island yang akan masuk dalam list korang. Lagi-lagi pula kalau memang kaki kdrama. Kalau nak feeling Winter Sonata memang haruslah kesini. Time ni pergi time spring. Dh nak masuk summer jugak time tu. Weather baik. Tp xde la ko nampak bunga2 yang sedang berkembang. 


  

Seterusnya tempat yang wajib pergi adalah Namsan Tower. Kiranya ni pon tempat hot jugak kalau pergi korea ni. Menarik kalau pergi dengan cinta hati la. Couple2 ramai la kat sini. Sebab feeling-feeling cinta bersemi dekat sini. Sebab nak lock pulak cinta mereka. I tak kuasa la. Sakit mata dibuatnya. So kita buat mcm biasa, posing sajor. 


Lepasni kalau diberi kekuatan nak buat entry sepanjang aktiviti dekat korea. Tunggu. 


Love,
combiemohtar



jalan-jalan @ Kilang Bateri

assalamualaikum. sebenarnya ini entry throwback minggu lepas. lupe kejadiannya mcm mana sebab aku keluar dengan adik bongsu aku. ohhh ye, kami pergi tengok wayang civil war tak silap. sebab tengok wayang awal sampai tak tahu nak pergi mana. sebab mcm tak logik pulak pergi tengok wayang lepastu balik rumah. mcm bukan combie je namanya tu. takde pape nak review pon pasal kilang bateri kalini. saje nak tepek gambar abc special no1 dengan try cheesebake apa entah. lupe namanya. ok la notbad.
 
 
sebenarnya adik mencari churos. tu yang sampai ke kilang bateri kita terjah. Alhamdulillah dapat jugak membeli dan memakan churos ni. ha ade tu gambo churos sebelah cheese tu. jadi la menumpang je sikit gambo tu. pada aku churos tu bukan sedap mana pon. baik ko makan jejemput je kt umah la. dh terlebih matsaleh no makanan skang ni. bukan bole mengenyangkan pon sebenarnya makanan cmni. memang untuk alas perot boleh la. dan utk amik gmbo dan upload ke ig bole la. aku ni sebenarnya tekak kampong. jadi xbape nak gemor benda alah cmni semuanya.



 
last sekali haruslah wajib dok tepek gambo kami berdua dalam entry ni. skang ni kan segala kejadian nak bergambo. rasa mcm tak lengkap setiap stop kalau tak bergambo. ala korang sume pon mcm tu jgk kan. jadi tak pelik la kalau kami bergambo jgk. gambar je la kenangan yang akan kita ingat tentang kejadian setiap keadaan. akan dating review pasal kedai yang ada dekat kilang bateri plak la kalau rajin. okbai.
 
 
love,
combiemohtar
 


Belapuk

belapuk. itu lah perkataan yang akan keluar dalam kepala otak aku ni kalau aku dah mula membuka dan menjengah blog yang sekian lama terbiar. kadang-kadang datang rajin tu update pakai email je. so ko karang la mcm mana banyak pon pakai email thru fon dia tak akan sama feel tu dating kalau kita menaip pakai laptop. sebenarnya malam ni baru ada kerajinan nak membuka blog pakai laptop. jadi marilah kita merepek dimalam hari. so, how is your life? kalau untuk aku, skang ni life aku paling worst. tak pernah rasa tersangat teruk mcm ni sekali. betullah kata pepatah melayu orang dulu2 kan.
 
 
"kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari"
 
 
orang cakap tak baik meratapi nasib diri kan. tp nak buat mcm mana kan, dah begini nasib diri. orang sekeliling hanya mampu komen dan berkata, tapi diri sendiri yang mengalaminya sahaja yang akan merasa. sebenarnya aku tak kisah pon apa orang nak cakap pasal aku, tp ko akan rasa stress kalau diri sendiri pon rasa diri ni mcm dh tak berguna lagi. susah ye kalau kau sendiri yang rasa diri ko mcm tu. selamat la berbekalkan iman yg setebal kulit bawang ini, aku masih boleh survive dan berfikiran waras untuk menanggung dan menempuh segala beban dan masalah yang dihadapi. sebenarnya kalau ko bercerita dekat orang pasal masalah ko pon orang bukan bole bantu, dan sebenarnya org xnak tau pon pasal masalah ko. mereka sendiri pon ada masalah dan komitment sendiri yang mereka perlu laksanakan. aku faham benda tu semua. kadang2 kita sendiri pon rasa nak bantu orang, tp kita tak mampu kan. apa yang kita boleh buat adalah sekadar mendengar segala masalah untuk mereka klau hendak berkongsi. selebihnya kita sendiri yang harus mencari jalan penyelesaiannya.
 
blog ni lah sebenarnya tempat untuk aku meluahkan rasa hati ini. dialah journal dan diary perjalanan hidup aku. tu pon kalau tak lupa password la kan. sebenarnya sedang berangan mengejar mimpi dan cita2 tapi sedang terputus dan terberhenti di tengah jalan sebab "jobless" dalam erti kata lain adalah penganggur terhormat abad inilah gamaknya. aku, memang orang tau yg suka bekerja dan xpernah menganggur sejak grade dari diploma sebenarnya. tapi rasanya pelik pulak tahun ni aku jadi penganggur terhormat. ye, aku sedang merasai ye perasaan orang penganggur yang stress lagi memusingkan ini. sebab itu aku cakap, selamat la berbekalkan iman setipis kulit bawang tu. kalau tidak entah kemana agknya aku dah pergi.
 
perkara pertama yang ko akan risaukan kalau menganggur ni adalah source of income ko terputus. dengan saving nan hado ni, pepaham je la. memang menyakitkan dan merumitkan ye. even ko menganggur, komitmen masih berjalan seperti sedia kala. tak ke stress kalau ko pk kan hutang yg keliling pinggang ni. ikot size pinggang la, kalau lebar memanjang n gemok, jadi banyak la hutang nye ye mcm aku.
 
semoga esok ada perkhabaran gembira untuk aku kongsikan. semoga hari esok lebih baik dari hari ini. semoga aku terus tabah menghadapi ujian Allah ini. semoga aku terus berusaha untuk mengejar cita2 yg sedang terputus ditengah jalan. semoga masih ada sinar pada hari esok untuk diri ini. semoga semakin positif dengan segala yang berlaku.
 
cukup untuk hari ini. sambung lain hari ye. doakan perkhabaran gembira menyusul untuk entry yang akan, bukan meroyan yang bukan-bukan.

 
love,
combiemohtar
 


Monday, February 29, 2016

29.02.2016 tahun lompat dtg melompat

Selamat dtg tahun lompat. 4tahun sekali kita jumpe 29/02 ni. Jadi mcm saje nak menulis harini. Nak mencipta sejarah kekdahnya. Mesti sedih sapa yg lahir harini kan. Yela dpt sambut besday setiap 4tahun sekali. Tp diorg ni istimewa sebenarnya sebab 4tahun baru umur meningkat, hahaha.


Semoga jumpa lagi 4tahun akan dtg. Semoga dipanjangkan usia juga.


Sent from my iPhone

Saturday, February 27, 2016

Tentang Cinta by KerolMohtar

Sebuah produksi pertama arahan dan koreografi sepenuhnya dari abg aku sendiri. Khairulazhar bin Mohtar. Nampaknya segala cita-cita dan angan-angan yg dia impikan sudah menjadi kenyataan.

Full-lenght contemporary dari kerolmohtar produksi NyalaDanceTheatre adalah julung kali dipentaskan di Panggung Ekperimental Universiti Malaya pada 20.02.2016 dan 21.02.2016 yg lepas.

3show semua aku bantai tengok. Siapa sangka abg aku memang bekerja dan membuat sesuatu yg dia minat sejak kecil. Betol la org cakap, jika sesuatu yg kau minat, ianya akan lebih bermakna dh menyeronokkan. Itulah yg sedang dia alami. Tumpang gembira utk abg aku sorg ni.

JODOH itu Rahsia Allah

Aku kembali. Banyak urusan duniawi nampaknya kebelakangan ni. Terlalu sibuk. Entertain dan membantu orang tersayang sekeliling aku. Struggle utk diri sendiri terkadang jadi terlupa. Nampaknya aku lebih rajin untuk menulis malam ni. Tak tau mana datang kekuatan. Banyak untuk diceritakan utk jadi diari diri sendiri.

Ye. Aku menjadi lebih tabah. Lebih tabah mcm mana? Lebih tabah dan tenang jika dikaitkan dengan org yg tidak sepatutnya dikaitkan lagi. Aku lebih relaks utk mendengan jika terdengar. No heart feeling at all. Memang sesuatu yg bukan mudah utk menjadi tenang seperti sekarang. Sebenarnya masa dan keadaan membuatkan kau akan lebih kuat dan melepaskan segala rasa sakit dan segala kepayahan yang ada. Paling utama. Diri sendiri yang terus berusaha utk meneruskan hidup tanpa rasa itu lagi. Aku bangga dengan diri sendiri. Bangga dengan pencapaian keluar dari rasa dan kepayahan yg selama ini sebati dengan diri ini.

Tentang hati. Ianya dirawat sendiri mengikut peralihan masa. Hati semakin tenang. Semakin banyak ruang utk difikirkan utk diri sendiri dan masa akan datang. Syabas kepada diri sendiri. Tentang JODOH itu rahsia Allah. Aku salah seorang hambaNya hanya mampu berusaha yg lebih baik utk diri ini.
 
 
love,
combiemohtar

Friday, February 05, 2016

I am happy if you are HAPPY

Today is the day. Yup. Harini hari nikah dia. Kadang2 tak tau nak express macam mana perasaan ini. Tapi ye, itulah hakikatnya yg aku perlu terima. Memang jodoh itu rahsia Allah. Kita tak mampu melawan takdir. Aku akan rasa happy kalau dia happy. Yg mampu doa adalah semoga you both kekal bahagia hingga akhir hayat. InshaAllah. Aku pon bukan perosak hubungan org. Perosak rumahtangga orang. Aku pon sorg perempuan, faham rasa sakit kalau hubungan dirosakkan. Redha. Itu yg perlu.

Sebenarnya harini 05.02.2016 genap 3tahun 1hari kami jadi kawan biasa je. Redha dengan segala ketentuan. Alhamdulillah kami okay. Takde perasaan dendam atau apa2. Masing2 jalani kehidupan masing2 dengan haluan sendiri.

Semoga tiada segala dendam yg masih ada. Life must go on kan. Aku nak tulis blog harini utk mengingati hari ini sahaja. Apa perasaan yg dirasai tak perlu diketahui.

Aku tak kisah apa yg org nak judge apa org nak cakap. Yg penting diri sendiri tau. Segala yg jadi akan dtg hikmah dan kebaikan yg menanti. Yg pasti doakan masjid yg mereka telah bina.

Aku percaya segala yg di atur oleh Allah kepada semua hambaNya. Segalanya penuh rahsia dan kejutan. Doakan kehabagiaan semua manusia.

Ok done menulis utk kali ini. Kalau rajin aku tulis lagi. Sekarang mood rasa nak logout segala social media. Dan mood nak bercuti utk keluar dari kawasan yg terlibat 😬

Wednesday, January 27, 2016

Nevertheless, I still love you

Ya. Masa nya hampir tiba. Tak tahu macam mana aku hendak menjalani saat2 yang akan tiba itu. Terlalu berat untuk aku hadapinya seorang. Aku sedang mengumpul segala kekuatan untuk lalui akan yang akan tiba. Kemana arah hendak aku pergi? Tak dapat bayangkan rasanya.

Apa aku nak buat
Kemana aku nak pergi
Patutkah aku hadap segalanya sendiri
Adilkah untuk diri ini

Aku tak bole hendak meluahkan apa yang aku hadapi, apa aku alami. Diri ini kena lebih tabah dan kuat sebenarnya utk hadapinya. Aku sentiasa memotivasikan diri sendiri utk menghadapi hari itu

Hancur aku
Hancur aku
Hancur hancur aku

Takut rasanya nak hadap masa tu
Sekarang pon emosi tak stabil
Haishh. Susahnya.

Pretend xde pape depan semua orang
Tp org xtau apa yg aku rasa setiap hari
Setiap malam xbole tido pk kan benda yg belom jadi yang aku patot hadapi
Setiap malam sedih, nangis.

Sometime the best come with the worse
Aku cuma harap sesuatu yg baik jadi pada aku
Sentiasa ada hikmah dari apa yg ditentukanNya
Life is full of surprises

Surprise me with the good news please
Hati ini pedih menanti, mengharap kasih kembali

Sent from my iPhone

Wednesday, January 06, 2016

Amnesia




Mampukah aku hadapi hari yang akan tiba?
Laratkah diri ini memikul segala beban yang ada?
Redha kah diri ini?
Kuatkah diri ini?

Aku harap
Aku harap
Aku harap
Aku sangat berharap
Segalanya tidak membebankan aku setiap hari

Kau tak akan larat kalau setiap hari begini
Kau tak akan faham kenapa aku begini
Sampai bila pendam perasaan ini sendiri

Aku bukan seorang yang kuat
Aku bukan seorang yang tabah

Tapi
Aku perlu kuatkan diri ini untuk mengharungi harinya
Kemana hendak aku lari
Kemana hendak aku bawa diri

Walau jauh sekali pon aku bawa diri
Bayang-bayang tetap menghantui

Kalau
Esok pagi aku bangun tido
Aku jadi amnesia tetapi hanya kenangan dan memori bersama dia

Kalau
Aku bole padam segala kenangan macam tu saja
Kan senang

Tapi tak mungkin
Mustahil

Friday, January 01, 2016

Happy New Year 2016 - Cabaran 90hari kurus bersama combie

Selamat Tahun Baru utk sesi 2016. Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan utk aku bernafas dan menjalani hari2 yg mendatang. Entri pertama utk pembuka tahun 2016. Mesti semua org ada azam baru kan. Sama juga dengan aku.

Tahun baru ibarat semangat baru utk diri sendiri. Tapi sebenarnya semua orang mengharapkan benda yang sama agar diri ini menjadi insan yang lebih baik untuk terus berbakti kepada keluarga, agama dan bangsa. InshaAllah. Aku mengharapkan hidup yang lebih lancar, segala yang dirancang berjalan dengan jayanya.

Untuk hari pertama ini, kekonon dah start nak berdiet bagai. Kita tengok kan je la sampai kemana diet tu. Yang penting harini bermula diet ok. No cheating anymore. Harap2 nya la. Aku target awal april mesti dah ideal. Nak berjalan ke korea gegemok camni tak best nanti. Haha. Azam pertama harapnya lancar dan dikurangkan segala dugaan dan ancaman utk berdiet. Ancaman sangat la kan. Haha. All the best combie. Lets burn the calories. Yeay. Kekdahnya cabaran 90hari kurus bersama combi. Bukan kevin zahari ye, haha. Sebab azam ini yang selalu carry forward asyik failed sajor. Harap2 membuahkan hasil tahun ni. Nanti xpayah nak carry forward ke tahun lain pulak. Jenuh kakak nak kurus. Bukan main susah. Nak gemok laju je.

Kekdahnya 1entri pertama pasal nak kurus. Memang kena buat entri lain utk azam yang lain. Memang khas utk kurus je ni. Cekalkanlah hati ini. Padahal abang aku gasak tunjuk gambar durian je tadi. Semoga aku semakin teruja minum shake.

Macam dah banyak membebel kan. Next entri aku akan ceritakan throwbaek dalam 2015. Banyak nak bercerita. Journey bermula semula.

Anyway, Happy New Year 2016 to all bloggers.


Regards,
combiemohtar
01.01.2016
1.03pm